lagu ni bagus untuk muhasabah diri ni..
Title: Janjiku
Artist: DeHearty
Album: Insan Istimewa
Semalam ku berjanji
Pada diriku ini dan jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin
Tapi hari ini Kau saksikan
Diriku telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi
rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhan kuharap ampunan dariMu
Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan
rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhan kuharap ampunan dariMu
Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan
Oh Tuhan kuharapkan..
Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..
Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..
Sunday, December 24, 2006Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip
zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan.Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-Peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam
Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti Diraja Negeri Perak
Agree????
Tuesday, December 19, 2006" The ruling makes seems like women cannot decide themselves what they should or should not wear and need the Government to help them decide" -Women Family and community dev minister, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. (THe Star 6Dec06).
Is it how a true Muslim should be??which against our Islamic Values???Macam nak masuk saja parliment tu...meluahkan perasaan saya yang kerdil ini.The code is good for us..
As a muslim, i am responsible to say that i am very sad with her statment..just to disagree with Nik Aziz's. He said that : "A women who wears an indecent outfit does not respect herself , so how can she expect men to respect her?" -Kelantan MEnteri BEsar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Terkilan komen artis terhadap kenyataan Mawi
Monday, November 20, 2006“Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?”.
“Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?”.
Inilah yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari rezeki pelakon-pelakon tanah air.
Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya. Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.
Ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?
Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: “Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya.”
Tambah beliau lagi, “Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit”.
Saya agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu. Prinsip sembahyang selain daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran.”
Apakah erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.
Allah s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.
Saya ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga melibatkan persoalan ‘akidah Islamiah dan tahap keimanan kita kepada-Nya.
Saya menyeru agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan meminta bimbingan daripada para alim ulama agar kita sentiasa dipandu ke jalan yang lurus.
My presentation
Thursday, November 16, 2006Lama tak update blog… sibuk dgn final projek n presentation..semlm tanggal 14Nov tepat jam 4.12pm…kena present projek depan 4 lecturer Software eng.. turn yg ke7…
Boring amat sgt …ye la..kalu yg first kan senang..abis awal..leh kuar jap ..pegi present tanpa mkn dulu..lapor sgt …dalam schedule presentation turn ke 7 dlm kul 3.30pm…
Tp delay coz technical prob cam setting pc la..laptop la ….adooi…
My project is Online Self Learning For Kemahiran Hidup using flash.
Tak semua topik..just amik subtopic drp KH tahun 4 jer…amik sub topic “Membaiki n Menyelenggara Komponen”…
Walau bt subtopic je…amik masa 3 bulan gak..kalu yg expert maybe sebulan je kot…yg dhoif lg naïf …setakat yg termampu buat jer la..huhuhu
Present dalam BI plak..adoi…silap2 bahasa jerman yg keluar dr mulut ni..hehe..Lain la..tok dukun ker..diorang mmg speaking sokmo..
**********************************************************************
Turn present plak…bila second half ni ( cam dlm main bola la)..paham paham saje la..lecturer pon suruh skip slide present…suh tunjuk overview, advantages, disadvantage n recommendation n demo projek jer…
Rasa cam nnyesal jer bt slide byk2 penat..last2 tak sumer digunakan…Kalau tau gini…baik tak buat..bermodal air liur jer…Hampeh sungguh..Tp..nk buat camna..ikut jer la..dh diorang yg nk beri markah…
Bila dh present…paham2 je la..presenter misti kena komen punya…Ala cam Malaysian Idol la..Paul,Gee n Roslan kritik peserta uji bakat… :)
prog ok..tp….
Bila dgr tapi..tau dah…waktu tu tak focus dh pada komen lecturer..fokus nk cepat abis jer… lapo..huhu
Nape awk tak buat random soalan tu..nanti student leh hafal jawapan soalan yg kuar..
Dalam hati kata…cuba bt tgk…br tau….!!! Susah ke senang…
Jawab pi la…bleh buat…Cuma coding payah skit..huhuhu…jawab tetap jawab…hihihi
Petua waktu present.Gasak jer jawab..walau tak betul..janji logic..hehehe….
Nk tunjuk skit interface my projek….nk attach semua..byk sgt..skit2 dh ler… :)
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........
Thursday, October 05, 2006"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......
Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
Pembela Serah 701822 Tandatangan Bantah IFC dan Kumpulan Artikel 11
Gabungan Petubuhan Pembela Islam (Pembela) telah meneruskan usaha mempertahan kedudukan dan kesucian Islam di Malaysia dengan menyerahkan 701822 tandatangan umat Islam yang membantah usaha kumpulan Artikel 11 memburukkan imej Islam dan kewujudan kumpulan Interfaith Commision (IFC) kepada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu di Jalan Bukit Petaling hari ini.Tandatangan yang dikepil dalam salinan beberapa jilid buku bertajuk 'Tandatangan Sokongan Rakyat Mempertahan Kesucian Islam' itu diserah kepada wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Dato' Sabtu Awab di pejabatnya jam 11.00 pagi tadi. Turut hadir ialah, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Arifin Mohd Munir; Pengerusi Persatuan Cina Muslima Malaysia (Macma), Dato' Mustapha Ma; Presiden Persatuan Peguma Syarie Malaysia, Zainur Rijal; Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, Anuar Tahir dan Wakil Peguam Pembela Islam (PPI), Kamar Ainiah.
Dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja itu, Pengerusi Pembela, Yusri Mohamad berkata, tandatangan itu dikumpul sejak 16 Julai lalu ketika isu IFC dan Artikel 11 hangat diperkatakan.
Pembela telah memulakan inisiatif mengumpul tandatangan bagi membantah penularan fahaman kebebasan agama secara total oleh kumpulan tersebut dan mahu kerajaan serta pihak Majlis Raja-raja Melayu secara serius mempertahan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini, katanya.
"Kita tidak mahu ada pihak yang bukan mewakili Islam dan bukan Islam mempertikai kedudukan Islam kerana hak dan kedudukan Islam telah dipersetujui secara bersama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.
Sementara itu beliau turut menyatakan Pembela akan menyerahkan tandatangan yang sama serta memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya petang ini.Beliau menyeru umat Islam berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri jam 3.00 petang ini bagi menyokong tindakan Pembela dan NGO yang bergabung di bawahnya.
Lobak, telur dan kopi
Tuesday, September 26, 2006Ayahnya seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga- tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruhkan lobak merah didalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di dalam periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk yang lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, Apa yang kau lihat, nak?
Lobak, telur dan kopi, jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya; Apa erti semua ini, ayah?Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinyamenjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
Kamu termasuk yang mana? Tanya ayahnya. Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?
Bagaimana dengan diri kita?
Apakah kita seperti lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.
Atau apakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yangmenimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.
Dunia hiburan - memalukan
Sunday, September 17, 2006Aritu semasa dok layan tv.Kengkawan tonton Festival Filem Malaysia.Ada satu artis muda yang menerima piala.Dia akan nampak bodoh katanya.Kalau dia bicara dalam bahasa ibunda.Bicara dia bahasa Inggeris pelat orang kita.Tak ada slang orang UK atau Amerika.Nama famili tak ada Smith atau Jaquelina.Sebaliknya macam nama arab nusantara.Ku tanya artis itu lahir di mana.Mana tau membesar di Jerman atau Australia.Tak pula lahir di sana mungkin di MelakaKenapa tak mau bicara bahasa ibunda.Mungkin tak ada standard agaknya.Atau dia teringin jadi Sofea dan Deanna.Atau mungkin teringin jadi Raja Petra.Kacukan barat dan nusantara.Mungkin dia alami krisis identiti agaknya.Tidak hairanlah dia berlakun filem Gubra.
Kalau nak tau itulah artis Malaysia.Yang orang Melayu dok sanjung gila.Artis tidak lah disanjung tinggi di Singapura.Mereka lebih suka saintis berjaya sebagai idola.Di sini artis disanjung begitu muliaLihatlah perkahwinan disiarkan langsung di TV3.Begitu tinggi penghormatan macam perkahwinan diraja.Makcik-makcik berenti buat kerja rumah sementara.Nak tengok Siti punya cincin berlian besar mana.
Inilah agenda Barat yang orang Timur laksanaBiarkan orang Melayu terhibur dan leka.Sogokkan hiburan banyak-banyak setiap masa.Terbitkan majalah lagha seperti URTV dan Mangga.Ibubapa galakkan pula anak masuk Akademi FantasiaBeri sokongan moral sebab anak-anak sukaAnak-anak terkinja-kinja tak mengapa.
Tak lama lagi kita akan sambut merdeka.Sibuk orang kita nak buat konsert terbuka.Siapa yang ramai anda semua boleh teka.Kita tak pasti adakah ini sahaja caraKalau gitu lambat lagi kita merdeka!.
Merdeka !!!!!
Merdeka! Merdeka ! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!!
Merdekakah kita ....
Byk penafsiran merdeka menurut kata mata masing-masing..
Betul ker kita sudah merdeka...???
Mana mungkin kita sudah merdeka... sedangkan jiwa kita masih terkongkong
ada apa dgn kemerdekaan ini..sedangkan kita masih terikat dgn Amerika...
Buktinya jelas.. kita terpaksa menunggu kata putus dari PBB terlebih dahulu samaada
membenarkan atau tidak pengaman kita ke Lubnan...
Kalau begitu..kita masih belum merdeka..Hanya laungan berapi-api bahwa kita akan menolong Lubnan..Tapi pada hakikatnya tidak...
Itu sebab..hati kita tidak merdeka..tak mampu menolong negara saudara kita..Walaupun jauh dimata, mesti dekat dihati..
Kita tak pernah melupakan tanggal 31 Ogos setiap tahun...
Apakah yg berlaku pada 21 Ogos...siapa tidak amik peduli..Hari kebesaran siapa pada hari tersebut..Sambutan perayaan aper??
Itu yg sering ditanyakan apabila soalan 21 Ogos dilontarkan..
Hari Al Quds siapa tak tahu...sedih...sedih....
Tepat sekali Hadis Nabi:
Kiamat Sudah Dekat .....
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah... bersepah mana2 ada..Sendiri mau ingat..etc
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi?wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?.. etc.
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... etc
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon.... etc.
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... etc
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian?wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube,spaghetti strap, Seluar ketat,Baju ketat n (baju kurung),.. g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai?#34; - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Israel serang Lubnan
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Kes Lina Joy: Umat Islam dinasihat jangan percaya khabar angin
pesanan ringkas (SMS) dan internet yang menghebahkan bahawa kes tuntutan
Azlina Jailani atau Lina Joy untuk membatalkan perkataan Islam dalam
MyKad memihak kepadanya.
Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Nor
berkata, setakat ini tidak ada lagi sebarang keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.
"Forkad berasa dukacita dengan penyebaran khabar angin itu. Ini kerana
sejak semalam akibat berita tersebut Forkad banyak menerima panggilan
dari orang ramai bertanyakan mengenai berita tersebut," katanya yang
menghubungi sebentar tadi.
Menurutnya perkara ini juga disah tidak benar oleh peguam pemerhati kes
Lina Joy.
Katanya lagi, beliau bimbang khabar angin tersebut adalah satu perancangan yang diatur oleh musuh Islam supaya pendokong Islam lemah dalam perjuangan.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam berdoa untuk memastikan kes tersebut berpihak kepada umat Islam.
"Forkad berharap umat Islam berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan mendirikan solat hajat di masjid dan surau malam keesokannya," katanya sambil meminta mereka yang tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran khabar angin tersebut.
Keputusan Kes Lina Joy ?! Banyak SMS palsu
Ada juga SMS yang menyebut keputusan tidak memihak kepadanya. PEMBELA dan PPI menegaskan hingga kini tiada sebarang tarikh diterima dan tetapkan oleh mahkamah. Pihak Peguam masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh Mahkamah Persekutuan berhubung dengan penetapan kes tersebut. Namun demikian marilah sama-sama kita berdoa agar kes tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang cuba mengganggu gugat kedudukan Islam di Malaysia.
PEMBELA & PPI menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia "agresif" untuk mengumpulkan tandatangan di semua peringkat masyarakat demi mempertahankan kedaulatan Islam. Sokongan juga boleh dibuat secara "Online" dengan beberapa perubahan telah dibuat termasuk memberi pilihan kepada ruangan emel, bagi memudahkan urusan petition online. Gerak kerja juga sedang dirangka kini bagi memperluaskan kempen, penyerahan surat, memorandum dan perbincangan di peringkat kerajaan, jabatan agama Islam,institusi-institusi, badan agama, parti politik dan sebagainya demi memastikan kefahaman yang jelas dan menyeluruh berhubung dengan isu ini bagi mengupaya semua pihak mencari jalan terbaik menyekat sebarang usaha yang cuba menjatuhkan kedaulatan Islam.MyIslamNetwork.net
Resolusi Masjid Wilayah 23 Julai 2006
Forum Shariah dan Isu Semasa yang berlangsung pada 23 Julai 2006 di
Masjid Wilayah, Kuala Lumpur mendapat sambutan luar dugaan dan melebihi
ruang dewan yang disediakan oleh pihak penganjur. Berikut adalah
RESOLUSI FORUM tersebut:
Kami, yang berkumpul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari ini untuk
membincangkan cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di Negara
ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba
meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung
di sebalik nama Kumpulan sekular ini tidak mendapat sokongan bagi
membawa agendanya di kalangan besar masyarakat Malaysia, perjuangan
mempertahankan hak-hak asasi. Usaha-usaha ini merupakan satu langkah
untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana
Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu dan masyarakat di
negara kita.
Kami juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara
terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti
umat Islam.
Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka.
Menyedari hakikat ini maka kami yang berkumpul di Masjid Wilayah untuk
Forum Syariah dan Cabaran Semasa pada 23 Julai 2006 bersetuju dengan
resolusi berikut:
1.Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan
dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam
di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan
pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia
ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus
dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.
2. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan
Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk
menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.
3. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam
mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam.
4. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap
martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di
setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam.
5. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan
menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan
Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus
disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti.
Pendekatan konfrontasi melalui ”roadshow” (majlis penerangan ) dan
pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam
ketenteraman masyarakat.
6.Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan
tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam
untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (”mainstream”) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai
Islam.
7.Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain.
8. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang
dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah
melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.
9. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha
barat dan badan–badan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan
NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk
mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.
10. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang
menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan
undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan
seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam
di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung
Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.
11. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di
Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira
pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40% dari jumlah
keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia
telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat
Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga
kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.
Murtad Sana Sini
Assalamualaikum,
ke hadapan yg diingati. mudah2an di dalam rahmat ALLAH.
Setelah mengikuti beberapa siri ceramah bersama bekas mufti Ke*ah(sebuah
Bandaraya), mmg perkara ini menjadi isu yg amat panas.Hingga ke 2minggu lepas, memorandom dari pihak IFC bersama 2,000 tandatangan telah dihantar ke pejabat PM. Menuntut hak bagi pihak Shazalina/Linda Choy yang bertulang belakang kan org atasan berbangsa Melayu dan berugama Islam.
Bekas mufti berkenaan bersama-sama insan-insan yang sayangkan agama telah bergerak serentak ke beberapa tempat di Kedah, Perak dan KL sehingga berjaya memperolehi XX,XXX (puluh ribu) tandatangan bersama memorandom membantah tindakan IFC yang di hantar
sendiri kepada PM.
Malah persiadangan khas ulama2 telah dijalankan pada 1 julai 2006 di Ke*ah(sebuah Bandaraya). Semuanya sebulat suara membanteras golongan IFC.Dato` Harussani telah berhempas pulas menegakkan keadilan bersama barisan ulama tapi...........
ini MALAYSIA kawan-kawan...tidak semudah itu untuk bersuara. Membuka
mulut adalah umpama "membunuh" diri dan keluarga serta keturunan.
Renungkan lah...
Carilah di dalam perlembagaan Malaysia, berapa banyak yang membahaskan berkenaan agama Islam? 100? 10?
Setelah kuasa pada Raja/Sultan ditarik balik, tiada lagi pihak/golongan atasan
untuk membela agama Islam ini kawan-kawan.Jika ini diluluskan, seumur hidup, sepanjang generasi, agama sudah menjadi "persatuan". Boleh keluar-masuk sesuka hati.
Bagaimana "kehidupan" AGAMA ISLAM 50 tahun akan datang?
Fikirkanlah...
Andai IFC lulus?????
seorang bertanya andaian kes Lina Joy ni berjaya dimahkamah..apa yg
berlaku pd Malaysia umumnya...org Islam Malaysia khususnya.... Allahu
Akbar..Nazubillahi Min zalikk
Mereka ini
(IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di
Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi
untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.
Kalau
LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli
sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim
memberi penerangan tentang perkara ini.
Apa bahayanya...?
1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar
masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak
untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di
kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, ( menjadi
murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses,
kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa
siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang
yang terkeliru ini..
Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi
benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.
2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya.
Seperti di Jogjakarta..., harini semua Islam , esok ayah dan anak hindu
, lusa emak kristian...
Kubur boleh campur sebab dah tak ada
pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..
3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.
Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab
kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.
Apabila Rasulullah
s.a.w. membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran
dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela
dengan sebaik-baiknya.
Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang
datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak
kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.
Islam tidak
membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau
orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan
dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu.
Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman,
kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini setelah
dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka
wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat
kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum.
Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat adalah lebih buruk dari musuh.
Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi
pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang
lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.
Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit
ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses
tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru..dan
realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.
Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang
yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di
Mahkamah Persekutuan
hari ini adalah masalah kita dan masa depan
aqidah anak-anak kita.
TINDAKAN SEGERA
6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari
tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk
diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka
masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat
mungkin adalah;
Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela
Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan
protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif
Committee untuk menyokong kes Lina Joy; Isu secara langsung seolahnya
menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes
ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat
mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani &
kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar
orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.<;br />
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat
tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan
12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina
Joy dalam kes beliau.
Suatu website diwujudkan segera untuk
menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com
atau www.peguampembelaislam.orang, yang akan diputuskan segera mengikut
kesesuaian. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela
Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati
undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela
kes Lina Joy. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk
menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta
menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.
Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes
ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan
dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik
dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku. Majlis
tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM,
Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua
dijemput hadir Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam
Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langsung tidak
dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
Mesej akan
disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas
kebenaran daripada pihak yang terlibat. Paling kurang 100,000 artikel
akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam
tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.
Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi
kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat
Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan
diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis
Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini,
serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha
menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
TINDAKAN SEGERA
6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari
tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk
diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka
masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat
mungkin adalah;
Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela
Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan
protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif
Committee untuk menyokong kes Lina Joy; Isu secara langsung seolahnya
menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes
ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat
mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani &
kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar
orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.<;br />
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat
tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan
12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina
Joy dalam kes beliau.
Suatu website diwujudkan segera untuk
menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com
atau www.peguampembelaislam.orang, yang akan diputuskan segera mengikut
kesesuaian. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela
Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati
undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela
kes Lina Joy. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk
menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta
menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.
Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes
ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan
dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik
dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku. Majlis
tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM,
Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua
dijemput hadir Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam
Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langsung tidak
dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
Mesej akan
disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas
kebenaran daripada pihak yang terlibat. Paling kurang 100,000 artikel
akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam
tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.
Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi
kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat
Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan
diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis
Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini,
serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha
menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
MENGAPA KES LINA JOY?
kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat
lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan
Islam di mana-mana sahaja.
Kes ini pada dasarnya adalah
rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba
berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada
pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes
Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir. Amat
mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali
Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam
termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin &
sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.
Kes Lina
Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana
ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara
121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau
dihapuskan sepenuhnya.
Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu
banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu
& sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan
lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam
seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil
untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan
negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana
organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat
yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak
asasi manusia sedunia. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar
wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang
terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy,
antaranya;
Majlis Peguam (Bar Council)
Majlis Perunding
Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
Malaysian Women Power
Organization
National Council of Women Organization
All Women
Action Society
Sister in Islam
Women Health Organization
Women Council of Change
Women Developmen for Change
Pergerakan
Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)
Suatu fakta yang
dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu
menyebut;
“…it is time that
we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never
been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell
them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”
KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
& MELAYU DI MALAYSIA
Fakta yang terkandung dalam
tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad
Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam
Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada
taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala
Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang &
dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau
As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.
Program selanjutnya
untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;
Jumaat
14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh
Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan
dengan rapi. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat
ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO &
organisasi Muslim & Malaysia. Kehadiran untuk kedua program diharapkan
sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.
LATAR BELAKANG
Bangsa Melayu khususnya di Malaysia,
adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang
jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu
serta skop yang terlibat. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk
mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3 faktor yang
telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
Bercakap Melayu
Beramal dengan budaya Melayu
Istilah
Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam,
dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama
sekali tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini diletakkan dengan
jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia
untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa
lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam &
perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.
AZLINA
JAILANI @ LINA JOY?
Nama asal: Azlina Jelani, pernah
ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy
untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.
Berwajah typical Malay,
berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama
Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang
dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk
didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.
FAKTA KES
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk
pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad
Pengenalan masih tertulis beragama Islam.
Beliau berusaha
untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan
kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada
250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan &
kajian Muti Perak).
Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang
perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada
kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak
mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad),
dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak
dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke
Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan
semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.
Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan
oleh barisan pembela kepada Lina Joy. Pada awalnya ketiga Hakim yang
mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada
dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan,
HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati
beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi
hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.
Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam
sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam
Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai
oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada
hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah
berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh
perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah
sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan
oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah
Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas
nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk
mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam
Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as apa say, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya. Ini adalah kali pertama dalam
sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk
menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut
kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak
Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan &
syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
Peringatan buat semua
lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya
khabarSubuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu
tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru
sahaja melintasi satutempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk
rumah-rumah yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai
tetamu." Dan airmataSubuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau
pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu denganpenuh rasa kegembiraan?
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya,
tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan
yangpaling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi
jarangkujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas
serta leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami
maksudSubuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapatmenghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku
ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan
hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh."Adakah kau mahu
manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku
sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yangberpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air
tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku
berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu
yangkusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah
kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan
sebaiknya,wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan
permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang, dan
ramai lagi yang memerlukankehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku mengulitimimpimu".
Dan aku akur dengan
penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap
untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku
kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin
laju dengan setiaplangkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan
Isyak?Jawapannya... tersirat dalam diri.