Peringatan buat semua

Sunday, September 17, 2006
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang
lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.


"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.


Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya
khabarSubuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu
tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru
sahaja melintasi satutempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk
rumah-rumah yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai
tetamu." Dan airmataSubuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau
pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu denganpenuh rasa kegembiraan?
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya,
tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai.Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan
yangpaling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi
jarangkujumpa.

Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas
serta leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami
maksudSubuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapatmenghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku
ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan
hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh."Adakah kau mahu
manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku
sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.


Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yangberpanjangan?


Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air
tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku
berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?


Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu
yangkusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah
kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.


"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan
sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan
permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang, dan
ramai lagi yang memerlukankehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku mengulitimimpimu".

Dan aku akur dengan
penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap
untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"


"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.


"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku
kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin
laju dengan setiaplangkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan
Isyak?Jawapannya... tersirat dalam diri.

No comments: