KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:

Sunday, September 17, 2006
IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM
& MELAYU DI MALAYSIA


Fakta yang terkandung dalam
tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad
Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam
Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada
taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala
Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang &
dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau
As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya
untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

Jumaat
14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh
Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan
dengan rapi. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat
ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO &
organisasi Muslim & Malaysia. Kehadiran untuk kedua program diharapkan
sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.


LATAR BELAKANG


Bangsa Melayu khususnya di Malaysia,
adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang
jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu
serta skop yang terlibat. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk
mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3 faktor yang
telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;

Bercakap Melayu
Beramal dengan budaya Melayu

Istilah
Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam,
dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama
sekali tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini diletakkan dengan
jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia
untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa
lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam &
perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

AZLINA
JAILANI @ LINA JOY?


Nama asal: Azlina Jelani, pernah
ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy
untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.
Berwajah typical Malay,
berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.


Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama
Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang
dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk
didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.

FAKTA KES


Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk
pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad
Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

Beliau berusaha
untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan
kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada
250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan &
kajian Muti Perak).

Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang
perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada
kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak
mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad),
dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak
dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke
Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan
semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.


Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan
oleh barisan pembela kepada Lina Joy. Pada awalnya ketiga Hakim yang
mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada
dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan,
HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati
beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi
hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.


Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam
sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam
Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai
oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada
hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah
berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh
perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam
Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah
sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan
oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah
Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas
nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk
mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam
Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as apa say, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya. Ini adalah kali pertama dalam
sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk
menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut
kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak
Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan &
syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

No comments: