AZAM

Friday, December 31, 2010
Tahun 2010 pasti berbeza dengan tahun 2011, Bulan sudah pasti berbeza dengan bulan ini, Semalam pasti berbeza dengan hari ini, Itulah perjalanan hidup kita.Setiap detik pasti berbeza dan bertambah tanggungjawab ke atas kita.
Apapun tahun ini, kita jangan seperti tahun lepas.Melayu terkenal dengan "Wow Factor". Setiap perkara & produk baru, Melayu lah yang mendahului bangsa lain.Contohnya,Nokia mengeluarkan model terbaru,maka Melayulah paling awal berada di kedai handset.Kerna terdapat di dalam diri Melayu "Wowww model baru" sambil mata terbeliak melihat iklan promosi di dalam suratkhabar @ internet.

Patutnya kita mencontohi Bangsa Cina, selalu memandang ke hadapan 5 @ 10 tahun ke hadapan.Itu sebab mata  bangsa Cina, kecil & sepet kerna mereka mengecilkan mata untuk melihat benda yang jauh. :-)



JANGANLAH AZAM TAHUN 2011 INI ADALAH UNTUK MENUNAIKAN AZAM 2010 :)

TENANG

Friday, December 24, 2010
Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Bagaimanakah hendak mendapat ketenangan?

Dalam Al Quran yang bermaksud; "Ingatlah! Hanya mengingati Allah, hati menjadi tenang".

Ingat Allah = Lihat peciptaanNya = Lihat dari Alam

HIJRAH

Tuesday, December 07, 2010
Selagi tidak kembali kepada Islam, selama itulah umat Islam tidak akan cemerlang.Semoga kita sama-sama mengambil iktibar daripada Hijraturrasul SAW.
HIJRAH dari hanya PANDAI Meng'CONDEMN' (Mengutuk) kepada SAMA-SAMA Men'CONTRIBUTE' (Menyumbang)

KULIAH HIJRATURRASUL

Sunday, December 05, 2010

TRIM TAB

Tuesday, November 30, 2010
Aku nak jadi macam TRIM TAB
"Trim tabs are small surfaces connected to the trailing edge of a larger control surface on a boat or aircraft, used to control the trim of the controls, i.e. to counteract hydro- or aero-dynamic forces and stabilise the boat or aircraft in a particular desired attitude without the need for the operator to constantly apply a control force. This is done by adjusting the angle of the tab relative to the larger surface." rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Trim_tab
Trim tab ni kecil saja banding saiz & berat kapal.Tapi dengan trim tab ni la yang menentukan hala tuju kapal..

Inilah yg dikatan sumbagan yang kecil mampu memberi impak kepada sesuatu pekerjaan / organisasi.

Kita adalah satu kuasa kreatif yg mampu mempengaruhi perjalanan hidup dan kerja kita.Caranya: kita fokus pd apa yg kita mampu kita lakukan dan melakukan perubahan kecil yg mampu kita sumbangkan.

Tidak semestinya perlu jawatan tinggi dan hebat sebelum dapat melakukan sumbangan yg besar

DINAR sebagai MASKAHWIN

Saturday, November 20, 2010

Sama-sama kita kembalikan nilai matawang Islam [EMAS].Jadikan DINAR sebagaiHANTARAN PERKAHWINAN

sumber : gelombangemas

KORBAN

Thursday, November 18, 2010
Sudahkah kita berKORBAN?
Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?
Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?
Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?
Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Dan kamu lihatlah apa yang telah kita KORBANkan?

Allah membayar kepada mereka yang berKORBAN.
Satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.
Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.
Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.
Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.
Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.
Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.
Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.
Itulah KEIMANAN.


LEMBU SUDAH BERKORBAN, KITA BILA LAGI ?

UTAMA

Saturday, November 13, 2010
Apakah yang lebih UTAMA bagi kita ?
Orang omputih sebut Put First Things First.
Bahasa Melayunya adalah Keutamaan.
Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.
Dalam kehidupan ini, Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.
Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz di dalam sebuah bekas.
Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar… malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Jika bekas itu adalah masa yang kita ada seharian, maka kita isikan ia dengan pasir, batu kecil dan akhirnya batu besar… malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah anak di sekolah? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid, atau Usrah bulanan, atau ceramah agama, atau pemeriksaan kesihatan?
Batu besar mana yang bakal kita korbankan, jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada?
Batu besar, batu kecil, pasir dan air!
Ya, jika bekas air dan masa diisi dengan Put First Things First, semua batu besar dapat dimasukkan. Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya.
Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.
Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu?
Itulah NILAI.
Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.
Apa yang besar? Rancangan kegemaran di televisyen? Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu? Mengejar harga runtuh di pusat membeli belah?
Apa yang bernilai dalam hidup anda ini?

Penentuan nilai kita, adalah pada cara kita melihat kehidupan. World view… 

RENUNGI VIDEO INI ...

KUNCI KEJAYAAN

Friday, November 12, 2010
1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.
KUNCI KEJAYAAN : Start From Zero

BANJIR LAGI

Thursday, November 11, 2010
Banjir oh Banjir : ADAKAH ALLAH MENZALIMI KITA

BANJIR

Monday, November 08, 2010

BANJIR OH BANJIR

Friday, November 05, 2010
Banjir di Perlis baru ini menyaksikan bagaimana dan siapakah yang betul-betul prihatin atas apa yang berlaku.
                 Apakah sekadar berkata tetapi tidak mengotakan apa yang dikatakan.
Firman Allah di dalam Surah As-Shoff:2-3
Hai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengucapkan apa yang tiada kamu perbuat??Sangat dibenci Allah bahawa kamu ucapkan apa yang tidak kamu perbuat.

Kita boleh melihat bagaimana keadaan di rata-rata Pusat Pemindahan yang kekurangan bekalan makanan.Terdapat sebuah pusat pemindahan hanya memasak megi.Bagi warga emas, mereka tidak makan benda alah tu..Mereka terpaksa menahan perut dengan harapan ada bantuan luar yg membantu..

Banjir juga memperlihatkan wujudnya berpuak-puak @ kronisme di semua golongan baik yang kaya ataupun yang miskin.

Sesama miskin bergaduh berebut makanan kerana wujud ketidaktelusan pengagihan bekalan makanan.Tidak wujud semangat kerjasama dan tolong menolong seperti mana semut dan koloninya.Itu sebab Allah nukil cerita-cerita haiwan & alam di dalam Al quran supaya kita dapat belajar dari alam / semut.
Moga-moga hadirnya banjir dapat menyucikan segala-galanya.
Selepas ini PASTI Perlis Bersih. :-) 


DATANG & PERGI

Sunday, October 31, 2010
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

TOXIC PEOPLE

Tuesday, October 26, 2010

Peribahasa Melayu ada berkata "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi."
     Peribahasa tersebut adalah seiring maknanya dengan TOXIC PEOPLE.
Depan kita, dia adalah kawan ; belakang kita dia adalah lawan.Golongan ini menikam dari belakang.
     Toxic People tak banyak buat kerja demi orang lain tapi lebih kepada kepentingan diri saja.Mengampu yang di atas, menyiku yang sebaris, dan menekan yang di bawah.
     Akhirnya, carilah sahabat kerna dia adalah pengubat... :-)


Tiada ketenangan jika ada kebencian....

SERONOK

Sunday, October 24, 2010
“Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut," kata Fasha

Kata-kata artis di atas bukan sahaja menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemikiran umat pada saat ini dalam memahami hukum-hakam Islam, bahkan menunjukkan kepada kita betapa longgarnya sistem yang mengatur kehidupan pada saat ini untuk membawa umat mengamalkan syariat Islam itu secara hakiki.

Kalau beginilah gayanya, nescaya umat Islam pada saat ini akan terus mengalami kemunduran demi kemunduran dalam seluruh aspek. Ini kerana di dalam diri mereka sudah tertanam penyakit yang sangat kronik iaitu sekularisme seperti mana didalam Islamic Festival Fashion baru-baru ini.Untuk memulihkan keadaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan diterapkannya Sistem Islam secara sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, akan diterapkannya sistem pendidikan Islam, yang memberi kefahaman kepada rakyat tentang syariat Islam yang wajib mereka laksanakan dan patuhi sebagai hamba Allah di muka bumi. Di samping itu, diterapkannya pula sistem pergaulan Islam, yang akan mengatur interaksi dan pergaulan sesama manusia, khususnya di antara lelaki dengan perempuan. 

Selain itu. ia juga akan menjamin agar kemurnian dan kesucian agama Islam dapat dijaga.

"KESERONOKAN DUNIA IBARAT PERMAINAN YANG MELALAIKAN"

KEHIDUPAN

Thursday, October 21, 2010
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan.Ianya bukan tentang bagaimana kita bermula TETAPI bagaimana kita sepatutnya berakhir.


"Kejayaan itu bukan destinasi,ia adalah suatu perjalanan.Kita perlu gambarkan ke arah mana tujuan perjalanan itu"

PAKEJ CUTI

APA KATA ANDA ?

Monday, October 18, 2010







ISLAMIC FASHION FAST BECOMING LUCRATIVE BUSINESS, SAYS ROSMAH

UKHWAH

Saturday, October 16, 2010

PASTI TAK PUTUS

Monday, October 11, 2010
Lama tak tulis dalam blog ni.Sekadar papar program sebagai iklan sahaja.
Perkara yang pasti tidak putus dihadapi oleh kita adalah masalah.Tidak kira apa kerja kita lakukan, kita mampu membawa jalan penyelesaian yang unik kepada masalah dihadapi.

Apabila terdapat masalah dan cabaran baru yang perlu diselesaikan setiap hari, kadangkala setiap jam.Ini bermakna,kita adalah manusia berpengetahuan kerna menggunakan kreativiti minda bagi menghadapi masalah.

Hadapi masalah dengan tenang, janganlah asyik melayan Facebook saja sepanjang hari apabila masalah datang bergolek. :)

" Tidak kira sama ada kita mampu memperbaharui dunia ini ataupun tidak, kita mesti memperbaharui diri kita setiap hari "

BERSAMA FINALIS AQ-2

Thursday, October 07, 2010

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Monday, October 04, 2010
Sanah Helwa kpd seorang sahabat pd 2.10.10 bersamaan Sabtu lepas..


Benarlah kata-kata ;
 
Sahabat itu, ibarat bintang di malam hari.Ia tak selalu tampak namun ia selalu ada.
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi cahaya lain saat gelap..
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi panduan di malam hari demi sebuah pelayaran.


Sabda Rasulullah S.A.W:





“Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu.” (H.R. Tarmizi dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” (H.R. Muslim)
JADILAH DIRI ANDA SEBUTIR BINTANG UNTUK SAHABAT ANDA

Terpelajar @ Terdidik

Saturday, September 25, 2010

Kelakuan kurang ajar kanak-kanak digalakkan lagi dengan kehadiran orang dewasa Sesungguhnya, kanak-kanak sepatutnya diberi didikan yang baik, dan tidak di ajar berkelakuan seperti itu.

Bijaklah memilih Pusat Asuhan yang betul-betul mendidik bukan sekadar memberi pelajaran.

Gen-Q '10 Kembali

Thursday, September 23, 2010

Ceburi Banyak Bidang

Wednesday, September 22, 2010
Apakah profesion kita sekarang?

Guru.. Lawyer.. Majistret... atau Pemuzik ?? Takpun penganggur yang berjaya..

Bagi yang masih menganggur ... Cuba ceburi pelbagai bidang... Pasti di sana terdapat satu bidang bersesuaian dan memenuhi isi hati kita.Elakkan daripada bersaing dengan bidang yang sudah banyak orang ceburi.Takut nanti kita mudah putus asa dan mengalah..

Contohnya : Berniaga di pasar/market dengan menjual ikan kembung..Padahal sudah banyak peniaga ikan lebih-lebih lagi peniaga ikan besor-besor.Oleh itu janganlah menjual ikan tetapi JUALLAH GARAM kerna pasti ramai akan membeli garam demi mengelakkan ikan busuk.

Kem Gen-Q '10

Tuesday, September 21, 2010

JUARA AQ di PERLIS

Monday, September 20, 2010

PASAK BUMI

Wednesday, September 15, 2010
Setiap sesuatu pasti ada pasaknya.Pasak itulah mengukuhkan kedudukan sesuatu benda tersebut.


Gunung-ganang adalah pasak kepada bumi.Ia sudah jelas di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)

Bilamana gunung diruntuh atau ditarah, maka berlakulah kehancuran seperti tanah runtuh, peristiwa Highland Tower 1993 dan malapetaka lain.

Keamanan dan kesejahteraan ummah juga bergantung kepada pasak.Jika pasak sudah tiada... Tunggulah... Bumi akan berlaku kehancuran.

Empat golongan yang menjadi pasak kepada bumi.

1.Pemimpin yang adil
2.Golongan ulama', ilmuwan dan cendiakawan yang beriman
3.Para peniaga yang beramanah
4.Doa dari fakir miskin

Inilah pasak bumi yang sebenarnya.Tiadanya mereka..
Tunggulah peringatan dari Allah SWT..

Marah atau Suka... ?

Sunday, September 05, 2010

Iklan yang memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .
Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]

Apakah perasaan anda, kagum... suka .... atau marah ?

Musafirkah kita.... ?

OCCUPATION vs VOCATION

Monday, August 23, 2010
Apa itu kerja? Semestinya kerja yang kita lakukan kerna wang.Bagaimana plak dengan vocation???

Vocation membawa maksud perjuangan hidup iaitu apa yg kita perjuangkan mengikut perasaan/suara hati ataupun komitmen yg wajar dilakukan.

Ubah mind setting kita kepada sukarelawan dan bukan pekerja semata-mata.Pekerja mempunyai huraian/task kerja.Tetapi sukarelawan memiliki perjuangan.Beza antara huraian kerja dan perjuagan adalah jelas.Kerja datang dari majikan dan pekerja mesti melakukannya samada rela atau tidak.Manakala perjuangan bersifat dalaman iaitu dari diri sendiri dan kita akan menawardiri kpd perjuangan.


Motivasi kerja datangnya dari luar manakala motivasi perjuangan datangnya dari dalam diri sendiri.

Sesiapa tidak boleh memberhentikan atau membuang sukarelawan tetapi pekerja bilamasa boleh dibehentikan.Semangant, keghairahan serta keikhlasan perjuangannya menjadikan hasil kerja sukarelawan sering kali lebih baik daripada pekerja biasa.

Perjuangan ini tidak semestinya perkara hebat seperti megubati penyakit kanser ataupun mebasmi kemiskinan, tapi ia adalah perjuangan yang berbaloi untuk diperjuangkan tak kira apa jua profesion kita.Selagi kita tak melihat kerja kita sebagai perjuangan, selagi itu kita tak menemui semangat dan keghairahan yg mampu menjadikannya kerjaya yang hebat.

Akhirnya, kita perlu menjadi sukarelawan yg berguna ; membawa jalan penyelesaian yg diperlukan oleh organisasi kita. 
MARILAH KITA MEMILIKI PEMIKIRAN SUKARELAWAN dan BUKANNYA PEKERJA

SUARA HATI

Thursday, August 19, 2010
Baru saja baca blog shbt tentang Inspirasi @ Inspired. :-). Lebih kepada kerjaya..

Pasti bila bercakap tentang suara hati.Semestinya first impression pasti akan terbayang dibenak kisah jiwang.huhuhu...
Kenapa kita disuruh mendengar suara hati dalam membina kerjaya kita? Ini kerana, hati kecik akan membisikkan kpd kita apa sumbangan yang patut dan wajar dilakukan.Jadi fikirlah sedalam-dalamnya..

*.Apakah tanggungjawab sebenar kita kepada organisasi, klien dan rakan sekerja?

Ini adalah killer question?? ;-)

Ada 2 jenis pekerja samada pekerja tak baik atau pekerja yang baik.Pekerja yg tak baik hanya menganggap sekadar memiliki 'kerja' akan tetapi pekerja yang baik adalah pekerja yang memiliki rasa 'tanggungjawab'.
Suara hatilah yang memberitahu kita apakah tanggugjawab kita sebenarnya.

Kadangkala suara hati ini juga mungkin menjadi sumber sumbangan kita.

Kerjaya kita tak membawa apa-apa makna pabila tak didorong oleh suara hati.

Sekiranya kerja yang dilakukan menganggu kesejahteraan jiwa kita, pasti tiada bentuk kejayaan mampu mengantikan perasaan kecewa itu.Tetapi sekiranya kerja yang dilakukan itu memuaskan hati, tak kira apa jua kerja kerja sekalipun, kita akan senantiasa berasa puas dan selesa dengan pencapaian diri sendiri.


SELAMAT MAJU JAYA.SENTIASA BERINSPIRASI DALAM HIDUP & KERJAYA

MATIN

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Monday, August 09, 2010
 

Ramadhan al Mubarak sudah kunjung tiba.Tiba masanya untuk bersiap sedia ke sekolah, MADRASAH TARBIYAH.

SEMOGA BERGUMBIRA KEMBALI KE SEKOLAH..

TAMAR

Thursday, August 05, 2010
Tinggal tidak sampai seminggu lagi, kita akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yg terdapat di dalamnya pelbagai peristiwa.Cuma di sini hanya ingin tentang buah kurma @ tamar.Buah yg sinonim dengan bulan Ramadhan, padahal ia byk khasiat & manfaat dijadikan diet harian apatah lagi kita seorang muslim.
Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix.Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya dengan protein

2-Kaya dengan gula

3-Kaya dengan serat

4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C

5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.

Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)


Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau
tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.

Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.
*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil.Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak-anak.

DARI AL-QURAN II

Tuesday, August 03, 2010

Kita mengenali haiwan ini.Tetapi adakah kita merenung penciptaan haiwan ini? Sudah pasti haiwan ini unik.Masakan tidak,Allah nukilkan haiwan ini di dalam Al-Quran.

Dalam surat Al Ghasyiyah ayat 17, Allah berfirman : “Maka Apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?”

Marilah kita merenung sejenak penciptaan unta, moga-moga dengan kita belajar & berfikir dari alam ini, dapat kita mendekati Tuhan yg menciptanya, Allah SWT.




Unta telah menunjukkan kepada kita akan kecekalan di dalam kehidupannya di padang pasir yg panas.

Malulah kita kepada unta jika kecundang & putus asa di dalam perjalanan hidup ini.

IKLAN ANLENE

Monday, July 26, 2010
Jika boleh balik ke belakang 14 hari.Pasti tulang akan kuat
Kita semua pasti pernah menonton iklan Anlene,iklan susu Kalsium yang sering ditayang di waktu perdana kaca tv kita.

Bagi kita orang Islam, pasti perkara sebegitu tidak akan berlaku.Yang berlalu pasti akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.Di dalam al Quran pun telah dijelaskan ketika golongan yang tidak beriman meminta kembali ke dunia untuk berbuat ibadah.

Tafsirnya: “Maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. (Surah as-Sajadah:12)

Akan tetapi ia tidak berguna lagi.Begitulah kita, rebutlah masa yang ada sekarang dengan melakukan banyak amalan untuk bekalan di akhirat kelak.

Di dalam kehidupan seharian kita juga,kita mesti berjuang meneruskan perjalanan kehidupan kita tanpa wujud rasa kejayaan akan dicapai jika kita melakukannya 2 tahun yang lalu.Tiada guna kesal perkara yg lepas.Tapi perlu rasa kesal jika kita gagal  merancang masa hadapan kita.

MANFAATLAH MASA YANG ADA DENGAN SEBAIKNYA.
BERJALAN BIAR KE HADAPAN BUKAN KE BELAKANG.

TEKANAN

Tuesday, July 20, 2010
Semalam mengikuti perbincangan selepas rehat-rehat minda 2 hari di dalam hutan menikmati tabiat alam.Perbincangan agak panjang tapi apa yg ingin dituliskan sekadar satu frasa yg dilontarkan oleh seorang sahabat semasa beliau memberi pandangan.

BILA ADA SESUATU TEKANAN, PASTI AKAN BERLAKU LETUPAN

Tekanan (stress) yang kita rasa perlu disalurkan ke tempat lain.

Jangan menakung rasa tertekan terlalu lama sebaliknya simpan sebentar kemudian alirkan keluar. Anda boleh luahkan tekanan melalui percakapan atau melalui perbuatan.

Tekanan dalam hidup kita muncul tanpa di sangka. Oleh kita perlu bijak mengalirkannya ke tempat lain, bukannya menakung tekanan kerana kita tidak dapat menanggung banyak tekanan dalam masa yang lama.

Tekanan gunanya untuk menggesa kita supaya berubah, bukan untuk membebankan kepala.

Apapun,biarlah TEKANAN itu menjadi BOOSTER ke arah berlakunya LETUPAN yang akan mengubah cara hidup & impian menuju kejayaan dunia dan akhirat

AIR SIRAP

Thursday, July 15, 2010
"Manis tak air sirap itu?" Pasti kita akan mengangguk mengiyakan.Tetapi apabila ditanya, bagaimana rasanya manis? Sukar untuk kita explain. Kita hanya boleh katakan rasa air sirap itu manis dan deria rasa pun tahu erti 'manis'.

Sukar untuk gambarkan kenikmatan kemanisan air sirap itu.

Begitulah impian.Mencapai impian, kita akan rasa kenikmatan yang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata.Hanya kita sendiri saja yang tahu kenikmatan apabila impian telah dicapai.
Begin with the end in mind
When the student is ready, the teacher will appear

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar Kongsi...

Wednesday, July 14, 2010
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


***
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sumber asal : http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063