TINDAKAN SEGERA

Sunday, September 17, 2006
Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh
6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari
tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk
diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka
masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat
mungkin adalah;

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela
Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan
protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif
Committee untuk menyokong kes Lina Joy; Isu secara langsung seolahnya
menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes
ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat
mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.


Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani &
kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar
orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.<;br />

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat
tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan
12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina
Joy dalam kes beliau.

Suatu website diwujudkan segera untuk
menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com
atau www.peguampembelaislam.orang, yang akan diputuskan segera mengikut
kesesuaian. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela
Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati
undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela
kes Lina Joy. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk
menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta
menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.


Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes
ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan
dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik
dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku. Majlis
tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM,
Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua
dijemput hadir Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam
Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langsung tidak
dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

Mesej akan
disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas
kebenaran daripada pihak yang terlibat. Paling kurang 100,000 artikel
akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam
tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.


Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi
kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat
Islam di Malaysia, khususnya.


Usaha juga akan
diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis
Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini,
serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha
menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

No comments: