Aritu semasa dok layan tv.Kengkawan tonton Festival Filem Malaysia.Ada satu artis muda yang menerima piala.Dia akan nampak bodoh katanya.Kalau dia bicara dalam bahasa ibunda.Bicara dia bahasa Inggeris pelat orang kita.Tak ada slang orang UK atau Amerika.Nama famili tak ada Smith atau Jaquelina.Sebaliknya macam nama arab nusantara.Ku tanya artis itu lahir di mana.Mana tau membesar di Jerman atau Australia.Tak pula lahir di sana mungkin di MelakaKenapa tak mau bicara bahasa ibunda.Mungkin tak ada standard agaknya.Atau dia teringin jadi Sofea dan Deanna.Atau mungkin teringin jadi Raja Petra.Kacukan barat dan nusantara.Mungkin dia alami krisis identiti agaknya.Tidak hairanlah dia berlakun filem Gubra.
Kalau nak tau itulah artis Malaysia.Yang orang Melayu dok sanjung gila.Artis tidak lah disanjung tinggi di Singapura.Mereka lebih suka saintis berjaya sebagai idola.Di sini artis disanjung begitu muliaLihatlah perkahwinan disiarkan langsung di TV3.Begitu tinggi penghormatan macam perkahwinan diraja.Makcik-makcik berenti buat kerja rumah sementara.Nak tengok Siti punya cincin berlian besar mana.
Inilah agenda Barat yang orang Timur laksanaBiarkan orang Melayu terhibur dan leka.Sogokkan hiburan banyak-banyak setiap masa.Terbitkan majalah lagha seperti URTV dan Mangga.Ibubapa galakkan pula anak masuk Akademi FantasiaBeri sokongan moral sebab anak-anak sukaAnak-anak terkinja-kinja tak mengapa.
Tak lama lagi kita akan sambut merdeka.Sibuk orang kita nak buat konsert terbuka.Siapa yang ramai anda semua boleh teka.Kita tak pasti adakah ini sahaja caraKalau gitu lambat lagi kita merdeka!.
No comments:
Post a Comment