Banjir di Perlis baru ini menyaksikan bagaimana dan siapakah yang betul-betul prihatin atas apa yang berlaku.
Apakah sekadar berkata tetapi tidak mengotakan apa yang dikatakan.Firman Allah di dalam Surah As-Shoff:2-3
Hai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengucapkan apa yang tiada kamu perbuat??Sangat dibenci Allah bahawa kamu ucapkan apa yang tidak kamu perbuat.
Kita boleh melihat bagaimana keadaan di rata-rata Pusat Pemindahan yang kekurangan bekalan makanan.Terdapat sebuah pusat pemindahan hanya memasak megi.Bagi warga emas, mereka tidak makan benda alah tu..Mereka terpaksa menahan perut dengan harapan ada bantuan luar yg membantu..
Banjir juga memperlihatkan wujudnya berpuak-puak @ kronisme di semua golongan baik yang kaya ataupun yang miskin.
Sesama miskin bergaduh berebut makanan kerana wujud ketidaktelusan pengagihan bekalan makanan.Tidak wujud semangat kerjasama dan tolong menolong seperti mana semut dan koloninya.Itu sebab Allah nukil cerita-cerita haiwan & alam di dalam Al quran supaya kita dapat belajar dari alam / semut.
Moga-moga hadirnya banjir dapat menyucikan segala-galanya.
Selepas ini PASTI Perlis Bersih. :-)
No comments:
Post a Comment