SERONOK

Sunday, October 24, 2010
“Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut," kata Fasha

Kata-kata artis di atas bukan sahaja menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemikiran umat pada saat ini dalam memahami hukum-hakam Islam, bahkan menunjukkan kepada kita betapa longgarnya sistem yang mengatur kehidupan pada saat ini untuk membawa umat mengamalkan syariat Islam itu secara hakiki.

Kalau beginilah gayanya, nescaya umat Islam pada saat ini akan terus mengalami kemunduran demi kemunduran dalam seluruh aspek. Ini kerana di dalam diri mereka sudah tertanam penyakit yang sangat kronik iaitu sekularisme seperti mana didalam Islamic Festival Fashion baru-baru ini.Untuk memulihkan keadaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan diterapkannya Sistem Islam secara sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, akan diterapkannya sistem pendidikan Islam, yang memberi kefahaman kepada rakyat tentang syariat Islam yang wajib mereka laksanakan dan patuhi sebagai hamba Allah di muka bumi. Di samping itu, diterapkannya pula sistem pergaulan Islam, yang akan mengatur interaksi dan pergaulan sesama manusia, khususnya di antara lelaki dengan perempuan. 

Selain itu. ia juga akan menjamin agar kemurnian dan kesucian agama Islam dapat dijaga.

"KESERONOKAN DUNIA IBARAT PERMAINAN YANG MELALAIKAN"

No comments: