TEKANAN

Tuesday, July 20, 2010
Semalam mengikuti perbincangan selepas rehat-rehat minda 2 hari di dalam hutan menikmati tabiat alam.Perbincangan agak panjang tapi apa yg ingin dituliskan sekadar satu frasa yg dilontarkan oleh seorang sahabat semasa beliau memberi pandangan.

BILA ADA SESUATU TEKANAN, PASTI AKAN BERLAKU LETUPAN

Tekanan (stress) yang kita rasa perlu disalurkan ke tempat lain.

Jangan menakung rasa tertekan terlalu lama sebaliknya simpan sebentar kemudian alirkan keluar. Anda boleh luahkan tekanan melalui percakapan atau melalui perbuatan.

Tekanan dalam hidup kita muncul tanpa di sangka. Oleh kita perlu bijak mengalirkannya ke tempat lain, bukannya menakung tekanan kerana kita tidak dapat menanggung banyak tekanan dalam masa yang lama.

Tekanan gunanya untuk menggesa kita supaya berubah, bukan untuk membebankan kepala.

Apapun,biarlah TEKANAN itu menjadi BOOSTER ke arah berlakunya LETUPAN yang akan mengubah cara hidup & impian menuju kejayaan dunia dan akhirat

No comments: