KORBAN

Thursday, November 18, 2010
Sudahkah kita berKORBAN?
Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?
Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?
Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?
Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Dan kamu lihatlah apa yang telah kita KORBANkan?

Allah membayar kepada mereka yang berKORBAN.
Satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.
Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.
Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.
Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.
Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.
Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.
Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.
Itulah KEIMANAN.


LEMBU SUDAH BERKORBAN, KITA BILA LAGI ?

No comments: