PROGRAM MOTIVASI

Wednesday, May 26, 2010
Sempena Cuti Sekolah akan datang tidak lama lagi.Akan dianjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.Maklumat lanjut, rujuk pic di bawah.Jika berminat, hubungi no.perhubungan yang tertera pada pic tersebut.

SELAMAT BERPROGRAM & BERMOTASI


BELAJAR DARI ALAM VI

Monday, May 24, 2010
Allah anugerahkan kepada kita mata untuk meihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir dan hati untuk mentafsir.Oleh itu manfaatkanlah.

Angsa ?? Apakah hebat sangat angsa ini sehingga kita perlu belajar daripadanya.Banyak yang boleh kita pelajari, cukuplah sekadar 2 fakta.Ia sudah memadai jika kita benar-benar mempraktiknya.
 
Setiap kali angsa mengipas kepaknya ketika terbang, ia membantu angsa-angsa lain yang terbang dibelakangnya.Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk formasi 'V',angsa-angsa di belakang mempunyai kuasa terbang lebih tinggi daripada berterbangan sendirian.
 
Jika kita berkongsi matlamat yang sama dengan rakan & juga mempunyai rasa kebersamaan, maka semakin mudah & cepat untuk mencapai ke 'destinasi' yang hendak dituju.
 
Jika ada angsa yang sakit atau ditembak jatuh, 2 ekor angsa akan keluar dari formasi dan mengikuti angsa yang jatuh untuk melindungi dan memberikan bantuan.Mereka akan menunggu angsa yang jatuh tadi sehingga boleh terbang semula atau dipastikan sudah mati.Kemudian mereka akan kembali ke dalam formasi 'V'.
 
Bantulah rakan kita yang dalam kesusahan.Inilah sistem jaminan yang penting dalam berpasukan.Inilah konsep takaful, iaitu saling tolong menolong.Dengan ini, rakan-rakan akan rasa selamat & bersemangat dalam kerja.

BEKERJALAH SECARA BERPASUKAN DENGAN PENUH KEPERCAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN
 

LAMPU

Kejayaan adalah milik kita, pastikan kita menciptakan imaginasi dan melakukan tindakan dengan daya kreatif serta memacu ketajaman otak kita. " Jika tumpul, Asah segera otak kita dengan Ilmu ". Rekod kejayaan, dimana setiap insan yang berjaya itu sesungguhnya telah pun seawal mungkin membina imaginasi dan memacu daya kreaviti mental untuk merealisasikan impiannya. Sepertimana The Wright Brothers ( Pencipta Kapalterbang ) mengimaginasikan manusia mampu terbang diudara sepertimana burung.
  • Alexander Graham Bell ( Pencipta Telefon )
  • Thomas Edison ( Pencipta Lampu ).
Mereka-mereka ini telah membayangkan bahawa mereka boleh melakukan sesuatu yang luar biasa lalu berimaginasi, mengkajiselidik, berkarya dengan penuh inovatif dan berusaha dengan kesungguhan.
Maka dengan itu tidak mustahil lah mereka mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.

Jika kita gagal dipermulaan - jadikan ianya sebagai pengalaman dan teladanuntuk terus melakukan tindakan seterusnya.

" Ilmu yang paling berharga adalah pengalaman daripada kegagalan "

ANDA,LILIN & SINGA

Thursday, May 20, 2010
Bayangkan anda berada dalam perangkap.

Anda tergantung di atas pokok dan tali terikat di tanah. Sebuah lilin menyala di permukaan tanah dekat tali. Perlahan-lahan api lilin pasti akan membakar tali dan anda terjatuh ke tanah, sementara seekor singa menanti anda untuk makan tubuh anda.

Tidak ada org akan membantu Anda. Ikatan tali sangat kuat dan anda tidak boleh bergerak.

Apa yang dapat anda lakukan supaya tali tidak putus dan anda tidak jatuh ke tanah ?

Fikirkan dahulu sebelum anda bertanyakan kpd org lain ...

Masih belum tau ??




inilah jawapannya..







Nyanyikan lagu " Happy Birthday to YOU... !!!

 

SELAMAT HARI GURU

Monday, May 17, 2010

Guru umpama matahari, Pelajar umpama bulan
Bulan tak kan bersinar tanpa datangnya cahaya dari matahari..
BEGITULAH KITA ....

Pokok bunga akan berbunga silih berganti, mengeluarkan benih yang akan menyambung hayatnya.
Bagi guru begitulah hendaknya sentiasa mewangi anak bangsanya dan tak lupa lebih-lebih lagi anak mereka sendiri.
SELAMAT HARI GURU..

INSPIRASI

Friday, May 07, 2010
Never underestimate what's inside you that makes you special

Believe in yourself

HIDUP BERORGANISASI

Wednesday, May 05, 2010
26.  Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". Surah al Qasas

Ayat ini memberi pelajaran sangat berharga yang dapat diterapkan dalam dunia organisasi.Seorang pekerja yang baik menurut ayat itu adalah memiliki kekuatan dan dapat dipercayai.


Pertama : “Al Qawiy ” – memiliki kekuatan
Ini dapat diterjemahkan sebagai ‘profesional’.Seorang pekerja yang baik ialah pekerja yang memiliki kemampuan di bidang kerjanya.
Dia professional, menguasai seni pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.Nabi SAW pernah mengingatkan bahawa apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak profesional) maka tunggu saat kehancurannya.

Kedua ; “Al Amin”- dapat dipercayai / jujur
Seorang pekerja yang baik adalah yang memiliki kreabiliti tinggi.Dia boleh dipercayai sekalipun tanpa pengawasan yang ketat.Kepercayaan yang diberikan kepadanya dijalankan dengan penih kejujuran.Pekerja yang baik selalu memahami posisinya sebagai pemangku amanah dan amanah itu wajib dilaksanakan.

CONFIDENCE

Tuesday, May 04, 2010

GARAM

Sunday, May 02, 2010
Jika kita tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah pula kita menjadi lalat yang membusukkan ikan.

5S

Kebiasaannya kehidupan/perkara yang mudah dicapai tanpa perjuangan tidak bertahan lama dan sering mengecewakan.

Bagaimana hendak kita atasi?

Skill ( kemampuan ataupun kecekapan ), Speed ( kepantasan bertindak ), Spirit ( Semangat juang bagi menghasilkan yang terbaik ), Space ( tempat untuk berjuang ) dan System ( sistem dan cara kerja serta peraturan yang berlaku untuk berjuang ).

SELAMAT BERJUANG


IKHLAS

Thursday, April 29, 2010
Semalam menghadiri perbincangan kumpulan/usrah berkaitan IKHLAS.Cuma di dalam post ini tak berkaitan isi-isi yang terdapat dalam perbincangan semalam.

Nak bawa persoalan IKHLAS dalam situasi yang sering berlaku di kalangan kita.

Apakah yang dirasai oleh seseorang ketika dia memberi dengan ikhlas?

Ketika memberi, si pemberi terus memperoleh kesan yang luar biasa seperti rasa gembira, tenang dan ungkapan syukur kerana dapat menolong orang.


Contohnya; apakah yang kita rasa ketika membantu orang yang cacat penglihatan menyeberang jalan yang sibuk dengan kenderaan?
Dari mulut sahabat yang buta ini, dia melemparkan senyuman dan mengungkapan rasa terima kasih atas bantuan.Namun pada ketika yang sama, hati kita pun akan terus diliputi perasaan sukacita yang teramat,tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

MARILAH KITA BELAJAR MENCARI IKHLAS

BULUH

Monday, April 26, 2010
Bagi orang-orang kampung, buluh memang biasa dilihat disepanjang sungai.Ada suatu yang menarik mengenai pokok buluh.
Kita ketahui pokok buluh yang tegak lurus lebih cepat dipotong bagi digunakan sebagai kayu bakar,dibuat pagar ataupun kegunaan lain.Namun, pokok buluh yang bengkok dibiarkan sahaja tumbuh terus dalam 'kebengkokannya'
Kehidupan manusia nampaknya cenderung ke arah fenomena pokok buluh.Mereka yang lurus bendul atau berjalan di atas landasan yang benar; yang bekerja mahupun aktivis parti dan bergaul dengan baik dalam masyarakat, lebih cepat di'potong' daripada mereka yang bengkok-bengkok.
       Itulah sebab kita memandang tinggi kepada usaha-usaha memangkas/mencantas 'pokok buluh yang bengkok' supaya kita bebas daripada pelbagai penyelewengan.

BEBASKAN DIRI DARIPADA FENOMENA BULUH BENGKOK

BELAJAR DARI ALAM V

Friday, April 23, 2010
Kita pasti pernah menonton National Geographic.Channel dokumentari berkaitan alam.Apabila kita melihat haiwan, sedikit sebanyak ia memberi pengajaran pada kita.

Marilah kita merenung perjalanan awal hidup seekor rusa.Semasa anak rusa dilahirkan, ia terus jatuh ke tanah dan ditiup udara yang dingin, tanah yang kasar serta angin yang kuat.Semua yang berlaku ini tidak pernah dialaminya selama berada di dalam kandungan ibunya.Namun, si anak rusa tetap berharap si ibu selalu melindunginya.Tetapi, apakah yang berlaku?? Si ibu menendang anaknya hingga si anak jatuh berguling-guling.

Pasti si anak hairan bukan kepalang.Hairan belumpun hilang, ia ditendang lagi oleh si ibu hingga jatuh tetapi ia terus bangkit dan berjalan.Kemudian si ibu berlari lalu mengejar dan menendangnya lagi.Bagi mengelakkan diri ditendang lagi, si anak berusaha melarikan diri.

Apakah pendidikan yang hendak diberikan oleh si ibu kepada si anaknya walaupun nampak kasar?

Haiwan liar suka membaham anak rusa yang baru lahir.Itu sebabnya mengapa si ibu tak mahu anaknya mati sia-sia sebelum dapat berjuang.

HIDUP INI ADALAH SUATU PERJUANGAN.TIADA KEJAYAAN DIPEROLEHI TANPA PERJUANGAN, TIADA HASIL DALAM HIDUP INI TANPA KERINGAT dan AIR MATA.

MATI

Wednesday, April 21, 2010
Semakin jauh kita berjalan, semakin jauh kita meninggalkan pengkalan..Dan kita pun semakin mendekati.. destinasi yang hakiki.. iaitu, MATI !
Justeru kita sebenarnya bukan pergi tetapi kembali.

MATI adalah singkatan bagi Menutup buku Amalan,Taqwa dan Iman

Jadi perjalanan hidup kita ini bukan perjalanan pergi tetapi perjalanan kembali.Maka, apa saja yang kita kerjakan seharusnya membantu kita mencari bekal kembali sebanyak-banyaknya.

CAWAN

Tuesday, April 20, 2010
Welcome back..

Kita mempunyai sebuah cawan berisi air.Lalu kita memegang cawan tersebut.Pada kita, cawan tersebut ringan saja.Cuba kita meluruskan tangan sambil memegang cawan tersebut.Pada mulanya, kita rasa masih ringan.Lama kelamaan, kita terasa cawan tersebut makin berat walaupun hakikatnya kuatiti air tidak bertambah.

Bagaimana kita nak atasi cawan tersebut? Pastinya kita akan meminum air di dalam cawan tersebut atau meletakkan saja cawan tersebut di meja. 

Begitulah juga dengan masalah, jika mempunyai sesuatu masalah, jangan bertangguh-tangguh untuk menyelesaikannya.Cepat selesaikan masalah.Jika kita masih bertangguh-tangguh,lama kelamaan ia menjadi berat untuk diselesaikan.

Kita janganlah terlalu fikir pada masalah saja sehingga mengabaikan kerja lain.Letakan seketika masalah tersebut dan dalam masa yang sama tenangkan hati untuk menyelesaikan masalah tersebut.

PASTI KITA MENEMUI JALANNYA.insya ALLAH

BELAJAR DARI ALAM IV

Tuesday, April 13, 2010
Sebelum azam 5 hari untuk out station memenuhi tuntutan semasa menuju tempat yg masih banyak hutan belantara di hulunya dengan update sedikit blog ni.Pastinya bila disebut hutan, kita akan berjumpa/terbayang pelbagai haiwan dan serangga.

Antaranya,labah-labah yang sering membuat sarangnya di antara pepohon besar.Sarangnya selalu terkoyak/rosak apabila sesuatu besar merempuhnya.

Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Oleh itu, janganlah kita membuat tempat berteduh seperti sarang labah-labah.

Apapun kita masih boleh mengambil positifnya sang labah-labah ini iaitu sikap labah-labah yang smart.Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.

Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya.

Moral of story: Hidup memang perlu smart.

BELAJAR DARI ALAM III

Monday, April 12, 2010
Pasti semua pernah menonton The Antz.Berkisarkan tentang koloni semut.Memaparkan semut bercakap satu sama lain.Mungkin kita semua menonton sekadar hiburan atau mengisi masa lapang bersama keluarga.

Sebenar percakapan/komunikasi antara semut itu adalah benar bukanlah dongeng.

18.  Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari"; Surah An Naml:18

Sains telah membuktikan bahawa semut adalah sejenis serangga yang hampir sama corak kehidupannya dengan manusia.Antaranya :

1.Semut akan menanam semut lain yang mati.Adakah ia menyamai manusia?
2.Mereka mengamalkan sistem yang sama seperti manusia dalam melakukan kerja; terdapat pekerja dan ketua dalam melakukan sesuatu kerja
3.Mereka menukar barang-barang mereka dalam 'pasar harian'.
4.Mereka ber'cakap' pada waktu tertentu
5.Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk.Apabila bijian itu bercambah, mereka akan memotongnya untuk mengelakan daripada rosak.Jika, bijian tersebut terkena air, mereka akan mengeluarkannya untuk dijemur dibawah panas matahari.

Benarlah, tiada Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.Maha suci Allah yang menciptakan alam ini setinggi-tinggi kejadian.

Malulah kita sebagai muslim jika menafikan sebahagian kehidupan ini semata-mata mengejar cita-cita & kerjaya dengan mengetepikan hubungan silaturrahim sesama masyarakat sekeliling.
AYUHLAH KITA BERUBAH !!

KEKUATAN DISEBALIK KRITIKAN

Thursday, April 08, 2010
Pernahkah diri dikritik oleh seseorang ?

Kita selalu dikritik bilamana melakukan sesuatu perkara atau memberi cadangan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.Lazimnya, apakah perasaan bilamana kita dikritik?

Sedih, kecil hati, marah atau bertambah bersemangat...

Malang sungguh apabila diri dikritik, kita terus terhenti daripada melakukan  sesuatu perkara dengan alasan / harapan tidak mahu lagi dikritik.

Kritikan itu sebenarnya menjadi daya penguat untuk terus ke hadapan, jauh meninggalkan si pengkritik ke belakang.

Ayuh !! Kita berusaha demi kebaikan agama dan masyarakat.Jangan terhalang kerana kritikan sebaliknya jadikanlah kritikan itu sebagai SUMBER KEKUATAN.


SUKAN PASTI KANGAR

Tuesday, April 06, 2010
Sukan PASTI (SUKPA) Kawasan Kangar bertarikh 4 April 2010 ( Ahad ) bertempat di D' Futsal Centre.

AYAM & ULAR

Sunday, April 04, 2010
Setiap makhluk mempunyai musuh masing-masing.Contohnya ayam, musuhnya; biawak dan ular.Begitulah ular, musuhnya; helang.Oleh itu Allah ciptakan makhlukNya dengan kebolehan mempertahankan diri.

Dengan adanya musuh, ia menjadi cabaran kepada kita.Jika musuh adalah MALAS, kita akan cuba atasi / lawan dengan bersungguh-sungguh sehingga musuh menyerah kalah.

Allah berfirman dalam al Baqarah:36.

"Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain”

Itulah syaitan/iblis yang menjadi musuh hakiki bagi manusia.Sampai hari ini, manusia tak pernah berhenti dari bermusuhan.Buktinya, peperangan dan pembunuhan berlaku sana-sini.

Apapun, apabila kita menjadikan syaitan sebagai musuh kita, maka kita tak akan ada musuh dikalangan orang baik.

Apabila kita menerapkan tingkah laku yang baik, pasti tak akan ada sesiapa yang memusuhi kita.

Mudah-mudahan kita hidup dengan memiliki kawan yang ramai bukannya koleksi musuh yang banyak.

Berkawan biar seribu, bermusuh biar satu,Satu itu adalah SYAITAN