Kita pasti pernah menonton National Geographic.Channel dokumentari berkaitan alam.Apabila kita melihat haiwan, sedikit sebanyak ia memberi pengajaran pada kita.
Marilah kita merenung perjalanan awal hidup seekor rusa.Semasa anak rusa dilahirkan, ia terus jatuh ke tanah dan ditiup udara yang dingin, tanah yang kasar serta angin yang kuat.Semua yang berlaku ini tidak pernah dialaminya selama berada di dalam kandungan ibunya.Namun, si anak rusa tetap berharap si ibu selalu melindunginya.Tetapi, apakah yang berlaku?? Si ibu menendang anaknya hingga si anak jatuh berguling-guling.
Pasti si anak hairan bukan kepalang.Hairan belumpun hilang, ia ditendang lagi oleh si ibu hingga jatuh tetapi ia terus bangkit dan berjalan.Kemudian si ibu berlari lalu mengejar dan menendangnya lagi.Bagi mengelakkan diri ditendang lagi, si anak berusaha melarikan diri.
Apakah pendidikan yang hendak diberikan oleh si ibu kepada si anaknya walaupun nampak kasar?
Haiwan liar suka membaham anak rusa yang baru lahir.Itu sebabnya mengapa si ibu tak mahu anaknya mati sia-sia sebelum dapat berjuang.
HIDUP INI ADALAH SUATU PERJUANGAN.TIADA KEJAYAAN DIPEROLEHI TANPA PERJUANGAN, TIADA HASIL DALAM HIDUP INI TANPA KERINGAT dan AIR MATA.
No comments:
Post a Comment