DARI AL-QURAN

Sunday, May 30, 2010
Hari minggu lepas, cuti-cuti Malaysia ke Terengganu besempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.Cuaca di sana lebih kurang sama cuaca di Utara Malaysia.Bagi yang bekeluarga,hari minggulah hari bersama keluarga.Kebiasaannya masa berharga dimanfaat di waktu siang, akan tetapi sekarang ia sebelah malam dimanfaatkan berikutan perubahan cuaca.

Benarlah ayat-ayat Allah di dalam surah Al Lail.Kita mampu melakukan pelbagai aktiviti & kerja samada siang atau malam.

Demi (perhatikan) malam apabila telah diliputi kegelapannya. (Bagaimana keadaan makhluk di saat itu?).Dan (demi) siang apabila telah terang.Dan (demi) Yang Menjadikan lelaki dan perempuan.Sesungguhnya usaha kamu bermacam-macam. Ayat 1-4 Surah Al Lail


Allah menganjurkan kepada hamba-Nya iaitu kita supaya memperhatikan suasana perubahan udara malam dengan siang, lalu memperhatikan bagaimana kesibukan semua makhluk di saat itu. Untuk menunjukkan betapa besar kekuasaan Allah dan rahmat-Nya dalam membuat sedemikian rupa, sebab keduanya tidak sunyi dari hikmat rahmat Allah yang melimpah ruah kepada semua makhluk-Nya, baik jin, manusia, binatang maupun tumbuh-tumbuhan. Allah juga menyatakan bahwa usaha manusia beraneka macam ada yang baik dan ada yang buruk. bermacam-macam.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

PROGRAM MOTIVASI

Wednesday, May 26, 2010
Sempena Cuti Sekolah akan datang tidak lama lagi.Akan dianjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.Maklumat lanjut, rujuk pic di bawah.Jika berminat, hubungi no.perhubungan yang tertera pada pic tersebut.

SELAMAT BERPROGRAM & BERMOTASI


BELAJAR DARI ALAM VI

Monday, May 24, 2010
Allah anugerahkan kepada kita mata untuk meihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir dan hati untuk mentafsir.Oleh itu manfaatkanlah.

Angsa ?? Apakah hebat sangat angsa ini sehingga kita perlu belajar daripadanya.Banyak yang boleh kita pelajari, cukuplah sekadar 2 fakta.Ia sudah memadai jika kita benar-benar mempraktiknya.
 
Setiap kali angsa mengipas kepaknya ketika terbang, ia membantu angsa-angsa lain yang terbang dibelakangnya.Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk formasi 'V',angsa-angsa di belakang mempunyai kuasa terbang lebih tinggi daripada berterbangan sendirian.
 
Jika kita berkongsi matlamat yang sama dengan rakan & juga mempunyai rasa kebersamaan, maka semakin mudah & cepat untuk mencapai ke 'destinasi' yang hendak dituju.
 
Jika ada angsa yang sakit atau ditembak jatuh, 2 ekor angsa akan keluar dari formasi dan mengikuti angsa yang jatuh untuk melindungi dan memberikan bantuan.Mereka akan menunggu angsa yang jatuh tadi sehingga boleh terbang semula atau dipastikan sudah mati.Kemudian mereka akan kembali ke dalam formasi 'V'.
 
Bantulah rakan kita yang dalam kesusahan.Inilah sistem jaminan yang penting dalam berpasukan.Inilah konsep takaful, iaitu saling tolong menolong.Dengan ini, rakan-rakan akan rasa selamat & bersemangat dalam kerja.

BEKERJALAH SECARA BERPASUKAN DENGAN PENUH KEPERCAYAAN ANTARA SATU SAMA LAIN
 

LAMPU

Kejayaan adalah milik kita, pastikan kita menciptakan imaginasi dan melakukan tindakan dengan daya kreatif serta memacu ketajaman otak kita. " Jika tumpul, Asah segera otak kita dengan Ilmu ". Rekod kejayaan, dimana setiap insan yang berjaya itu sesungguhnya telah pun seawal mungkin membina imaginasi dan memacu daya kreaviti mental untuk merealisasikan impiannya. Sepertimana The Wright Brothers ( Pencipta Kapalterbang ) mengimaginasikan manusia mampu terbang diudara sepertimana burung.
  • Alexander Graham Bell ( Pencipta Telefon )
  • Thomas Edison ( Pencipta Lampu ).
Mereka-mereka ini telah membayangkan bahawa mereka boleh melakukan sesuatu yang luar biasa lalu berimaginasi, mengkajiselidik, berkarya dengan penuh inovatif dan berusaha dengan kesungguhan.
Maka dengan itu tidak mustahil lah mereka mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.

Jika kita gagal dipermulaan - jadikan ianya sebagai pengalaman dan teladanuntuk terus melakukan tindakan seterusnya.

" Ilmu yang paling berharga adalah pengalaman daripada kegagalan "

ANDA,LILIN & SINGA

Thursday, May 20, 2010
Bayangkan anda berada dalam perangkap.

Anda tergantung di atas pokok dan tali terikat di tanah. Sebuah lilin menyala di permukaan tanah dekat tali. Perlahan-lahan api lilin pasti akan membakar tali dan anda terjatuh ke tanah, sementara seekor singa menanti anda untuk makan tubuh anda.

Tidak ada org akan membantu Anda. Ikatan tali sangat kuat dan anda tidak boleh bergerak.

Apa yang dapat anda lakukan supaya tali tidak putus dan anda tidak jatuh ke tanah ?

Fikirkan dahulu sebelum anda bertanyakan kpd org lain ...

Masih belum tau ??




inilah jawapannya..







Nyanyikan lagu " Happy Birthday to YOU... !!!

 

SELAMAT HARI GURU

Monday, May 17, 2010

Guru umpama matahari, Pelajar umpama bulan
Bulan tak kan bersinar tanpa datangnya cahaya dari matahari..
BEGITULAH KITA ....

Pokok bunga akan berbunga silih berganti, mengeluarkan benih yang akan menyambung hayatnya.
Bagi guru begitulah hendaknya sentiasa mewangi anak bangsanya dan tak lupa lebih-lebih lagi anak mereka sendiri.
SELAMAT HARI GURU..

INSPIRASI

Friday, May 07, 2010
Never underestimate what's inside you that makes you special

Believe in yourself

HIDUP BERORGANISASI

Wednesday, May 05, 2010
26.  Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". Surah al Qasas

Ayat ini memberi pelajaran sangat berharga yang dapat diterapkan dalam dunia organisasi.Seorang pekerja yang baik menurut ayat itu adalah memiliki kekuatan dan dapat dipercayai.


Pertama : “Al Qawiy ” – memiliki kekuatan
Ini dapat diterjemahkan sebagai ‘profesional’.Seorang pekerja yang baik ialah pekerja yang memiliki kemampuan di bidang kerjanya.
Dia professional, menguasai seni pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.Nabi SAW pernah mengingatkan bahawa apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak profesional) maka tunggu saat kehancurannya.

Kedua ; “Al Amin”- dapat dipercayai / jujur
Seorang pekerja yang baik adalah yang memiliki kreabiliti tinggi.Dia boleh dipercayai sekalipun tanpa pengawasan yang ketat.Kepercayaan yang diberikan kepadanya dijalankan dengan penih kejujuran.Pekerja yang baik selalu memahami posisinya sebagai pemangku amanah dan amanah itu wajib dilaksanakan.

CONFIDENCE

Tuesday, May 04, 2010

GARAM

Sunday, May 02, 2010
Jika kita tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah pula kita menjadi lalat yang membusukkan ikan.

5S

Kebiasaannya kehidupan/perkara yang mudah dicapai tanpa perjuangan tidak bertahan lama dan sering mengecewakan.

Bagaimana hendak kita atasi?

Skill ( kemampuan ataupun kecekapan ), Speed ( kepantasan bertindak ), Spirit ( Semangat juang bagi menghasilkan yang terbaik ), Space ( tempat untuk berjuang ) dan System ( sistem dan cara kerja serta peraturan yang berlaku untuk berjuang ).

SELAMAT BERJUANG