Hargailah orang yang tersayang
Abang,tunggu mak di syurga ya
Tuesday, August 09, 2011Tiada post baru, just Copy & Paste.Sebuah Artikel yang menarik untuk renungan bersama
****************************** **** ****************************
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
MAAF
Wednesday, July 13, 2011Margaret Lee Runback berkata ;
"Meminta maaf umpama haruman yang semerbak; ia mampu menukar saat yang janggal menjadi hadiah yng berharga."
Isk-isk..nampak mudah tapi payah. :-) Betul tak ??
Pasti kita pernah melakukan kesilapan (dan kita mesti meminta maaf), tapi kenapa kita tak memaafkan orang lain atas kesilapan mereka? Kenapa kita perlu bersikap sombong dengan menganggap mereka tak perlu dimaafkan atas sebab mereka pernah menyakiti kita?Bagaimana pula,jika berlaku ke atas kita,tidakkah kita mahu dimaafkan?
Jom,Kita berikan hadiah haruman ini secara ikhlas dan senyuman penuh kasih sayang sambil berkata,"Maafkan saya ...". & "...saya maafkan awak juga".
Kita kawan, kan? (",)
DOA
Monday, June 27, 2011"Orang yang beriman adalah bersaudara"
Ringkaskan?
Sanggupkah kita untuk makan 5 kali sehari sedangkan saudara kita hanya makan sehari sekali saja? Bergembirakah kita sedangkan ada saudara kita terlantar di hospital? Patutkah kita meraikan kejayaan di dalam peperiksaan sedangkan saudara kesedihan?
Pastinya TIDAKKKKK !!
Apakah yang patut kita buat sekarang?
Satu perkara yang pasti, berdoa dan memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita juga memperolehi apa yang dihajati.
Kita boleh melakukannya !!
"Doa secara rahsia yang dipohon oleh seorang Muslim untuk saudaranya akan dimakbulkan.Ada malaikat di sisinya setiap kali dia berdoa bagi saudaranya, yang berkata : amin dan yang sama untukmu." -(Muslim)
"Seseorang yang bijak sentiasa mengingati saudaranya; seseorang yang bodoh hanya mengingati saudaranya sewaktu berada dalam kesusahan."
Jom kita beramal.
Marilah kita semua panjatkan doa untuk satu sama lain, memohon kebaikan dan kejayaan bukan sahaja untuk diri kita malah untuk semua saudara kita.
LANGKAH
Tuesday, June 21, 2011
Kata-kata Emily Kimbrough
"Ingatlah, kita semua boleh tersilap langkah.Itulah sebabnya lebih baik jika kita berjalan beriringan tangan"
Pasti,kita semua pernah tersilap langkah dan akhirnya terjatuh.Inilah sebabnya mengapa kita perlu berjalan beriringan dan berpegangan tangan, agar kita boleh membantu sahabat kita sekiranya mereka tersilap langkah dan terjatuh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
"...jika seseorang itu memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya; jika seseorang itu meringankan beban saudaranya, Alllah akan meringankan bebannya di akhirat kelak"
Menarik bukan ?
Apa salahnya kalau kita membantu sahabat kita ?
Memang tak rugi langsung ! Malah kita mendapat keuntungan yang berlipat ganda dengan hanya menolong mereka.
JOM KITA BERAMAL
Pelacur Kelas Atasan?
Tuesday, June 07, 2011"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi".
Inilah 'peringatan' daripada seorang wanita yang bernama Dr. Rohaya Mohamed, seorang doktor yang mengeluarkan kenyataan berlandaskan paksi kejahilan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau jelas menghina nak merendahkan martabat wanita yang telah ditinggikan oleh Islam sejak hamba-Nya, Muhammad SAW diutus menjadi Rasul.
Menyamatarafkan isteri sebagai pelacur kelas pertama jelas mengguris perasaan wanita khususnya dan umat Islam umumnya. Islam mewajibkan isteri melayan suami untuk menggapai redha Allah SWT dengan cara yang halal dan mulia. Tetapi pelacur melayan lelaki yang menjadi pelanggannya semata-mata kerana wang. Perbezaan redha Allah dan wang ringgit jelas dan bagaikan langit dengan bumi!
Perkahwinan juga bukanlah semata-mata kerana seks, tetapi perkahwinan adalah sebagai perkongsian hidup, saling lengkap-melengkapi, dan soal berkasih-sayang yang akan dibawa dan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan. Mana mungkin si isteri melayan si suami seperti pelacur kelas pertama, kerana bidang pelacuran tidak menitik beratkan elemen-elemen yang dinyatakan tadi!
Maksud hadis: Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Pada suatu waktu ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada nabi s.a.w, baginda baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada nabi s.a.w lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.”
[Muslim]
Adakah pelacur kelas pertama akan melakukan perkara seperti hadis di atas? Hadis di atas jelas menunjukkan kemuliaan si isteri, bukan kemuliaan si pelacur kelas pertama.
Sudah jelas lagi bersuluh, walaupun beliau itu bergelar doktor, ia masih dipasung dengan kejahilan tatkala sekularisme didaulatkan dalam kehidupan. Pemikiran-pemikiran 'ilmuwan' seperti ini tidak boleh dijadikan panduan kerana mereka ini secara jelas telah didoktrin dengan doktrin-doktrin kapitalis. Tambahan pula, kenyataan beliau seperti menunjukkan beliau memiliki 'otak porno'.
Islam tidak pernah menyamakan layanan yang terbaik itu sebagai layanan pelacur kelas pertama. Bahkan pelacur itu sendiri dilaknat oleh Allah SWT. Layanan yang terbaik itu telahpun diajar oleh Nabi SAW, dan bukan berpaksikan kepada layanan seperti pelacur kelas pertama.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”
[HR al-Bazzar]
*****
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”[HR Muslim]
SUMBER KENYATAAN: 'Layan Macam Pelacur'rujukan : soutulmujahid
SEKUPANG @ RM 1
Monday, May 23, 2011Kita selalu berjumpa atau nampak insan-insan istimewa datang mohon sedekah.
Pandangan pertama::
Nak bagi(duit) ke tidak???
Pandangan kedua::
Tiada tempat lain ke nak minta sedekah?
Pandangan ketiga::
Mereka ini betul2 ke ****?
Pandangan keempat::
Tak perlu bagilah.
Kebanyakan kita semua selalu bersikap prejudis macam ini kan?
@Tak nak bagi duit?
::Bagi je sekadar mampu(ikhlas)::
@Tak ada tempat lain nak minta sedekah?
::Sudah jodoh kita nak jumpa dengan mereka kan!::
@Betul ke mereka ini ****?
::Betul lah, takkan mereka sanggup berjalan sambil pejam mata pula::
@Tak nak bagi?
::Kalau cash habis, kad ATM kan ada!::
Jadi, elakkan rasa was-was mahupun curiga. Sebenarnya, kita patut bersyukur & berterima kasih.Takpayah nak jalan jauh-jauh nak dapatkan PAHALA :-). Terpulang kepada individu nak bagi berapa, 10sen? 20sen?
::Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima::
Kita tidak akan tahu ganjaran Allah kepada kita nanti, setara dengan formula di bawah, 10sen=RM1.00.
::Fikir2 kan dan selamat beramal::
Setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh anak adam akan digandakan sepuluh kali
Selamat Hari Guru
Saturday, May 14, 2011"Selamat Menyambut Hari Guru" kepada semua barisan pendidik serta pengorbanan yang dilakukan mereka selama ini tidak dapat dibalas.
Kelangsungan generasi masa hadapan bergantung kepada Perjuangan para guru
Gurulah yang mampu membangkitkan momentum perjuangan ke arah melahirkan masyarakat yang mengharapkan keredhaan Ilahi
SELAMAT HARI GURU
Doa Ibubapa
Sunday, May 08, 2011Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu
ya Allah
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu
ianya Engkau tuntuti
Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka
ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Englau melarang menyebut
walaupun perkataan "ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah
ya Tuhanku
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurgaku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.
MENGETUK PINTU FITRAH
Saturday, May 07, 2011Cenderung kepada sesuatu kebaikan merupakan suatu fitrah bagi makhluk yang bernama manusia. Mengapa ianya menjadi fitrah? Itu soalan yang saya tidak mampu untuk jawab, kerana saya juga seorang manusia.Maka oleh itu, untuk mengetahui tentang fitrah, disarankan untuk mempersoalkannya kepada yang menciptanya. Mengapa sunnatullah itu selalu terjadi, dan mengapa perempuan cenderung kepada lelaki. Itu adalah persoalan fitrah.
Tetapi, fitrah kepada kebaikan yang lahir dari hati manusia itu boleh untuk kita kaji. Salah satu perkara yang kita perlu tahu dalam kecenderungan manusia kepada kebaikan adalah fungsi gerak hati.
Gerak hati, jika kita rujuk di dalam buku-buku yang berbicara tentangnya, maka kita akan kenalinya seperti yang disebut sebagai ’intuisi’, kalau di dalam bahasa arab pula ia lebih dikenali dengan 'dhamir'.
Dhamir inilah yang selama ini bekerja untuk mencenderungkan manusia kepada kebaikan. Islam sama sekali tidak menolak konsepnya. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menerangkan dalam suatu ayat :
(Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya) Qaaf : 16
Umat manusia yang diciptakan Allah ini tidak dapat dibuka pintu fitrah yang tertutup itu melainkan dengan anak-anak kunci dari ciptaan Allah itu dan penyakit-penyakitnya tidak boleh diubati melainkan dengan penawar yang dicipta oleh Allah S.W.T. Allah telah menyediakan di dalam sistem hidup yang diaturkan oleh-Nya itu anak-anak kunci untuk membuka segala pintu yang tertutup dan penawar untuk mengubatkan segala penyakit:
“Dan Kami turunkan dari al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Isra :82 )
“Sesungguhnya aI-Qur’an ini memberi hidayat ke jalan yang amat lurus.” (Surah al-Isra: 9)
Tetapi malangnya manusia tidak mahu mengembalikan ibu kunci kepada tukang pembuatnya dan tidak mahu membawa orang sakit kepada penciptanya. Kita tidak bertindak dalam urusan diri sendiri, kemasyarakatan, kebahagiaan atau kemudaratan sepertimana kita menguruskan mesin-mesin dan alatan yang digunakan dalam keperluan seharian kita.
Kita tahu jika mesin-mesin dan alatan itu rosak, kita akan memanggil mekanik untuk memperbaikinya, Tetapi kita tidak menggunakan peraturan yang sama dalam usaha membetulkan sesama manusia, iaitu dengan mengembalikan kepada kilang yang mengeluarkan kita dan tidak meminta petolongan dari Allah Sang Pencipta.
“Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati. Apakah Allah yang telah menciptakan (kamu) tidak mengetahui (isi hati kamu), sedangkan Dialah Yang Maha Halus dan Maha Mendalam Ilmu-Nya” (Surah al-Mulk: 13 - 14)
Dari sinilah kecelakaan menimpa umat manusia yang sesat, umat manusia yang sengsara dan bengung, umat manusia tidak akan bertemu dengan petunjuk dan hidayah, kebahagiaan melainkan apabila fitrah (yang rosak itu) dikembalikan kepada Penciptanya yang Maha Besar, sebagaimana mesin-mesin yang rosak itu dikembalikan kepada tukangnya yang arif.

Setelah setiap individu mampu mengerti dan memahami ilmu kebenaran maka setiap individu akan mampu melaksanakan 'langkah’. Langkah tersebut adalah:
1.Bermanfaat buat peribadi
2.Bermanfaat buat sesama manusia
3.Dengan niat hanya kerana Allah
4.Sabar
5.Redho
Bila besar nanti ....
Wednesday, April 27, 2011
Adik: Ayah, tengok tu! Kapal terbang!
Ayah: Haa, nanti Adik belajar elok-elok pastu jadi pilot. Nak?
Adik: Tak tau la Ayah. Adik pun tak tau nak jadi apa bila besar nanti.
Ayah: Apa-apa pun, Adik buat la apa yang Adik minat bila besar nanti ye. Janji halal.
Adik: Adik minat Power Rangers biru. Nak jadi Power Rangers boleh?
Ayah senyum.
Adik: Ayah, bau apa ni? Ada benda terbakar ke Ayah?
Ayah: [Bisik] Oh, tu bau asap rokok Adik. Tengok belakang Adik tu, ada sorang abang ngan girlfren dia. Dua-dua tengah rokok.
Adik: [Bisik] Adik nak rokok boleh?
Ayah: Budak-budak mana boleh. Tengok tu, 18 tahun ke atas je boleh rokok.
Adik: O ye ke. Budak besar je boleh rokok rupanya. Sama la macam sesetengah movie kan Ayah? 18 tahun ke atas je boleh tengok kan?
Ayah: Err...iye.
Mama mula pandang slack kat Ayah.
Adik: Ooo! Adik paham. Kalau camtu, Adik nak jadik besar cepat-cepat la Ayah!
Ayah: [Hairan] Nape?
Adik: Sebab bila dah besar, suma yang haram jadi halal kan kan kan?
Ayah: ...
Cepat-cepat Ayah sorok rokoknya.

-aiman azlan
Jiwa kanak2 penuh dgn perasaan ingin tau dan mencuba sesuatu..
so, its depend to their parents utk mencorakkan.Didiklah, tarbiahlah mereka dgn sempurna.
so, its depend to their parents utk mencorakkan.Didiklah, tarbiahlah mereka dgn sempurna.
Subscribe to:
Posts (Atom)