KISAH RUMPUT

Saturday, February 02, 2008
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh
mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi
saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti
sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.



2 comments:

Anonymous said...

ilang lak komen sy sblm ni..huhu

aa

Anonymous said...

bila masa awk komen