MEMILIH DENGAN BIJAK

Thursday, February 28, 2008
Teks Khutbah Jumaat
Dr Asri Zainul Abidin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT

Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan yang dirahmati Allah. Marilah kita takut Allah Azza wajalla.Dan janganlah kita mati melainkan kita dalam keadaan menyerah diri kepada Allah.

Seminggu dua ini, suasana Negara kini panas dengan pelbagai khabar, percakapan, berita kesemuanya berkisar berhubung dengan pilihanraya yang akan berlaku dalam Negara ini.Dimana rakyat diberi peluang untuk memilih dan menentukan kepimpinan atau pemimpin yang dipilih ditempat mereka. Ia bukanlah suatu yang kecil, semudah ataupun seringkas kita memangkah di atas sekeping kertas tetapi ia adalah menunaikan amanah yang telah Allah SWT sebutkan ……..


Maksudnya :
Allah SWT memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia,hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah SWT maha medengar lagi mengetahui.

Nabi SAW menyebut dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim……


Sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis.Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yangg ingin kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan.

Maka dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya akan mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh.

Al Quran dalam surah Al Maidah, Allah menyebut ….

Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu ruku’ bersama dengan orang-orang yang ruku’.

Maka hendaklah pemimpin yang dipilih dikalangan kaum muslimin.Setelah mempunyai ciri-ciri kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan, dia mestilah juga terlebih dahulu seorang yang menunaikan solat. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam, maka dia tidak layak memimpin umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam,pemimpin yang mendirikan solat. Sehingakan

Nabi SAW melarang memerangi pemerintah, kata Nabi ……

Tidak! Selagi mana mereka itu mendirikan solat.

Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah ruku’ bersama orang-orang yang ruku’. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. Ramai orang boleh membelanjakan ribuan,ratusan ribu hartanya untuk politiknya.Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman.

Di dalam riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar Ibnu Al Khattab RA ……..

Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam,mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama.Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama.Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hokum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah S.W.T , yang disebut Rasulullah S.A.W yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin.




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran……..

Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah SWT Mengetahui apa yang kamu lakukan.





Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah didalam memilih sesiapa sahaja dikalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah.

KISAH KUPU KUPU

Saturday, February 16, 2008
Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu. beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya.. dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.

Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu. namun.... semuanya tak terjadi.

Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang.

Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.


Imej:RN016 Talicada nyseus.jpg
Sebenarnya......perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan cita cita dan harapan yang kita impikan.

Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.

Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti.. begitulah cara Tuhan membimbing kita.

Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..

Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal.. bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan.. padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..

Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..

Senang atau Susah

Susah dan senang bukan sekadar duit.Ia lebih daripada itu.Ada yang duitnya banyak tapi hati tidak senang, hidup tidak senang, macam-macam hal yang menyusahkan terjadi setiap hari.Kita hendak senang bukan hendak susah.

Ulama menasihati supaya “jangan minta kaya, tapi minta senang”. Sekiranya kita minta senang, walaupun tak kaya, hidup sederhana tetapi hati senang, segala-galanya menyenangkan dan menenangkan.

Jadi, bijaklah membuat pilihan ... (",)

Bukan Satu Garis Lurus

Monday, February 11, 2008

Kehidupan bukanlah satu garis lurus,
Bukan jalan yang tiada bersimpang,
Bukan saliran yang tiada bercabang..
Kehidupan itu garisnya bengkang-bengkok,
Penantian di hadapan tak dapat dijenguk,
Tak kuat iman selalu mengamuk,
Lemah jiwa hati remuk..
Kehidupan itu bersimpang-siur dengan jalan,
Setiap satunya ada petunjuk di permulaan,
Buta hati salah pilihan,
Jalan mati tak ikut arahan..
Kehidupan itu lautan luas,
Sentiasa bergelora arus buas,
Pandai berenang takkan lemas,
Takkan sesat bersama kompas..

KISAH RUMPUT

Saturday, February 02, 2008
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh
mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling
kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.
Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu
berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih
mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi
saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada
itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti
rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti
sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.