Teks Khutbah Jumaat
Dr Asri Zainul Abidin
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT
Saya berpesan pada diri saya dan tuan-tuan yang dirahmati Allah. Marilah kita takut Allah Azza wajalla.Dan janganlah kita mati melainkan kita dalam keadaan menyerah diri kepada Allah.
Seminggu dua ini, suasana Negara kini panas dengan pelbagai khabar, percakapan, berita kesemuanya berkisar berhubung dengan pilihanraya yang akan berlaku dalam Negara ini.Dimana rakyat diberi peluang untuk memilih dan menentukan kepimpinan atau pemimpin yang dipilih ditempat mereka. Ia bukanlah suatu yang kecil, semudah ataupun seringkas kita memangkah di atas sekeping kertas tetapi ia adalah menunaikan amanah yang telah Allah SWT sebutkan ……..
Maksudnya :
Allah SWT memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia,hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah SWT maha medengar lagi mengetahui.
Nabi SAW menyebut dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim……
Sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis.Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yangg ingin kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan.
Maka dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya akan mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh.
Al Quran dalam surah Al Maidah, Allah menyebut ….
Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu ruku’ bersama dengan orang-orang yang ruku’.
Maka hendaklah pemimpin yang dipilih dikalangan kaum muslimin.Setelah mempunyai ciri-ciri kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan, dia mestilah juga terlebih dahulu seorang yang menunaikan solat. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam, maka dia tidak layak memimpin umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam,pemimpin yang mendirikan solat. Sehingakan
Nabi SAW melarang memerangi pemerintah, kata Nabi ……
Tidak! Selagi mana mereka itu mendirikan solat.
Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah ruku’ bersama orang-orang yang ruku’. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. Ramai orang boleh membelanjakan ribuan,ratusan ribu hartanya untuk politiknya.Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman.
Di dalam riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar Ibnu Al Khattab RA ……..
Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam,mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama.Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama.Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hokum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah S.W.T , yang disebut Rasulullah S.A.W yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Allah SWT menyebut dalam Al-Quran……..
Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah SWT Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah didalam memilih sesiapa sahaja dikalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment