Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy

Monday, June 04, 2007
Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani, 42, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.


Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.


Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.
Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.
Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.


Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.


Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.
Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.
**********************************************************
Kita cuma menang secara zahir........batinnya kita sudah kalah sebaik saja seseorang saudara islam terang-terangan mengaku sudah murtad.

2 comments:

Anonymous said...

itu yg terang2 mengisytiharkan dirinya murtad.. camana pula ngan yg senyap2 tukar agama..?
kalau still ingat, kes aisyah bukhari, natrah dan ramai lagi.. Allahu akbar..selamatkanlah iman kami yg setipis kulit bawang..

'dah sampai waktunya di mana kamu harus genggam tali Allah sekuat2nya.. '

Anonymous said...

kalu yg senyap2 tukar..
itu urusan tuan punya bdn dgn allah