Nostalgia
Saturday, April 28, 2007kita bertamrin mendidik hati yg satu
dalam menuju keredhoan ilahi
menyerah diri dengan sepenuh hati
unggas rimba berkicau riang
menyanyi lagu madah pujangga
dan memuji kebesaranNya
pencipta maya
embun menitis jatuh berderai ke bumi
mengiringi terbitnya mentari pagi
embun kering hilanglah pagi berseri
lumrah perjalanan alam ini
kita sama saling mentarbiah diri
menangisi dosa waktu malam sepi
mengabdikan diri pada ilahi
demi cinta sejati
demi sebuah cinta yang suci murni
kepadaMu Allah
aku serahkan
segala amalan sebagai ukuran
kini doa aku panjatkan
demi kedamaian
antara adat dan syariat
Thursday, April 26, 2007Doktor Didengari, Ustaz Dimarahi
Sunday, April 22, 2007Kalau tidak ditemui, sakit seakan-akan makin bertambah, atau perasaan masih belum puas. “Kena tanya doktor jugak.” Kadang-kadang penyakit itu tidaklah kronik atau kritikal, tetapi ia mempunyai kesan psikologi kepada pesakit apabila doktor memberikan pandangannya. Solusi
kadang-kadang dengan ubat. Doktor kata: “Ubat ini kena makan 3 kali sehari. 2 sudu teh setiap kali.” Kalau anak tidak mahu makan ubat, kita cukup marah. “Kan doktor dah suruh makan ubat. Kalau nak sembuh, kena makan ubatlah.” Ubat itu pula kadang-kadang bukannya manis, tetapi pahit.
Kadang-kadang kena buat pembedahan. “Penyakit pakcik ni kalau tak buat operation, saya bimbang ia akan lebih melarat.” Maka si pakcik tersebut akhirnya bersedia untuk dibedah walaupun pada awalnya agak keberatan. Kenapa terima? Kerana nasihat doktor. Kedoktoran adalah profesion yang mulia. Para doktor adalah manusia yang bersedia membantu orang lain.
Para alim ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu, mewarisi agama dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi saw. Mereka diutus oleh Allah bagi mengubati masyarakat yang sentiasa sakit. Bukan sakit yang memerlukan ubat demam
dari doktor, tetapi sakit akhlak, sakit aqidah, sakit perangai. Sakit seperti ini juga perlukan ubat. Dan kadang-kadang ubat itu pahit. Nabi menyebut, maksudnya: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.”. Nasihat yang lembut ibarat ubat manis. Peringatan yang agak keras ibarat ubat pahit. Dan ubat yang pahit seringkali boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Penyembuhan itu pula bukan sahaja untuk individu, bahkan keluarga ,masyarakat dan negara. Kalau penyakit biasa, ia sembuh untuk peribadi, tetapi penyembuhan penyakit akhlak, aqidah dan perangai adalah lebih menyeluruh.
Para alim ulama yang menegur, menasihat, memperingatkan bermaksud kebaikan untuk orang lain. Menarik tangan mereka dari kesesatan dan kejahatan. Menyelamatkan mereka dari murka
Allah dunia Akhirat. Menjauhkan mereka dari azab dunia Akhirat.
Peranan alim ulama tidak jauh bezanya dengan peranan para doktor. Mereka mengubati pesakit.
Tetapi kenapa nasihat doktor didengari, peringatan ustaz dimarahi?
*jgn marah yek tok dukun :)
Interpretasi Minat - POKOK
Wednesday, April 11, 2007Seseorang yang memilih pokok jati perlu mengubah personality kepada mana-mana pokok yang buahnya boleh dimakan oleh manusia.
Pokok berduri melambangkan keupayaan untuk membantah atau menolak sesuatu perkara.Adakalanya seorang memilih pokok berduri mempunyai cara berbahasa yang boleh menyakitkan hati orang lain jika tak dikawal.
Kelapa
Rajin bekerja
Mudah membantu orang lain
Mudah bergaul dengan orang lain
Disukai ramai
Dikenali ramai
Dipandang rendah
Merendah diri
Boleh buat semua kerja
Sanggup tanggung risiko
Ru
Boleh tolong orang
Tidak mahu tanggung risiko
Membantu tanpa risiko
Durian
Suka membantu orang
Dipandang tinggi
Digeruni orang
Perlu berhati hati dalam percakapan
Mempunyai tenaga yang kuat
Disanjung orang
Rambutan
Nampak berserabut
Suka tolong orang
Low profil
Padi/Serai/Tebu/Pisang
Suka menghambakan diri
Suka tolong diri
Dipandang rendah
Seringkali tidak dihargai orang
Diperlukan untuk buat kerja sahaja
Nangka/cempedak/sukun
Suka tolong orang
Selalu menimbulkan masalah
Tidak semua orang suka
Kangkong/sawi/Bayam
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Dipandang rendah
Sering tidak dipeduli oleh orang
Boleh menghambakan diri
Diperlukan untuk bekerja sahaja
Jati/meranti/cengal/Bunga ros/bunga kertas
Kurang suka/susah menolong orang lain
Berfikir terlalu lama jika diminta pertolongannya
Kuat
Lebih suka kepada aktiviti bersih
Kurang sesuai untuk kerja berat seperti membasuh pinggan mangkuk
Boleh berkata tidak jika ia tidak suka
Kadang kadang ditakuti orang
Sesuai kerja seperti pramugari dan guru
Suka kecantikan
Orkid
Suka menumpang orang lain
Perlu menumpang orang lain
Kadang kadang sombong
Kurang pendirian
Suka kecantikan
Lalang
Tiada pendirian
Dipandang hina
Suak dalam kumpulan
Kaktus
Sukar untuk menolong orang lain
Kata-katanya adakalanya menyakitkan hati
Tahan menderita untuk mencapai apa yang dihajati
Sabar dan tabah
Bonsai
Unik
Mempunyai kemahiran tersendiri
Kreatif
Berpotensi tinggi jika dibentuk dengan betul
Bunga raya
Syok sendiri
Adakala berasa tinggi diri
Tidak diperlukan orang walaupun berkedudukan tinggi
Berjiwa rakyat
Tidak suka kerja berat
Strawberi
Sensitif
Disukai ramai
Dipandang tinggi
Suka majlis yang ada kelas
Banyak kelemahan diri
Fotogenik
Mementingkan gaya
Suka kemewahan dan kesenangan
Suka sanjungan
Limau/oren
Ada pendirian
Disukai ramai
Senang bergaul
Suka tolong orang
Golongan sederhana
Boleh bergaul dengan high class
Berani beterus terang
Mudah dfahami kehendaknya.
Mempelam
Suka membantu orang
Disukai orang
Low profil
Ada pendirian
Mempunyai masalah tradisi tertentu
Interpretasi Minat - BINATANG
Manja
Suka tidur
Cenderung untuk malas
Suka bergantung kepada orang
Boleh berusaha terutama perkara yang diminati
Suka bermain
Suka dihargai
Sukar untuk berdikari
Tikus
Berjiwa kecil
Mudah takut
Muah terkejut
Pengecut
Mudah bergaul
Boleh menyusahkan orang lain
Lincah atau cepat bergerak
Kuda
Cergas
Perlu dibimbing untuk kejayaan
Boleh membantu orang lain
Boleh berdikari
Kancil
Suka mengusik
Berjiwa kecil
Cerdik
Banyak muslihat
Boleh berkawan
Mudah popular
Lembu
Bertenaga
Mudah dipergunakan orang
Kelas sederhana
Badan besar
Agak lembab
Patuh pada arahan
Mudah membantu orang
Patuh walaupun terpaksa
Monyet
Unik
Tidak boleh duduk diam
Aktif
Kreatif
Mempunyai kemahiran unik
Kambing
Suka buat bising
Suka bergaul
Cepat mesra dan suka menolong orang
Adakala suka mempermainkan orang
Mudah memberi komen
Harimau / Singa
Garang
Bertenaga
Aktif
Berani
Sering diharap menjadi ketua
Digeruni walaupun bersifat penyayang
Boleh berkawan baik jika kena caranya
Anjing
Suka menegur dank omen jika ada yang tak kena
Setia
Ditakuti
Mudah dibentuk
Cergas
Interpretasi Minat - BURUNG
Pandai mencari peluang
Sering mendapat peluang
Mempunyai tenaga yang kuat
Digeruni orang lain
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kumpulan kelas atasan
Murai
Suka bercakap atau berbual
Ramah dan bising
Kadang kala mudah menimbulkan kemarahan
Selalu tak tentu arah
Kakak tua
Mudah mesra
Suka bercakap
Ramah
Sesuai jadi guru, jurucakap
Boleh belajar dan diajar
Merpati
Suka berkawan
Mudah didekati tetapi sukar dfahami
Mudah takut
Suka menunjuk nunjuk
Boleh menyusahkan orang lain
Merak
Suka kepada kemewahan
Nampak sombong
Suka bersendirian
Menunjuk nunjuk
Kasawari
Nampak berani
Selalunya nakal
Kurang bertanggungjawab
Sukar untuk mengaku kesalahan
Kelemahannya mudah diperhatikan
Gagak
Pandai mencari peluang
Mudah berkawan
Adakala menyusahkan
Adakala menyenangkan
Nakal
Ramah & Bising
Interpretasi minat - IKAN
Monday, April 09, 2007Cantik
Lemah lembut
Manja
Sensitif
Mudah rasa susah
Perlu perhatian
Perlu dijaga
Hidup terkongkong
Sentiasa bersenang senang
Kembong
Rendah diri
Rajin
Dipandang rendah
Hidup dalam kumpulan
Mudah bergaul
Berjiwa kecil
Dolfin
Cerdik
Kemas
Suka berkawan
Kreatif
Manja
Pandai ambil hati
Pandai berkomunikasi
Suka berkumpulan
Menyenangkan hati orang lain
Tak mudah bosan
Jerung
Ganas
Lasak
Cergas
Kekuatan luar biasa
Lebih suka mengikut kehendak sendiri
Berkawan dengan sejenisnya sahaja
Memilih kawan
Keli
Rajin bekerja
Banyak kerja tapi tak sempurna
Percakapan berbisa
Cergas dan aktif
Tabah
Garang
Terubok
Cerewet
Teliti
Kelas pertengahan
Mudah berkawan
Bersemangat
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Cekap
Patin
Unik
Smart
Manja
Perlu dihormati
Perlu disayangi
Sensitif
Mempunyai nilai diri yang tinggi
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kelisa
Berpotensi tinggi jika dididik dengan baik
Perlu bantuan orang lain
Boleh berjaya dengan bantun orang lain
Adakalanya hidup terkongkong
Cantik
Puyu
Sukar dipegang
Sukar untuk dikawan
Berjiwa kecil
Berotak kecil
Bawal
Kelas pertengahan
Disukai ramai
Hidup suka berkawan
Mudah sakit
Mudah bosan
Piranna
Bertindak liar/agresif/nakal
Suka mengusik kawan
Selalunya berjiwa kecil
Aktif dalam kumpulan
Paus
Digeruni
Boleh berdikari
Hidup dalam kumpulan tertentu
Suka melindungi
Suka mengembara
Mempunyai tenaga kuat
Sikapnya tenang gerakannya pantas
Kenali diri
Kita mempunyai pelbagai kawan.Setiap daripada kita terdapat pelbagai ragam.Dalam memahami jiwa seseorang.Mahu atau tidak, memerlukan jawapan
bagi persoalan berikut:
- Bagaimana kita melihat dan menerima diri kita sendiri.Adakah kita beranggapan bahawa kita adalah seorang manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana kita melihat orang lain terutama rakan-rakan sebaya atau sekerja.Adakah kita melihat mereka itu manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana jangkaan kita terhadap amalan agama seperti sembahyang dan bersedekah.Adakah komitmen kita itu tinggi, sederhana atau rendah.
- Bagaimana jangkaan kita terhadap keakraban perhubungan dengan rakan dan masyarakat.Adakah keakraban perhubungan itu pada tahap tinggi, sederhana atau rendah
Interpretasi minat adalah salah satu cara untuk mengenal personality.Sirah telah membuktikan bahawasanya ketika Nabi Muhammad diisra’kan.Baginda dibawa 2 minuman iaitu arak dan susu.Nabi kita SAW telah memilih susu.
Lalu Jibril berkata, “ Kepujian bagi Allah yang telah membimbingmu kepada fitrah kehidupan yang terbaik kerana kalau engkau memilih arak nescaya ummatmu akan sesat”.
Interpretasi minat adalah interpretasi yang dibuat kepada sesuatu objek yang diminati oleh seseorang.
Antaranya objek seperti berikut yang dinyatakan secara khusus.
- Ikan
- Burung
- Binatang
- Pokok
Apa hukumnya menyapu muka selepas solat?
Tuesday, April 03, 2007Halatuju
“ tak mau sambung lg ker..”
Sapa yg tak ingin belajar setinggi mungkin.Dgn ilmulah, kita tidak ditindas.
Penindasan yg berlaku sekarang bertitiktolak dengan ceteknya ilmu di dada.
Apakan daya, semuanya memerlukan pengorbanan yang besar baik masa mahupun wang ringgit.
Ketika konvokesyen Diploma, Canselor, Datuk Seri Dr Ammar Sulaiman berkata, “Dulu dan sekarang amat berbeza.Dulu inginkan kemewahan / duit memerlukan pendidikan.Tapi sekarang pendidikan memerlukan duit yg banyak.”
Bln Sept nanti, konvokesyen lg..Apa lg yg bakal diperkatakan ketika konvokesyen kelak.
Apapun ilmu di dada.Biarlah kita bergerak selari dgn ilmu yg diperoleh.Setiap bidang samada kejuruteraan, perubatan mahupun bidang agama terdapat ahlinya.Janganlah kita melangkaui bidang.
Apabila bukan ahlinya yg bercakap / memberi pandangan.Bukan membawa penyelesaian masalah tetapi lebih memebawa kekeliruan serta pecah belah.
Teorikal dan praktikal tidak sama.Mana mungkin, sesuatu hal boleh diselesaikan dengan hanya mencari di dalam buku.Walaupun menjumpai penyelesaiannya, adakalanya tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.
Umpamanya sekarang kita bercakap tentang komponen basikal dan masalahnya.Sedangkan waktu ini, pengangkutan itu sudah kurang kelihatan.Hanya pelajar sekolah yg menggunakannya.
Biarlah setiap ahlinya menguasai bidangnya.
Inilah dimanakan … HALATUJU…..