- Manusia Yang Hebat - Melakukan kerja tanpa disuruh
- Manusia Yang Baik - Melakukan kerja apabila disuruh
- Manusia Yang Buruk - Tidak melakukan kerja walaupun disuruh
JENIS MANUSIA
Wednesday, March 31, 2010SATU PELURU 2 MUSUH
Monday, March 29, 2010Bagaimana kita menafsirkan "Satu Peluru 2 Musuh" ini?
Peluru di sini adalah KATA-KATA.Apabila berkata sesuatu, barangkali ia agak pedih & pedas untuk di dengar.Secara tidak langsung, perasaan tidak suka wujud seterusnya benci kepada orang mengucapkan kata-kata tersebut.Jika audien / pendengar, kebanyakannya tidak menyukai kata-kata itu.Si pengucap kata-kata telah mencipta musuh.Mungkin bukan DUA tetapi PULUHAN atau RATUSAN.
Begitulah sebaliknya, jika KATA-KATA yang diucapkan itu menyenangkan hati pendengar,sudah pasti ramai akan sudi bersahabat dengannya.
'Jika kita berkata Ikhlas dari hati.., ia akan menyelinap menusuk terus ke hati...'
'Jika kita bercakap dengan lidah..., ia hanya akan sampai ke kulit telinga...'
Terpulang atas kita, sama ada MUSUH atau SAHABAT yang kita cari ?
KELIP-KELIP
Thursday, March 25, 2010Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Surah Al Zalzalah:8
IKAN
Wednesday, March 24, 2010BELAJAR DARI ALAM II
Tuesday, March 23, 2010WARNA-WARNA ALAM
Monday, March 22, 2010
Ketika berada di tepi pantai,kita merenung jauh lautan yg tiada bertepi.Ketika mendaki gunung yg tinggi atau melihat sawah bendang yg hijau mengluas.Pasti kita berfikir dan berasa takjub dengan kecantikan alam,kedamaian dan keharmonian.Warna-warna alam yang bercampur biru,merah,hijau,kuning,kelabu dan hitam; pendek kata ia begitu mempersonakan.Adakah kita terfikir, kita pernah sebesar 6 inci saja dan juga buta huruf.Tapi sekarang kita sudah mampu menghitung malahan sudah mampu membina bangunan yg mencakar langit.Itulah tandanya, kita adalah sebaik-sebaik kejadian.
"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ." Surah At Tiin:4
Jika kita manusia tidak suka mencari ilmu, maka kita sama dengan haiwan. :)
Jika ilmu itu sama penting makan minum maka pengorbanan dan curahan ilmu para guru juga penting dan mulia seperti minuman serta makanan.Sebab itu, taraf guru di sisi Islam amat tinggi daripada orang lain.
Amat malang, apabila sudah dewasa dan terserempak dengan guru, kita malu untuk menyapa bahawa kita adalah muridnya.Malu kerana kita sudah berjawatan tinggi sedangkan guru sudah pencen, masih menggunakan kereta lamanya..
BELAJAR DARI ALAM
Sunday, March 21, 2010Alam dan haiwan selalu digambarkan untuk memcerminkan perangai manusia.
Buaya,sejenis haiwan yang tidak pernah menolak bangkai.Begitulah manusia,terdapat manusia yg menerima apa saja tak kira halal @ haram.Janji masyuk..
Lalat,sejenis haiwan yang hanya akan hinggap pada benda dan tempat kotor seperti najis / sampah-sarap.Begitulah manusia, yang hanya pandai mencari salah/kelemahan/keburukan orang lain.
Sepatutnya kita mencontohi lebah.
Surah An Nahl:68, "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia".
Lebah sejenis haiwan yang hanya mengambil debunga yang baik saja untuk dijadikan madu.Beginilah yang sepatutnya diambil pengajaran oleh kita manusia, mencari yang baik-baik untuk pedoman.Mencari tempat ilmu.Berkawan dengan yg soleh/ah.
Dahulu..Sekarang..
Sunday, March 14, 2010Apapun, kita masih berjumpa dengan individu yg sama pewatakan seperti dahulu pada waktu ini.Inilah dikatakan WATAK yang SAMA, PELAKON yang BERBEZA..
Dahulunya mempunyai masalah, sekarang masih mempunyai masalah.Cuma berbeza keadaan saja.
Dahulunya selalu di tepi PANTAI, sekarang selalu di tepi BENDANG.Cuma bezanya tempat.
Persamaannya adalah KETENANGAN..
IKAN
Monday, March 08, 2010Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.
Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.
Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya.
Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?
Nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?
Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.
Dan nak tahu apa berlaku?
Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.
==================
Pengajarannya
==================
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan kita lebih bertenaga dan lebih berjaya.
Cinta Layang-Layang
Sunday, February 14, 2010Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.
Kematangan Dari Kesusahan
Sunday, February 07, 2010Dalam akademik, mungkin di peringkat SPM,STPM,Diploma,Ijazah dan seterusnya.Kita akan bersungguh-sungguh berusaha mengatasi setiap halangan tersebut walaupun adakala sebutan ala payahnya, susah la, napa la serabut sgt dan lain-lain.
Kita perlu melihat kembali dan memerhati.Hanya orang yg memerhati dengan teliti saja dapat mempelajari da memahami sesuatu perkara
PERINGKAT HIDUP
Wednesday, February 03, 2010UMUR PERINGKAT HIDUP
bawah 20-an Bayangan Hidup
20-30-an Pandangan Hidup
40 -an Pegangan Hidup
50-an Perjuangan Hidup
60-an Kenangan Hidup
Apapun yang ingin kita buat, kita mestilah melakukan bersungguh-sungguh.Kita tidak mahu masih dalam tahap perjuangan pada umur 50an dan apabila umur 60an,kita akan mengenangkan kegagalan dan kenangan pahit.

Perjalanan ..
Tuesday, January 26, 2010Malas ..
Monday, January 25, 2010CEPAT atau LAMBAT
Monday, January 11, 2010Only There
Thursday, December 31, 2009Imagine all the work ..
Makes them feel different functions since An early age in order to identify the profession in the future
Tahun Baru Bakal Menjelma
Peristiwa yang berbeza dan acaranya juga berlainan.Di suatu tempat, ia disambut dengan sorakan, jeritan,muzik dan pertunjukan bunga api yg bertenaga.
Di suatu tempat yg lain, ia disambut dengan solat sunat gerhana dan khutbah khas di Masjid Negara bersama kumpulan Astronomi.
Anda yg layak menentukan hala tuju dan tempat yg sepatutnya dipilih.Keputusan di tangan anda. :)
Siapa yang peduli?
Friday, December 18, 2009
Bahawa sesungguhnya, sikap semula jadi manusia ini tidak pernah mahu tahu atau enggan percaya selagi tidak wujud di depan mata. Semasa dalam pembinaan (termasuk pembinaan diri dan kejayaan) tak akan ada sesiapa yang mahu percaya dan peduli. Cakaplah apa saja, orang mungkin hanya mengangguk tetapi selepas itu tidak peduli atau melupakannya sahaja.Zaman sekarang, zaman dahulu, orang muak dengan cakap-cakap sahaja. Bahkan diri kita sendiri menjadi muak dengan cakap-cakap kita sendiri. Kita hanya kagum dengan hasilnya sahaja. Kita hanya mengkagumi hasil, tidak pernah mengkagumi cakap-cakap atau sesuatu yang masih dalam pembinaan.
Bagaimana mengatasinya? Tak payah cakap-cakap. Hentikan cakap-cakap, sebaliknya tumpukan terus kepada pembinaan. Komitmen hanya satu: bina sampai siap, bukan setengah siap. Apabila sudah siap, terbukti di depan mata, hasil itu akan 'bercakap' dengan sendirinya. Anda boleh bercakap dari timur ke barat, heboh memberitahu umum, nak beli Ferrari. Orang akan angguk atau mencebik. Selepas itu, selepas bertahun kemudian, imej anda akan menjadi buruk jikalau hanya mampu membeli model Ferrari di stesen minyak. Orang yang akan mencemuh. Cakap apa pun orang tidak percaya. Itulah kesan buruk dari cakap-cakap.
Kita lihat sebaliknya: tahan sahaja mulut dari bercakap, sebaliknya biarkan "cakap-cakap" itu sentiasa berulang-ulang di dalam diri setiap hari sebagai mengingatkan "mesti beli Ferrari". Tak keluar di mulut tetapi hanya bergema di dalam diri. Sampai masa, cukup kemampuan, anda membeli Ferrari. Lihat dan dengar sendiri bagaimana Ferrari itu 'bercakap' bukan anda yang bercakap. Cakap sendiri mungkin tak laku, tapi 'cakap' Ferrari itu lebih laris.

Begitu juga, jikalau anda sedang membina banglo. Hanya apabila banglo tersebut telah siap, barulah banglo itu 'bercakap' sendiri. Begitu juga dalam hidup ini. Sepanjang hidup ini adalah pembinaan. Tidak perlu untuk menghebahkan pembinaan itu melalui 'cakap-cakap'. Jika cakap itu penting sangat, tunggulah, hasil pembinaan itu akan 'bercakap' sendiri. Mana satu cakap yang laku? Cakap mengenai pembinaan atau cakap mengenai hasil?
Memang begitulah hakikat di muka bumi ini. Manusia hanya hendak melihat hasilnya dan lebih percaya jikalau hasilnya terbukti di depan mata. Hasil yang 'bercakap' bukan pembinaan yang 'bercakap'. Cakap pembinaan tidak laku, apatah lagi cakap-cakap tanpa pembinaan.
Jadi, supaya diri kita sendiri tidak merosakkan diri kita sendiri, 'kunci' mulut dengan rapat dan teruskan pembinaan.
3K
Thursday, December 17, 2009Fasa hidup ini pasti akan melalui 3K.
Zaman kanak-kanak.KERIANGAN-kanak-kanak kesemuanya akan enjoy their life dengan keriangan tanpa ada rasa sedikit kerisauan.KESUKAAN-Mereka bebas melakukan apa saja yang disukai.KASIH SAYANG-umur sebegini amat memerlukan kasih sayang.Mereka akan melakukan sesuatu supaya penumpuan ibubapa kepada mereka.Jika ibubapa tidak memberi tumpuan, mereka merasakan diri mereka tidak lagi disayangi.Umpamanya, tatkala mereka baru mendapat adik.Pastinya ibubapa lebihkan adiknya berbanding diri mereka.Waktu sebeginilah mereka merasakan disisihkan.
Zaman Remaja.KAWAN-Usia remaja merupakan usia mencabar.Segala-galanya adalah kawan.Usia sebegini adalah usia untuk memperbanyakkan kawan segenap usia bagi membolehkan dirinya dianggap sudah dewasa.Kata-kata dari kawan lebih dituruti daripada kata-kata orang tua atau daripada ibubapa.Usia remajalah, ramai yang terjebak dalam kancah dadah, lepak, pil khayal, hedonisme dll.Jika tersalah memilih kawan.Itulah padahnya.Jika bijak memilih kawan, pasti, ia akan membantu ke arah kejayaan.KETAHANAN-Usia remaja, ramai remaja menunjuk ketahanan mereka di jalan yg salah.Mereka menunjukan ketahanan mereka di jalanraya dengan merempit.Parut-parut luka itulah tanda mereka mempunyai daya ketahanan dan lasak.Ketahanan yang sebenar adalah kemampuan menangkis ajakan jahat yg boleh membawa kepada kebinasaan.Ketahanan yang tidak kenal penat demi mencapai kejayaan.KERJASAMA-Kerjasama didalam sesuatu hal boleh dilihat seusia begini.Kerana daya juang yg tinggi.Tak mengenal erti kalah.Seiring dengan darah muda.Amat bermakna jika kerjasama ini di dalam menongkah arau pengajian sehingga menara gading.Akhirnya sama-sama mengecap kejayaan yang diimpikan.
Zaman Dewasa.Selepas mengecap kejayaan di alam pengajian.Kita akan teruskan perjalanan hidup ini dengan “K” yang seterusnya.KERJA- semua orang akan mencari kerja selepas letih berada di alam persekolahan atau selepas berjaya mendapat skrol.Cuma berbeza.sama ada bekerja di dalam kerajaan, swasta atau sendiri.Pastinya permulaan bekerja,kita akan menggunakan segenap penjuru bantuan dari keluarga.sama ada dari segi kewangan atau material.Selepas berjaya mengatasinya.Kita akan berhajat untuk membeli KENDERAAN sendiri bagi memudahkan urusan seharian samada ia motosikal atau kereta.Apabila kehidupan stabil, pasti kita berhajat untuk mempunyai KEDIAMAN sendiri.
Tatkala 3K tersebut tercapai.Kita akan berselesa untuk meneruskan langkah seterusnya di dalam menyempurnakan alam kehidupan ini dan mengharapkan kembalinya kita kelak sebagai Hamba yang diredhai.
(Al-Fajr: 27-30)
Rollcoaster
Wednesday, December 16, 2009Hidup bagaikan rollercoaster di dalam terowong yang gelap.Ada naik dan ada turun.Janganlah kita terlalu menduga masa depan dan janganlah terlalu leka masa lampau.Duduklah dengan aman dan laluilah perjalanan hidup kita dengan iman.Yang pahit dan yang manis akan sentiasa menjengah.
Terimalah dengan syukur dan redha.





































