Pernah gagal?? Pasti kita pernah merasai kegagalan dalam hidup kita selama hari ini.Samada apa yang dirancang atau apa yang diusahakan tidak menjadi seperti yang dihajati.
Semua merasakan GAGAL adalah satu titik hitam.
Sebenarnya GAGAL itu sebahagian daripada KEHIDUPAN.Kita jatuh basikal di kala kecil dulu sewaktu belajar menunggang basikal.Adakah kita terus PUTUS ASA dari menunggang basikal? Sebaliknya kita terus menunggang basikal walaupun sering jatuh sehingga cekap menunggang basikal..Hasilnya sekarang, kita tidak perlu lagi belajar bagaimana menunggang motosikal.. :D
Thomas Edison, pecipta mentol berjaya selepas kali ke 2000 percubaannya.Beliau berkata apabila ditanya. "Saya tidak gagal, saya hanya berjaya selepas 2000 kali mencuba".
Dalam sirah Nabi pula,Rasulullah SAW dibaling batu sehingga baginda luka di dalam peristiwa Taif.Adakah baginda berhenti setakat itu?Sudah tentu tidak, baginda meneruskan lagi dakwah sehingga hasilnya,apa yang kita kecapi hari ini.Alhamduliilah..
Gagal terletak di tangan kita?
Mahu atau tidak sahaja?
Teruskan usaha jika tidak mahu gagal..
Ingatlah .. Allah sentiasa bersama kita. :)
No comments:
Post a Comment