Kita melihat peredaran matahari dan bulan serta putaran planet-planet di atas orbit, pasti kita dapat menyaksikan erti iltizam yang hakiki.Ketetapan waktu yang Allah tunjukan daripada makhluk tersebut membuatkan kita yg berakal terfikir bahwa iltizam itu adalah suatu yang akan membuatkan kehidupan kita stabil.
Benarlah kata hukamak "Waktu itu ibarat pedang..jika kamu tidak memotongnya..maka dia akan memotong mu!!"
Dari situ,kita leh fahami bahawa waktu boleh diibaratkan sebagai ubat yang menyembuhkan atau racun yang membunuh.
Dalam persoalan pengurusan masa, sama ada di peringkat pekerja mahupun pelajar kita tidak dapat lari dari membincangkan sifat masa. Masa akan terus berdetik dan berlalu tetapi tidak akan kembali. Masa yang berlalu tidak boleh dicari ganti. Masa amat pantas bergerak meninggalkan manusia tanpa menunggu kita sehinggalah apabila hampir menjelang hari kiamat masa sehari berlalu bagaikan satu percikan api atau sesaat sahaja. Satu sikap yang wajar dibuang ialah sikap suka menangguh. Hayatilah nasihat Saidina Ali kepada gabenor Mesir yang baru dilantik “Janganlah engkau berlengah - lengah lagi apabila sudah tiba masa untuk melakukannya”. Sikap bertangguh dalam kerjaya sesama manusia akan menyebabkan produktiviti kita menurun. Suka bertangguh untuk menguasai kecemerlangan akademik akan mengundang natijah yang kecundang.
No comments:
Post a Comment