WAKTU
Sunday, February 20, 2011Kita melihat peredaran matahari dan bulan serta putaran planet-planet di atas orbit, pasti kita dapat menyaksikan erti iltizam yang hakiki.Ketetapan waktu yang Allah tunjukan daripada makhluk tersebut membuatkan kita yg berakal terfikir bahwa iltizam itu adalah suatu yang akan membuatkan kehidupan kita stabil.
Benarlah kata hukamak "Waktu itu ibarat pedang..jika kamu tidak memotongnya..maka dia akan memotong mu!!"
Dari situ,kita leh fahami bahawa waktu boleh diibaratkan sebagai ubat yang menyembuhkan atau racun yang membunuh.
Dalam persoalan pengurusan masa, sama ada di peringkat pekerja mahupun pelajar kita tidak dapat lari dari membincangkan sifat masa. Masa akan terus berdetik dan berlalu tetapi tidak akan kembali. Masa yang berlalu tidak boleh dicari ganti. Masa amat pantas bergerak meninggalkan manusia tanpa menunggu kita sehinggalah apabila hampir menjelang hari kiamat masa sehari berlalu bagaikan satu percikan api atau sesaat sahaja. Satu sikap yang wajar dibuang ialah sikap suka menangguh. Hayatilah nasihat Saidina Ali kepada gabenor Mesir yang baru dilantik “Janganlah engkau berlengah - lengah lagi apabila sudah tiba masa untuk melakukannya”. Sikap bertangguh dalam kerjaya sesama manusia akan menyebabkan produktiviti kita menurun. Suka bertangguh untuk menguasai kecemerlangan akademik akan mengundang natijah yang kecundang.
MAHAL
Friday, February 18, 2011Yang paling mahal adalah pengalaman, yang paling mengembirakan adalah motivasi, yang paling membanggakan adalah ilmu & yang paling terkesan adalah teladan
Orang yang paling bahagia ialah orang yang paling sikit ganggu orang lain (",)
UKHUWAH
Thursday, February 17, 2011Ukhuwah adalah suatu hubungan yg luar biasa.Ia boleh membuatkan hati rasa gembira, boleh juga membuatkan kita rasa gundah.Selalunya ia mebuatkan kita tenang, dan kadangkala boleh juga mejadikan kita resah.
Apapun..anggaplah UKHUWAH sebagai GENERATOR untuk kita meneruskan kerja-kerja berat mahupun ringan di dalam perjuangan ini.. (",)
BELAJAR DARI POKOK
Friday, February 11, 2011Keyakinan diri kita adalah seperti akar pokok; tempat masuknya sumber air yang memastikan kesuburan dan pertumbuhan pokok.Akar juga berperanan penting sebagai sokongan utama keseluruhan pokok.Apabila pokok memiliki akar yang kuat dan kukuh, kedudukan pokok tersebut tidak tergugat dek datangnya ribut taufan sekalipun.
Batang,ranting & dedaun pokok adalah umpama aksi.Sepanjang pertumbuhan pokok tersebut, pasti pelbagai perubahan berlaku berperingkat pada bahagian tersebut.Apabila pokok hidup subur,ia mampu mengeluarkan buah yang manis dan sedap.Buahnya itulah umpama budi pekerti/akhlak manusia.
Apabila pokok tidak dijaga dengan baik, munkin ia akan layu seterusnya mati.Pokok perlu dijaga dengan dibajai betul,disirami secukupnya bagi membuahkan hasil yang lumayan.
Begitulah kita, kita tak mampu memimpin jika ketiga-tiga elemen tidak digarapkan dan digabungjalinkan.Bagi membuahkan hasil, kita perlu mengasahkan 3 elemen tersebut berpandukan arahan serta panduan / pengalaman.. :)
MUDAH...?
Thursday, February 03, 2011
"Kamu hendak makan nasi tetapi apa usaha kamu untuk mendapatkan beras?"
Mudah? Memang mudah tetapi kita melanggarnya setiap hari. Kita hendak menjadi kaya tetapi tidak bertindak melaksanakan perkara yang boleh membawa kekayaan. Mengapa? Mungkin terpedaya dengan ceramah atau buku, "jutawan, jutawan..." yang khabarnya menjadi kaya itu ada jalan singkat dan tak perlu mengambil masa puluhan tahun.
Kita hendak masuk syurga tetapi apa yang kita buat untuk mengelakkan neraka dan tinggal di dalam syurga?
Kita hendak bisnes tetapi apa ilmu yang kita cari untuk dijadikan panduan bisnes? Takkanlah ceramah, buku penglipur lara, motivasi, dongeng hendak dijadikan panduan bisnes? Mengapa tidak belajar pengurusan bisnes?
Jadi, setiap kali kita berkehendakkan sesuatu, ingatlah, tidak ada yang mudah, tidak ada jalan singkat, tidak ada penyedap hati dan penglipurlara.
"Kamu hendak makan nasi tetapi apa usaha kamu untuk mendapatkan beras?"
Subscribe to:
Posts (Atom)