IKLAN ANLENE

Monday, July 26, 2010
Jika boleh balik ke belakang 14 hari.Pasti tulang akan kuat
Kita semua pasti pernah menonton iklan Anlene,iklan susu Kalsium yang sering ditayang di waktu perdana kaca tv kita.

Bagi kita orang Islam, pasti perkara sebegitu tidak akan berlaku.Yang berlalu pasti akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.Di dalam al Quran pun telah dijelaskan ketika golongan yang tidak beriman meminta kembali ke dunia untuk berbuat ibadah.

Tafsirnya: “Maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. (Surah as-Sajadah:12)

Akan tetapi ia tidak berguna lagi.Begitulah kita, rebutlah masa yang ada sekarang dengan melakukan banyak amalan untuk bekalan di akhirat kelak.

Di dalam kehidupan seharian kita juga,kita mesti berjuang meneruskan perjalanan kehidupan kita tanpa wujud rasa kejayaan akan dicapai jika kita melakukannya 2 tahun yang lalu.Tiada guna kesal perkara yg lepas.Tapi perlu rasa kesal jika kita gagal  merancang masa hadapan kita.

MANFAATLAH MASA YANG ADA DENGAN SEBAIKNYA.
BERJALAN BIAR KE HADAPAN BUKAN KE BELAKANG.

TEKANAN

Tuesday, July 20, 2010
Semalam mengikuti perbincangan selepas rehat-rehat minda 2 hari di dalam hutan menikmati tabiat alam.Perbincangan agak panjang tapi apa yg ingin dituliskan sekadar satu frasa yg dilontarkan oleh seorang sahabat semasa beliau memberi pandangan.

BILA ADA SESUATU TEKANAN, PASTI AKAN BERLAKU LETUPAN

Tekanan (stress) yang kita rasa perlu disalurkan ke tempat lain.

Jangan menakung rasa tertekan terlalu lama sebaliknya simpan sebentar kemudian alirkan keluar. Anda boleh luahkan tekanan melalui percakapan atau melalui perbuatan.

Tekanan dalam hidup kita muncul tanpa di sangka. Oleh kita perlu bijak mengalirkannya ke tempat lain, bukannya menakung tekanan kerana kita tidak dapat menanggung banyak tekanan dalam masa yang lama.

Tekanan gunanya untuk menggesa kita supaya berubah, bukan untuk membebankan kepala.

Apapun,biarlah TEKANAN itu menjadi BOOSTER ke arah berlakunya LETUPAN yang akan mengubah cara hidup & impian menuju kejayaan dunia dan akhirat

AIR SIRAP

Thursday, July 15, 2010
"Manis tak air sirap itu?" Pasti kita akan mengangguk mengiyakan.Tetapi apabila ditanya, bagaimana rasanya manis? Sukar untuk kita explain. Kita hanya boleh katakan rasa air sirap itu manis dan deria rasa pun tahu erti 'manis'.

Sukar untuk gambarkan kenikmatan kemanisan air sirap itu.

Begitulah impian.Mencapai impian, kita akan rasa kenikmatan yang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata.Hanya kita sendiri saja yang tahu kenikmatan apabila impian telah dicapai.
Begin with the end in mind
When the student is ready, the teacher will appear

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar Kongsi...

Wednesday, July 14, 2010
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


***
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sumber asal : http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063

LESSON

Sunday, July 11, 2010
A lesson without pain is meaningless, for you cannot gain something without sacrificing something in return.

But once you have overcome it and made it your own….you will gain an irreplacable

ELEPHANT

Friday, July 09, 2010
"How can you eat an elephant ?" Macam mana ek nak makan gajah yang begitu besar?

Mesti kita akan jadi bingung dan bengong memikirkan jawapannya. Hehehe.. jangan marah, nanti kena jual..

Jawapannya mudah aja :- one bite at a time

 
Kalau kita pikir sesuatu masalah itu terlalu besar untuk diselesaikan, pasti kita akan rasa mustahil.Tapi, jika kita pecahkan masalah tadi kepada yang lebih kecil, semestinya mudah tuk diselesaikan..


APA YANG PENTING..AKAL MAU JALAN..SELEPAS TU..LU PIKIR SENDIRI LA.. :)

BACA

Sunday, July 04, 2010
Membaca perlu ada pada diri kita.Sama ada ia berbentuk buku mahupun majalah.Mulakan dahulu dengan pembacaan yang ringan seperti pembacaan majalah/risalah kecil.Seterusnya dengan sendiri kita akan tercari-cari buku untuk dibeli.

Betullah kata-kata cerdik pandai;"Pelaburan yang bijak adalah melabur dalam membeli buku". Melalui pembacaanlah kita mampu membuat analisa suatu keputusan dengan lebih tepat.

Membaca buku adalah short cut towards success.Lagi banyak buku yang kita baca, lagi banyak short cuts yang diperolehi.

Segala kesilapan yang pernah dibuat oleh orang lain boleh didapati melalui pembacaan.Ia adalah jalan terbaik untuk berjaya daripada jatuh lubang yang sama kali kedua.

JADIKAN MEMBACA ADALAH HABIT BAGI MEMASTIKAN SEGALA IMPIAN TERCAPAI