Subjek Penyibuk?

Wednesday, November 04, 2009

Kita pernah dikejutkan dengan kenyataan Menteri berkaitan subjek pendidikan Islam di sekolah akan dikaji semula dan akan dijadikan satu subjek elektif.Semua boleh rujuk SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?


Sekarang pelbagai masalah timbul yg tak pernah dijangka suatu ketika.Muslim menyukai non muslim.Masyarakat Melayu berhadapan dengan masalah ‘Unidentify Gender’ atau ‘Keinginan untuk Menjadi Jantina yang Sebaliknya’. Black Metal, Ajaran Sesat.Pelbagai lagi..Kenapa terjadi? Adakah kerana sekarang ini kurang ajar atau kurang diajar?


Kita masih tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada subjek pendidikan Islam di sekolah-sekolah?.Apakah akan terus menjadi subjek ‘penyibuk’ bagi sesetengah sekolah atau diubah suai dan diwajibkan di sekolah-sekolah?


Pendidikan Islam perlu diwajibkan kepada semua pelajar di sekolah dan IPT di Negara kita.Ketika kita berhadapan dengan krisis identity, system pendidikan kita tidak mengarah untuk membetulkan tatasusila sebaliknya membiarkan budaya luar bertapak dan mendominasi kehidupan keluarga di Negara kita.

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang mampu menjadi insan sempurna mental, jiwa dan fizikal.Kita mahu dia menjadi harapan keluarga, bangsa dan Negara.


Tetapi mampukah anak-anak sekarang lakukan semua itu?Apakah sekadar setahun sekali kita mencanangkan jiwa pimpinan seperti Rasulullah SAW kepada mereka sewaktu Maulidur Rasul?Apakah semua ini tidak boleh menjadikan ia salah satu satu subjek teras?

1 comment:

Anonymous said...

Malang anak bangsa kita.. ilmu yg sikit tu cuma ada dalam buku.. diajar bukan setiap hari, tak dpt diamalkan sbb takde contoh kat rumah.. dan skrg ni nak dimansuhkan.. sedangkan generasi yg dah diajar pun masih ada masalah, apa lagi yg takde basic lgsung?

anak2 itu bagaikan kain putih, terpulang pada ibu bapanya untuk mencoraknya..

kalau ibu bapa lepas tangan pada guru utk mendidik anaknya, itulah yg jadi..

kalau guru, hanya sekadar mengajar, tapi bukan mendidik, itulah juga hasilnya..

kalau doktor hanya sekadar merawat fizikal, bukan spiritualnya, tetap itu jugalah hasilnya..

kalau kita masyarakat, melihat org buat maksiat tapi kita tetap tak peduli, inilah jua hasilnya..

kalau..dan kalau.. perkataan ni takkan habis2..

tapi hasilnya anak bangsa yg malang, ketinggalan, dan morally corrupt..