SAKIT HATI ??

Friday, November 20, 2009
Kebanyakan orang apabila sakit hati, dia suka pecahkan barang, tumbuk pintu, tendang pagar, lempar piring, memaki hamun tak tentu pasal. Itu semua cara yang negatif.

Mesti ada cara yang positif. Jika Anda mahu lepaskan rasa sakit hati dengan cara yang positif, ini beberapa langkah yang boleh Anda lakukan (ada cara yang sedikit ganjil tapi memang berkesan):

1. Masuk ke dalam kereta, teriak sepuas-puasnya.

Tutup semua tingkap dan pintu selepas itu teriak sekuat hati lama-lama selama yang Anda boleh tahan. Lakukan 2-3 kali berulang-ulang. Anda akan rasa lega selepas itu. Teriak apa yang sja yang Anda terfikir nak teriak. Elak memaki-maki, cuma lepaskan saja kemarahan Anda.

2. Tulis semua yang Anda geramkan.

Ingat perkara-perkara dan situasi-situasi yang Anda geramkan, yang Anda rasa cukup sakit hati. Fikir, bayangakan lepas tu tulis semunya. Anda akan terdorong untuk menulis dengan penuh beremosi. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran, apa yang terbayang di minda. Tulis hingga sudah tidak ada apa lagi yang nak ditulis.

Tak pandai nak mengarang ayat? Gunakan cara seterusnya.

3. Rakam suara Anda untuk melepaskan apa yang membuat Anda sakit hati.

Ambil perakam suara, cakap lalu rakamakn semua apa yang membuat Anda rasa sakit hati. Cakap seolah-olah Anda sedang meluahkan kesemuanya pada seseorang di depan Anda. Cakap dan terus cakap hinggalah Anda kehabisan idea, hingga Anda termanggu-manggu tak tahu apa lagi nak dicakap.

Selepas merakam kesemuanya, Anda ada dua pilihan.

Pilhan pertama, dengar semula apa yang Anda rakam tadi, simpan untuk didengar semula di masa lain. Pilihan kedua, lupakan rakaman suara Anda. Padam semua yang dirakam tadi. Jangan ada rasa sesalan. Just do it!




4. Luahkan pada seseorang.

Ini cara yang selalu dilakukan oleh ramai orang. Luahkan rasa sakit hati Anda pada orang yang berhampiran dengan Anda. Jika Anda kurang senang dengan orang tu, segan atau Anda lihat dia cukup sibuk, tunggu saat dia relaks kemudian bawa dia bersembang sebagai pemula sesi 'meluahkan' Anda.

5. Pergi berjoging kemudian lepaskan semua yang menyakitkan hati ketika sedang berjoging.

Amaran! Jangan terlalu over berjoging semata-mata nak melepas rasa sakit hati. Ketika sedang melepaskan semua yang menyakitkan hati Anda, lakukannya secara berlari atau berjalan pantas. Kesannya Anda akan cepat kehabisan idea seolah-olah tiada apa lagi yang nak diluah selain tercungap-cungap menarik nafas. Cara ini cepat untuk menghilangkan rasa sakit hati.

6. Alaaa..lupakan saja!

Cara ini adalah cara yang paling senang! Tapi ia memerlukan disiplin yang tinggi. Anda perlu menjadi orang yang sangat baik hati. Apabila Anda sakit hati pada sesuatu, pada seseorang, lupakan saja. Buat donno saja, bagaikan tiada apa-apa berlaku. Kemudian, fokus pada kerja, pada apa yang perlu dilakukan.

Dipetik dr : http://shueqry.com

HULURKAN TANGAN

Wednesday, November 11, 2009

Tengah hari td pergi mlawat seorang pelajar PASTI Tarbiyatul Atfal, Kangar, Perlis.Adik Nur Najihah bt Kamal 5tahun.Baru selesai daripada pembedahan.

Adik Najihah mengalami pendarahan dalam otak.Dalam term medik "Intracranial hemorrhage".Kalau salah tlg betulkan bg mereka yg berkenaan.Koma selama 2minggu.Isnin depan genap 3miggu Adik Najihah berada di hospital.Keputusan terperinci belum diketahui kerana Doktor Pakar 2minggu lagi baru ada.

Jika Hospital Kangar, Perlis tidak mampu melakukan, Adik Najihah akan dihantar ke General Hospital, Penang. Keadaan Adik Najihah sekarang, sudah sedar cuma sebelah kiri badan agak lemah.Bahagian tempurung kanan diletak behampiran perut, bagi mengelakkan sel mati sebelum pembedahan seterusnya dilakukan.

Jika sesiapa berhajat ingin menolong Adik Najihah.Bolehla bank in ke dalam Akaun Maybank 152068825019.Dan maklumkan jumlahnya untuk rekod. (0134804310).Marilah kita sama-sama hulurkan tangan, ringankan beban keluarga Adik Najihah

Hibernasi ?

Sunday, November 08, 2009

Tiada cerita nk postkan dlm blog.rasa cam nk hibernasi kejap dr berblog ni. Seperti di blog
Anon " Sy jarang copy & paste sbb rasa hilang ke'originality'an blog tu kalau terlalu byk kopi pes."

Nk ikut langkah camtu gak la.hehe.

Just post design buku yg diminta oleh seorang Ustaz di Pahang untuk design Buku terbaru beliau. Kalu tak lawa, nasib la.Suruh pd org yg tak reti..huhu

Subjek Penyibuk?

Wednesday, November 04, 2009

Kita pernah dikejutkan dengan kenyataan Menteri berkaitan subjek pendidikan Islam di sekolah akan dikaji semula dan akan dijadikan satu subjek elektif.Semua boleh rujuk SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?


Sekarang pelbagai masalah timbul yg tak pernah dijangka suatu ketika.Muslim menyukai non muslim.Masyarakat Melayu berhadapan dengan masalah ‘Unidentify Gender’ atau ‘Keinginan untuk Menjadi Jantina yang Sebaliknya’. Black Metal, Ajaran Sesat.Pelbagai lagi..Kenapa terjadi? Adakah kerana sekarang ini kurang ajar atau kurang diajar?


Kita masih tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada subjek pendidikan Islam di sekolah-sekolah?.Apakah akan terus menjadi subjek ‘penyibuk’ bagi sesetengah sekolah atau diubah suai dan diwajibkan di sekolah-sekolah?


Pendidikan Islam perlu diwajibkan kepada semua pelajar di sekolah dan IPT di Negara kita.Ketika kita berhadapan dengan krisis identity, system pendidikan kita tidak mengarah untuk membetulkan tatasusila sebaliknya membiarkan budaya luar bertapak dan mendominasi kehidupan keluarga di Negara kita.

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang mampu menjadi insan sempurna mental, jiwa dan fizikal.Kita mahu dia menjadi harapan keluarga, bangsa dan Negara.


Tetapi mampukah anak-anak sekarang lakukan semua itu?Apakah sekadar setahun sekali kita mencanangkan jiwa pimpinan seperti Rasulullah SAW kepada mereka sewaktu Maulidur Rasul?Apakah semua ini tidak boleh menjadikan ia salah satu satu subjek teras?

Jalan-jalan

Tuesday, November 03, 2009
Seminggu tak update.byk hal kena selesai.hujung minggu lepas.Pergi Kelantan sambil jalan-jalan.Ada program.Sambutan Jubli Perak PASTI.Pergi bersama ALP PASTI, 18 guru dan 3 pelajar mewakili negeri.

Duduk di sana di homestay..Best..Home In Garden. Lawatilah www.houseofsuraya.com.Murah ja..ada 8 bilik.setiap bilik ada bilik air.Mmg boleh sesgt bg mereka yg nk bt reunion kt situ.Persekitaran luas.

Sempat beli satu buku Demi Masa, Abu Hassan Morad di Wakaf Che Yeh.


Sepanjang di sana.Sempat baca satu buku kata-kata pujangga @ madah kepunyaan tuan rumah homestay..Ia bagus untuk renungan

" Kepercayaan boleh diukur dengan melihat sama Dia melakukan sembahyang.Jika Dia meninggalkan sembahyang.Tinggalkanlah Dia.Kerna dia tidak boleh dipercayai"