Ilmu

Saturday, October 10, 2009
Bagi pelajar SPM, pasti menghitung hari, tarikh keramat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.2 sebab mereka menghitung hari :

1.Risau tidak sempat hafal semua subjek form 4 & 5
2.Tak sabar nak merdeka selepas peperiksaan.

Bagi pelajar SPM, sebelum kaki melangkah ke Dewan Peperiksaan.Pastikan semua guru yang pernah mengajar sudah memohon kemaafan atas salah silap.

Bagi parent yang berkelapangan, elok membaca Yasin sepanjang peperiksaan berjalan semoga dipermudahkan segala urusan.

Apapun, jangan sekadar exam oriented.Abis exam,abis segalanya..Baik di sekolah mahupun di Universiti.

Tak rugi kita ada ilmu.Walaupun di alam pekerjaan kelak,kita tidak berada di jurusan yang diambil ketika di Universiti.

Dengan ilmu kita dihormati.Mana pernah kita mendengar panggilan Cikgu/Ustaz/Ustazah hanya di sekolah atau sewaktu bekerja saja.Tetapi panggilan itu tetap kekal sehingga akhir hayat.

Bagi yang berharta,mereka dihormati ketika hartawan, tatkala mereka jatuh miskin.Bukan sekadar tidak dihormati malah dicemuh.

“Harta bilamana digunakan,ia akan berkurangan, Ilmu bilamana digunakan/disebarkan pasti akan bertambah” –Saidina Ali krw

“Barangsiapa inginkan dunia perlu mempunyai ilmu, Barangsiapa inginkan akhirat perlu mempunyai ilmu, Barangsiapa inginkan kedua-duanya perlu mempunyai ilmu” – Hadis Nabi SAW

Hayatilah lagu ini yang telah di ubah liriknya sebagai booster untuk mencintai ilmu


No comments: