Sebatan rotan itu pula dikatakan tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter.
Berlemah-lembutlah ke atas wanita yang telah insaf ini. Khartika tidak melarikan diri dari hukuman dan negara sepatutnya bersikap lemah lembut terhadap wanita yang sudah bersedia mengakui kesalahan.
Nabi Ayub dikatakan telah bersumpah di atas nama Allah untuk menghukum isterinya dengan 100 sebatan.
Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia telah meminta Ayub mengikat 100 bilah rumput kering yang diikat lalu hanya dipukul sekali sahaja untuk menyempurnakan sumpah tadi.
Model sambilan itu telah akur kesalahannya dan kita semua mestilah menutup lidah kita daripada berterusan menghina wanita tersebut. Agama kita memuliakan kaum wanita.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis, seorang pelacur telah masuk syurga dengan sebab dia mengutamakan seekor anjing yang kehausan. Sepatunya ditanggalkan lalu dia mencedok air lalu menyudu anjing guna menghilangkan dahaga haiwan itu.
Bermodalkan amalan itu, wanita pelacur itu masuk syurga. Dia mungkin orang susah atau dirinya telah diperalatkan untuk tujuan itu. Dia tidak boleh dipersalahkan.
Kita perlu menutup mulut selepas Khartika disebat dan tidak sesiapa pun yang boleh memandang hina ke atas orang yang telah insaf.
Sekalung tahniah dan penghargaan ke atas orang bawahan seperti Khartika yang bersedia, cekal, tabah, berani menerima hukuman untuk menyucikan jiwa mereka. Kita wajib gulung lidah kita daripada mencela mereka yang telah insaf ini.
Tahniah Khartika dan jangan pernah menyerah kalah kepada keadaan hidup.
Tetapi kenapa ulasan dari pimpinan negara berbeza?? Ada yg meminta Khartika merayu..Seorang ayah dan Khartika mahu hukuman dicepatkan.Sang menteri sebaliknya.Lihat dibawah
" Menurut Perdana Menteri, sepatutnya Kartika Sari Dewi tidak terlalu cepat untuk reda dihukum kerana ruang untuk merayu kesnya masih ada.
Dalam isu ini, tegas Najib, pendirian kerajaan adalah jelas bahawa soal agama Islam sama sekali tidak boleh dipertikaikan." Utusan: 26 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment