Nasib Khartika

Tuesday, August 25, 2009
Syahadan ada seorang wanita model sambilan bernama Khartika yang akan dihukum sebat dengan sebab meminum arak. Menurut laporan akhbar, beliau adalah wanita pertama yang akan dihukum dan tiada hukuman sebat bagi pesalah wanita dalam kes sivil.

Sebatan rotan itu pula dikatakan tiada ruas, tiada buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter. Sementara itu, ukur lilitnya tidak melebihi 0.0125 meter.

Berlemah-lembutlah ke atas wanita yang telah insaf ini. Khartika tidak melarikan diri dari hukuman dan negara sepatutnya bersikap lemah lembut terhadap wanita yang sudah bersedia mengakui kesalahan.

Nabi Ayub dikatakan telah bersumpah di atas nama Allah untuk menghukum isterinya dengan 100 sebatan.

Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia telah meminta Ayub mengikat 100 bilah rumput kering yang diikat lalu hanya dipukul sekali sahaja untuk menyempurnakan sumpah tadi.

Model sambilan itu telah akur kesalahannya dan kita semua mestilah menutup lidah kita daripada berterusan menghina wanita tersebut. Agama kita memuliakan kaum wanita.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, seorang pelacur telah masuk syurga dengan sebab dia mengutamakan seekor anjing yang kehausan. Sepatunya ditanggalkan lalu dia mencedok air lalu menyudu anjing guna menghilangkan dahaga haiwan itu.

Bermodalkan amalan itu, wanita pelacur itu masuk syurga. Dia mungkin orang susah atau dirinya telah diperalatkan untuk tujuan itu. Dia tidak boleh dipersalahkan.

Kita perlu menutup mulut selepas Khartika disebat dan tidak sesiapa pun yang boleh memandang hina ke atas orang yang telah insaf.

Sekalung tahniah dan penghargaan ke atas orang bawahan seperti Khartika yang bersedia, cekal, tabah, berani menerima hukuman untuk menyucikan jiwa mereka. Kita wajib gulung lidah kita daripada mencela mereka yang telah insaf ini.

Tahniah Khartika dan jangan pernah menyerah kalah kepada keadaan hidup.
Tetapi kenapa ulasan dari pimpinan negara berbeza?? Ada yg meminta Khartika merayu..Seorang ayah dan Khartika mahu hukuman dicepatkan.Sang menteri sebaliknya.Lihat dibawah

" Menurut Perdana Menteri, sepatutnya Kartika Sari Dewi tidak terlalu cepat untuk reda dihukum kerana ruang untuk merayu kesnya masih ada.

Dalam isu ini, tegas Najib, pendirian kerajaan adalah jelas bahawa soal agama Islam sama sekali tidak boleh dipertikaikan." Utusan: 26 Ogos 2009


Monday, August 24, 2009

Selamat Datang ...

Wednesday, August 19, 2009
Said Hawwa dalam bukunya, " Ramadhan adalah sekolah tarbiyah ". Samada ia dimanfaatkan atau tidak .. Moga kali ini terbaik bagi kita,Insya Allah

Sampai bila kita pakai topeng ini?

Thursday, August 13, 2009
‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh.Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila?

Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan).

Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan manusia sendiri yang melanggar perintah Allah.

Cuma bagi saya, penyakit yang menimpa samada H1N1 atau yang lain, penghujungnya paling tinggi pun adalah mati. Tidak lebih dari itu. Yang lebih penting dari kematian itu, ialah bagaimana bentuk mati itu? Mati taatkan Allah atau mati derhakakan Allah.

Pelbagai usaha juga dibuat bagi mengawal dari ditimpa H1N1.Antaranya Solat hajat atau Qunut Nazilah setiap waktu.

sumber : http://www.niknasri.com