SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 16, 2009
Selamat hari guru pada semua.Takkira cikgu PASTI, TADIKA, SEK REN, SEK MEN n dll

Gantunglah cita-citamu setinggi bintang dilangit jika ia jatuh sangkut dipuncak gunung - pesan Cikgu Kimia Form 4&5




Sajak yang dideklamasikan sempena Hari Guru PASTI Pusat, Tawau Sabah

GURUKU...

Guru oh guru ..
Dialah pemberi paling setia
Setiap alor ilmu pilihnya
Pelita dan lampu segala untuk manusia
Sebelum jadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa, dia juga sahabat
Alor kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi khidmat

Jika hari ini seorang guru diberi kuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden negara berdiri
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Dengan lembut sabarnya
Mengajar, menulis, membaca, mengira

Dimana pada dia berdiri
Di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di pinggir kota
Dia adalah guru mewarisi seribu ilmu

Semakin terpencil duduknya diceruk desa
Semakin bererti jasanya pada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu

Guruku...
Budi yang dilambungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat
Cikguku.... Guruku....
Ingatan kekal terpahat hingga ke akhir hayat

2 comments:

Anonymous said...

jika hari ini seorang nazrie menyapu daun..

Anonymous said...

lebih baik drp :

jika hari ini seorang Anonymous berkubang :p