Rugi Anggapan Awal

Friday, August 22, 2008

"Aku ingat susah sgt..,bila dah buat...ok ja....isk3x..tak sangka aku..."

Begitulah yang dikatakan, anggapan awal, jangkaan awal, persepsi awal, prasangka awal memang merugikan. Kita memandang dari persepsi kita sedangkan persepsi sebenar perlu kita alami sendiri barulah kita tahu keadaan sebenar.


Kita ambil contoh mudah. Ini pun memang persepsi, anggapan, jangkaan dan prasangka awal saya sendiri. Saya terlalu musykil sejak dahulu lagi. Setiap kali saya melihat kedai cermin mata (optical) pasti saya tertanya-tanya. Persaingan sengit, banyak sangat kedai cermin mata, dekat-dekat bahkan sebelah-menyebelah, besar-besar belaka, sewanya mencecah puluhan ribu, pekerjanya ramai. Dan pastikan kebenaran ini: setiap kali anda lalu, pasti kedai tersebut lengang. Namun, yang pasti, tidak ada kedai cermin mata yang tutup, sebaliknya makin maju dan bertahan berpuluh tahun atau semakin membesar, semakin banyak cawangan.


Itu persepsi dan anggapan awal saya sendiri. Saya tidak tahu sebab tidak masuk ke dalam bidang itu. Dan sudah tentu anggapan awal begitu merugikan saya.


Ini sekali lagi mengingatkan saya kepada Hukum Seimbang ciptaan saya yang beberapa kali saya ketengahkan: "Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tak suka; tidak semua orang mahu, tidak semua tak mahu."


Setiap kali ada yang menyukai, pasti ada yang membenci; setiap kali ada yang membenci, pasti ada yang menyukai. Sentiasa seimbang.

2 comments:

Anonymous said...

kita sama sekali x bleh menafsir seseorang atau sesuatu hanya dgn sekali pandang... sedangkan org yg dah kawan bertahun2 pun belum tentu dpt mengenali sahabatnya..... inikan pula sekali imbas.. pndg & timbanglh dgn aqal & hati yg ikhlas..

Anonymous said...

itu sebab jgn trus mhukum pada pandangan awal.. :)