icebow

Wednesday, August 08, 2007


Subhanallah... cantiknya...

Antara petikan dari akhbar

LANGKAWI, 6 Ogos (Bernama) -- Kemunculan secara tiba-tiba fenemena luar biasa pelangi penuh yang dipanggil "icebow" di ruang angkasa Langkawi hari ini menarik perhatian para peserta dan media yang membuat liputan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007.

Beberapa dozen jurufoto yang membuat liputan LID telah begegas untuk mengambil gambar pelangi penuh yang mengelilingi matahari pada kira-kira jam 2.40 petang, sebelum ia hilang kira-kira 20 minit kemudiannya.

Bukan sahaja jurufoto yang tertarik dengan fenomena itu, Menteri Kerja raya Datuk Seri S. Samy Vellu, yang turut menghadiri LID, juga turut kelihatan di kalangan orang ramai mengagumi pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat itu.

"Icebow" adalah satu fenomena yang sama dengan kejadian pelangi, terbentuk melalui biasan cahaya matahari melalui awan yang mengandungi kristal ais, bukan titisan halus hujan atau titisan air yang terkandung dalam udara.

Kristal ais itu adalah dari awam "cirrus" berada pada satu kawasan yang mempunyai jejari yang luas dan berada pada satu ketinggian tertentu bagi membolehkan fenomena itu berlaku.

Angin juga tidak boleh ada pada waktu itu dan matahari berada pada altitud kurang 34 darjah untuk membolehkan kewujudan "icebow" itu.

No comments: