Selamat Hari Sahabat

Wednesday, June 27, 2007
Hilangnya seorang teman ibarat hilangnya sebelah tangan.Lukanya boleh diubati, tapi hilangnya..tiada ganti...
Selamat Hari Sahabat

Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak


Artikel bertajuk “Bartenders whip up a storm at contest”, terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.

Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.

3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year
2007 (Malaysia)
anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai
pertandingan ini.

Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis
Melayu
dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Halal atau ..... ???

Makanan tak leh lari dr kehidupan kita.macam mana pun.kita akan makan.samada makan untuk hidup atau hidup makan.

Segalanya boleh didapati dimana-mana.Di umah, pasarraya, secret recipe, dunkin donut atau di medan selera.

Apapun, kita selalu terlepas pandang berkaitan makanan ini.

Begitu juga dengan pelbagai produk kegunaan kita seharian

Sekadar berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama melalui pelbagai sumber.


**************************************************

1.Rokok.Umumnya rokok memudaratkan.Tapi munkin da yg tak tahu.Rokok mengandungi skatole ( pati najis ).Disahkan oleh CAP.





2.Ubat gigi.Diperbuat dari serbuk tulang.Tapi dr mana sumbernya.Kalau dari binatang yg halal sekalipun.Adakah dengan penyembelihan?

3.Minyak wangi.Terdapat minyak wangi yg diekstrak dr anal musang.



4. Aiskrim @ Dadih strawberi.Yang mengandungi Carmine.Pewarna merah yg diekstrak dr serangga.

5.Vaksin, Kapsul, Pil, Biskut & Kek.Mengandungi gelatin.

Gelatin ialah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya.
Keraguan;
i.Adakah dipastikan ia dari binatang yang halal (iaitu bukan babi)
ii.Adakah ia dari binatang yang telah disembelih?

*.Berkaitan dengan ubat.Br dapat sources dr my pren.Br nk buka web tersebut.

6. Burger, Fishball, Fishcake, Sosej & sewaktu dengannya.Mengandungi Plasma Darah.

i.Industri makanan gemar menggunakan bahan buangan dalam makanan. Oleh itu, darah dari rumah sembelihan turut dikitar semula ke dalam makanan.

ii.Darah dari rumah sembelihan diemper (centrifuged) untuk menyingkirkan platelet darah (yang memberikan warna merah kepada darah). Apa yang tinggal hanya plasma darah, iaitu cecair berwarna kuning air. Ia kemudian dikeringkan secara semburan dan digunakan sebagai sumber protein.


7.Roti, pizza, bahan perisa makanan, Dough enhancer.Mengandungi
L-Cysteine.




i.* L-cysteine ialah sejenis asid amino yang lazimnya digunakan di dalam makanan, ubatan dan kosmetik.

ii.* Dewasa ini hampir 80% daripada L-cysteine yang digunakan di seluruh dunia diperolehi dari China dengan menggunakan rambut manusia dan bulu ayam.
Menurut hukum Syarak, setiap bahagian manusia adalah haram dimakan. Oleh itu, kehadiran L-cysteine dalam makanan adalah meragukan kerana besar kemungkinan ia diperolehi daripada rambut manusia.

8. Produk kosmetik.Banyak mengandungi bahan-bahan yang menjijikkan seperti kolagen, ekstrak uri dan cecair tetuban.

Air Tetuban
Satu lagi bahan yang terdapat dalam kosmetik ialah cecair amniotik atau air tetupan, iaitu cecair yang terdapat dalam karung sekeliling bayi yang belum lahir.

Para pembuat kosmetik yang mendakwa barangan mereka menggunakan bahan ini telah mengiklankannya sebagai “keadaan semulajdi merupakan cara hidup utama” di dalam iklan-iklan krim muka, syampu dan sabun.

Ekstrak Uri
Pada tahun 1982, CAP telah mendedahkan mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab hospital-hospital kerajaan di Malaysia yang menjual uri manusia kepada syarikat-syarikat kosmetik di luar negara. Uri-uri ini digunakan dalam proses pembuatan kosmetik, terutama krim muka dan salap.

Kolagen
Kolagen merupakan sejenis bahan berjeli yang dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang atau daripada janin manusia. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis kosmetik seperti syampu, losen kulit dan gincu bibir.

**************

Wallahualam.Sekadar menyampaikan...Maaf andai meragukan / menyinggung mana-mana pihak.



jejalan ..

Monday, June 25, 2007


Sesekali berjumpa...mmg best.walaupun penat dok dlm bas..hehehe
Inilah indah bersahabat.Walaupun berjumpa sekadar makan-makan & sembang-sembang sambil dok tepi pantai.
Tapi inilah membuahkan kemesraan antara sahabat-sahabat.


ntah ...

Thursday, June 21, 2007

aktiviti yg paling best...dikala boring @ release tension
melukis apa2 aja...

terlebih rajin keboringan...scan...n color guna photoshop..
lepas kaler, simpan..buat penuh harddisk..hehe

Port

Wednesday, June 20, 2007

Port dikala boring......port yg paling best...
di malam hari berdekatan dengan pelabuhan...
release tension.... (",)

I wanna be ...

Monday, June 18, 2007

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody!

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya Im gonnna be somebody!

Kisah anak paderi memeluk agama Islam

Tuesday, June 12, 2007
Just kopi dan tampal...

*******************************************************

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,p akaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.


Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah - Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. –
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar- Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.


Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya.Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.

Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama.....

...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.

Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll.
Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.


Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.

New book

Saturday, June 09, 2007
70 HADIS KELEBIHAN JIHAD


buku ini merupakan himpunan hadis tentang kelebihan jihad hasil nukilan seorang ulama' silam yg dikenali dengan al Imam Ibnul Battah.

Buku diterjemahkan disamping huraian-huraian ringkas untuk menambahkan kefahaman tentang maksud hadis yg berkaitan.


Terdapat 14 fasal.


Fasal 1 : Kelebihan jihad
Fasal 2 : Niat & Keikhlasan dalam jihad
Fasal 3 : Membelanjakan harta di jalan Allah
Fasal 4 : Ganjaran menjaga kubu Islam
Fasal 5 : Ganjaran mengawal di jalan Allah
Fasal 6 : Kelebihan kuda
Fasal 7 : Kelebihan mati syahid
Fasal 8 : Jenis jenis mati syahid
Fasal 9 : Mati kerana taun adalah syahid
Fasal 10: Persiapan untuk jihad
Fasal 11: Meninggalkan kewajipan jihad





Fasal 12:Peperangan di laut
Fasal 13: 7 perkara yg membinasakan
Fasal 14: Mencuri harta rampasan

Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy

Monday, June 04, 2007
Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani, 42, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.


Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.


Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.
Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.
Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telahpun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.


Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.


Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.
Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.
Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.
**********************************************************
Kita cuma menang secara zahir........batinnya kita sudah kalah sebaik saja seseorang saudara islam terang-terangan mengaku sudah murtad.