Halatuju

Tuesday, April 03, 2007
Seorang kwn tanya …..

“ tak mau sambung lg ker..”

Sapa yg tak ingin belajar setinggi mungkin.Dgn ilmulah, kita tidak ditindas.
Penindasan yg berlaku sekarang bertitiktolak dengan ceteknya ilmu di dada.
Apakan daya, semuanya memerlukan pengorbanan yang besar baik masa mahupun wang ringgit.

Ketika konvokesyen Diploma, Canselor, Datuk Seri Dr Ammar Sulaiman berkata, “Dulu dan sekarang amat berbeza.Dulu inginkan kemewahan / duit memerlukan pendidikan.Tapi sekarang pendidikan memerlukan duit yg banyak.”

Bln Sept nanti, konvokesyen lg..Apa lg yg bakal diperkatakan ketika konvokesyen kelak.

Apapun ilmu di dada.Biarlah kita bergerak selari dgn ilmu yg diperoleh.Setiap bidang samada kejuruteraan, perubatan mahupun bidang agama terdapat ahlinya.Janganlah kita melangkaui bidang.

Apabila bukan ahlinya yg bercakap / memberi pandangan.Bukan membawa penyelesaian masalah tetapi lebih memebawa kekeliruan serta pecah belah.

Teorikal dan praktikal tidak sama.Mana mungkin, sesuatu hal boleh diselesaikan dengan hanya mencari di dalam buku.Walaupun menjumpai penyelesaiannya, adakalanya tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

Umpamanya sekarang kita bercakap tentang komponen basikal dan masalahnya.Sedangkan waktu ini, pengangkutan itu sudah kurang kelihatan.Hanya pelajar sekolah yg menggunakannya.

Biarlah setiap ahlinya menguasai bidangnya.

Inilah dimanakan … HALATUJU…..

2 comments:

Anonymous said...

cara yg berbeza..
matlamat yg sama..

tambah ilmu bkn dgn sekadar mengumpul sijil & degree..

byk lg cara lain.. life itself is a continuous process of learning..
yg penting, kita pasti matlamat kita kat mana..

Anonymous said...

by the way, tq sbb dah ubah setting.. sng sket..