Kalau tidak ditemui, sakit seakan-akan makin bertambah, atau perasaan masih belum puas. “Kena tanya doktor jugak.” Kadang-kadang penyakit itu tidaklah kronik atau kritikal, tetapi ia mempunyai kesan psikologi kepada pesakit apabila doktor memberikan pandangannya. Solusi
kadang-kadang dengan ubat. Doktor kata: “Ubat ini kena makan 3 kali sehari. 2 sudu teh setiap kali.” Kalau anak tidak mahu makan ubat, kita cukup marah. “Kan doktor dah suruh makan ubat. Kalau nak sembuh, kena makan ubatlah.” Ubat itu pula kadang-kadang bukannya manis, tetapi pahit.
Kadang-kadang kena buat pembedahan. “Penyakit pakcik ni kalau tak buat operation, saya bimbang ia akan lebih melarat.” Maka si pakcik tersebut akhirnya bersedia untuk dibedah walaupun pada awalnya agak keberatan. Kenapa terima? Kerana nasihat doktor. Kedoktoran adalah profesion yang mulia. Para doktor adalah manusia yang bersedia membantu orang lain.
Para alim ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu, mewarisi agama dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi saw. Mereka diutus oleh Allah bagi mengubati masyarakat yang sentiasa sakit. Bukan sakit yang memerlukan ubat demam
dari doktor, tetapi sakit akhlak, sakit aqidah, sakit perangai. Sakit seperti ini juga perlukan ubat. Dan kadang-kadang ubat itu pahit. Nabi menyebut, maksudnya: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.”. Nasihat yang lembut ibarat ubat manis. Peringatan yang agak keras ibarat ubat pahit. Dan ubat yang pahit seringkali boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Penyembuhan itu pula bukan sahaja untuk individu, bahkan keluarga ,masyarakat dan negara. Kalau penyakit biasa, ia sembuh untuk peribadi, tetapi penyembuhan penyakit akhlak, aqidah dan perangai adalah lebih menyeluruh.
Para alim ulama yang menegur, menasihat, memperingatkan bermaksud kebaikan untuk orang lain. Menarik tangan mereka dari kesesatan dan kejahatan. Menyelamatkan mereka dari murka
Allah dunia Akhirat. Menjauhkan mereka dari azab dunia Akhirat.
Peranan alim ulama tidak jauh bezanya dengan peranan para doktor. Mereka mengubati pesakit.
Tetapi kenapa nasihat doktor didengari, peringatan ustaz dimarahi?
*jgn marah yek tok dukun :)
2 comments:
emmm... susah gak nak respon nih.
jgn tgk pada perbezaan.. tp tgk pada persamaan.
ustaz atau doktor.. dua2 pun manusia biase..
doktor dan ustaz, sama2 kena nasihatkan org tu utk kebaikannya dunia dan akhirat. tak ada pembahagian tugas pun kan kat sini? sbb matlamatnya sama. nak tolong menolong ke arah kebaikan.
ustaz atau doktor - dua2 tak mampu nak sembuhkan sapa2..baik fizikal, rohani, akal atau iman sekalipun.
sbb semuanya terletak pada Allah. kita cuma berusaha dan tolong...
so jgn tanya kenapa manusia tak mahu dengar..
tp tanyalah pada diri kita, macamana, bagaimana dan apa cara nak buat manusia ni dengar?
apa pendekatan yg sesuai supaya manusia ni dgr cakap kita?
bila sorg pesakit dgr cakap doktor, bermakna dia percaya dgn nasihat tu. bermakna dia faham kenapa dia kena ikut nasihat doktor tu.
sama gak dgn manusia biasa. kalau dia faham, kalau dia percaya pada apa yg ustaz/guru tu cakap, insyaAllah.. cakap kita didengari.
cth.. org tu tak pakai tudung.
instead of tetiba dtg kat dia then terus cakap: wahai manusia, kau ni berdosa ler. tutup aurat tu wajib, buka aurat tu haram. kau akan masuk neraka. neraka tu panas. kau tak takut ke?
why not kita approach elok2 kat dia, explain kat dia kebaikan2 dia pakai tudung.biar dia nampak dan jelas. ia bukan semata2 hukum. tp hukum yg Allah tetapkan tu kan ada hikmahnya. so lebih baik kita explain dulu hikmah perkara tu, daripada terus2 nak jatuhkan hukum kat dia.. camtu la..
sbb manusia ni fitrahnya.. dia mahu sesuatu yg dia faham dan jelas..baru dia boleh buat.
setiap manusia tu berbeza, dan cara untuk kita bagi 'ubat' tu pun mesti la berbeza. ada setengah yg boleh dgn secara baik, ada yg kena bertegas..
lagipun... tak semua org dgr cakap doktor.. ada org lebih suka jadi doktor untuk diri sendiri.. suruh makan ubat pun payah.. btul tak? :P
perkara yg berlaku tidak pd semua.tp tak bermakna ia tidak berlaku :)
Post a Comment