Selamat Hari Raya

Monday, October 23, 2006

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Thursday, October 05, 2006
Assalamualaikum Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yang menetap di US.

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

Sketsa Ramadhan

Pembela Serah 701822 Tandatangan Bantah IFC dan Kumpulan Artikel 11


Gabungan Petubuhan Pembela Islam (Pembela) telah meneruskan usaha mempertahan kedudukan dan kesucian Islam di Malaysia dengan menyerahkan 701822 tandatangan umat Islam yang membantah usaha kumpulan Artikel 11 memburukkan imej Islam dan kewujudan kumpulan Interfaith Commision (IFC) kepada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu di Jalan Bukit Petaling hari ini.Tandatangan yang dikepil dalam salinan beberapa jilid buku bertajuk 'Tandatangan Sokongan Rakyat Mempertahan Kesucian Islam' itu diserah kepada wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Dato' Sabtu Awab di pejabatnya jam 11.00 pagi tadi. Turut hadir ialah, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Arifin Mohd Munir; Pengerusi Persatuan Cina Muslima Malaysia (Macma), Dato' Mustapha Ma; Presiden Persatuan Peguma Syarie Malaysia, Zainur Rijal; Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, Anuar Tahir dan Wakil Peguam Pembela Islam (PPI), Kamar Ainiah.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja itu, Pengerusi Pembela, Yusri Mohamad berkata, tandatangan itu dikumpul sejak 16 Julai lalu ketika isu IFC dan Artikel 11 hangat diperkatakan.

Pembela telah memulakan inisiatif mengumpul tandatangan bagi membantah penularan fahaman kebebasan agama secara total oleh kumpulan tersebut dan mahu kerajaan serta pihak Majlis Raja-raja Melayu secara serius mempertahan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini, katanya.

"Kita tidak mahu ada pihak yang bukan mewakili Islam dan bukan Islam mempertikai kedudukan Islam kerana hak dan kedudukan Islam telah dipersetujui secara bersama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan Pembela akan menyerahkan tandatangan yang sama serta memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya petang ini.Beliau menyeru umat Islam berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri jam 3.00 petang ini bagi menyokong tindakan Pembela dan NGO yang bergabung di bawahnya.