Sesetengah perkara mungkin kita boleh bertenang, tapi ada banyak perkara yang boleh buat kita jadi serabut & bebal.
Apa yang boleh kita buat ???
Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagiiiiii orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Manusia biasanya berat sebelah terhadap golongan yang tak sama macam dia. Misalnya orang tak berduit mengata orang kaya sombong, orang kaya mengata orang miskin malas (contoh). Jadi apa masalahnya?
Satu benda yang kita boleh kawal ialah sikap kita. Itulah benda yang kita kena fokus sebenarnya. Malah terhadap syaitan sekalipun, sekiranya kita yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, ia adalah tanggungjawab kita sendiri, sebagaimana firman Allah ini:
“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)
Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.
“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)
Kita tak mampu ubah orang lain, kerana ia diluar kawalan diri kita.. Yang kita mampu ubah adalah diri kita sendiri, asalkan diri kita itu masih dalam KAWALAN.