BELAJAR DARI BUAH

Tuesday, June 29, 2010
Jadilah Durian, jangan kedondong, Walaupun luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Beza dengan kedondong, luarnya licin, rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang agak kasar.  Ertinya : Don’t Judge a Book by The Cover. Jangan menilai orang dari luarnya saja.



Jadilah sengkuang.Walaupun hidup dalam kompos sampah, tetapi isinya putih bersih. Ertinya: Jagalah hati dari sifat mazmumah

Jadilah Tandan Petai, bukan Tandan Rambutan.Tandan Petai membahagi sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar. Ertinya: Selalu adil dalam apa jua keadaan.

Jadilah Cabai. Makin tua makin pedas. Ertinya: Makin tua makin matang & bijaksana.

Jadilah Buah Nangka Selain buahnya, nangka memberi getah kepada penjual atau yang memakannya. Ertinya: Berikan kesan kepada semua orang (tentunya yang baik).


 

Alam mengajarkan pada kita 2 perkara :
♥       Apa yang telah kita tabur, entah disengaja atau tidak, diingat atau dilupakan, entah bila pun juga.   Hukum alam mengajarkan, apa yang kita tanam kita pasti akan menuai hasilnya.
♥       Manusia mempunyai kesamaan dengan buah umpamanya buah mangga,  luar kelihatan sama, tetapi kualiti isi buahnya yang membezakan rasa, aroma dan warna buah mangga. Demikian juga dengan manusia, Kualiti mental dan rohanilah yang membezakan dan menentukan keberhasilan serta kehebatan di masa hadapan kelak.


Mari kita perbaiki sikap, perhalus budi pekerti, jaga kebersihan hati dan selalu menggali potensi diri agar kejayaan dapat kita kecapi suatu hari nanti.

BERFIKIR DARIPADA ALAM

Friday, June 04, 2010
Bagaimana pokok cili dan tebu yang tumbuh bersebelahan, tapi berlainan rasanya ? Mengapa cili tidak terasa manis dan tebu tidak terasa pedas? Bukankah kedua-duanya menggunakan tanah, air, baja dan menerima cahaya matahari yang sama ?

FIKIRKAN LAH ...