JENIS MANUSIA

Wednesday, March 31, 2010
Yang mana satukah pilihan kita ??
  • Manusia Yang Hebat - Melakukan kerja tanpa disuruh
  • Manusia Yang Baik - Melakukan kerja apabila disuruh
  • Manusia Yang Buruk - Tidak melakukan kerja walaupun disuruh

SATU PELURU 2 MUSUH

Monday, March 29, 2010
Hari Ahad lepas di adakan Mesyuarat Agung.Sempat mengambilkan beberapa "kata-kata" yang boleh dijadikan manfaat.

Bagaimana kita menafsirkan "Satu Peluru 2 Musuh" ini?

Peluru di sini adalah KATA-KATA.Apabila berkata sesuatu, barangkali ia agak pedih & pedas untuk di dengar.Secara tidak langsung, perasaan tidak suka wujud seterusnya benci kepada orang mengucapkan kata-kata tersebut.Jika audien / pendengar, kebanyakannya tidak menyukai kata-kata itu.Si pengucap kata-kata telah mencipta musuh.Mungkin bukan DUA tetapi PULUHAN atau RATUSAN.

Begitulah sebaliknya, jika KATA-KATA yang diucapkan itu menyenangkan hati pendengar,sudah pasti ramai akan sudi bersahabat dengannya.

'Jika kita berkata Ikhlas dari hati.., ia akan menyelinap menusuk terus ke hati...'

'Jika kita bercakap dengan lidah..., ia hanya akan sampai ke kulit telinga...'


Terpulang atas kita, sama ada MUSUH atau SAHABAT yang kita cari ?

KELIP-KELIP

Thursday, March 25, 2010
Baru saja menjenguk blog sahabat berkisar kelip-kelip.

Mampukah kita seperti kelip-kelip ??

Kelip-kelip walaupun tidak mampu menyinarkan cahayanya ke seluruh isi malam.Tetapi ia turut memberi sumbangan dengan menyinarkan sedikit cahaya yang ada padanya.
Begitulah kita, kita patut memberi sumbangan ke arah kebaikan mahupun di dalam perjuangan Islam walaupun sedikit.Setiap sesuatu ada keperluan dan peranannya walaupun ia dilihat kecil pada mata.

Mana mungkin sebuah bangunan akan berdiri kukuh dan teguh jika tiada butiran-butiran pasir di dalam campuran simen untuk bangunan tersebut.

Lakukanlah amal kebaikan selagi termampu.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Surah Al Zalzalah:8

IKAN

Wednesday, March 24, 2010
Cuba kita lihat ikan berenang-renang tak kira sama ada di sungai, di kolam ataupun di lautan.Tak kira sama ada air tawar atau air masin, yang pasti rasa ikan tetap tak berubah.Isinya tetap manis.


Pengajaran dari kehidupan ikan adalah tidak mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran.Begitulah kita, ini kerana kita mempunyai agama yang boleh dijadikan pegangan.

Biar seribu dugaan, kita tetap kita yang sama, yang tetap teguh berpegang dengan ajaran Islam.

BELAJAR DARI ALAM II

Tuesday, March 23, 2010
Manusia belajar dari pengalaman dan mempunyai tabiat ingin mencuba.Kita belajar merangkak dan berjalan; mencubanya walaupun jatuh dan terus bangun.

Sewaktu kecil, kita tak tahu api itu panas, lalu dipegangnya dan kemudian menangis.Itulah pengalaman dan pengetahuan.

Mari kita belajar dari anai-anai dan semut ketika mereka bekerja membuat sarang.Mereka adalah makhluk yang kecil saiznya,tetapi mereka mampu menyiapkan sarang yang cantik dalam masa singkat.
Kita juga boleh melihat bagaimana ibu burung ketika memberi anak-anaknya makan.Ibu burung tidak membawa balik makanan untuk kesemua anaknya sekaligus.Tetapi ibu burung memberi makanan pada anaknya berperingkat.Di sini terdapat satu pengajaran dari ibu burung, bahawa jika mendidik anak,tidak semua pemintaan anak dituruti.Jika kesemua pemintaan dituruti, dewasa kelak akan binasa seperti filem Anakku Sazali.


Oleh itu, kita sebagai orang Islam mestilah berpegang dengan pegangan ajaran Islam.Tanpa pegangan kepada Allah, hidup kita menjadi kosong dan hidup tanpa pedoman.Baik buruk kehidupan di sana kelak, ditentukan oleh kehidupan kita sekarang ini.Jika mudah melakukan amal kebajikan serta kebaikan, maka sudah pasti ganjarannya juga adalah baik.

WARNA-WARNA ALAM

Monday, March 22, 2010
Ketika berada di tepi pantai,kita merenung jauh lautan yg tiada bertepi.Ketika mendaki gunung yg tinggi atau melihat sawah bendang yg hijau mengluas.Pasti kita berfikir dan berasa takjub dengan kecantikan alam,kedamaian dan keharmonian.Warna-warna alam yang bercampur biru,merah,hijau,kuning,kelabu dan hitam; pendek kata ia begitu mempersonakan.

Adakah kita terfikir, kita pernah sebesar 6 inci saja dan juga buta huruf.Tapi sekarang kita sudah mampu menghitung malahan sudah mampu membina bangunan yg mencakar langit.Itulah tandanya, kita adalah sebaik-sebaik kejadian.

"Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ." Surah At Tiin:4

Satu-satu sifat manusia yg tidak boleh dikongsi dengan haiwan adalah mencari ilmu.

Jika kita manusia tidak suka mencari ilmu, maka kita sama dengan haiwan. :)


Jika ilmu itu sama penting makan minum maka pengorbanan dan curahan ilmu para guru juga penting dan mulia seperti minuman serta makanan.Sebab itu, taraf guru di sisi Islam amat tinggi daripada orang lain.

Amat malang, apabila sudah dewasa dan terserempak dengan guru, kita malu untuk menyapa bahawa kita adalah muridnya.Malu kerana kita sudah berjawatan tinggi sedangkan guru sudah pencen, masih menggunakan kereta lamanya..


Tetapi kita perlu bertanya diri sendiri, jika bukan atas usaha guru itu, 
dimanakah kita sekarang ini ??

BELAJAR DARI ALAM

Sunday, March 21, 2010
Manusia dengan alam sepatutnya tidak boleh dipisahkan.Kerana Allah jadikan Alam ini untuk manusia.Bukan untuk kerosakan tetapi untuk kebaikan demi ibadah kepada Allah.

Alam dan haiwan selalu digambarkan untuk memcerminkan perangai manusia.

Buaya,sejenis haiwan yang tidak pernah menolak bangkai.Begitulah manusia,terdapat manusia yg menerima apa saja tak kira halal @ haram.Janji masyuk..

Lalat,sejenis haiwan yang hanya akan hinggap pada benda dan tempat kotor seperti najis / sampah-sarap.Begitulah manusia, yang hanya pandai mencari salah/kelemahan/keburukan orang lain.

Sepatutnya kita mencontohi lebah.

Surah An Nahl:68, "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia".


Lebah sejenis haiwan yang hanya mengambil debunga yang baik saja untuk dijadikan madu.Beginilah yang sepatutnya diambil pengajaran oleh kita manusia, mencari yang baik-baik untuk pedoman.Mencari tempat ilmu.Berkawan dengan yg soleh/ah.

Moga kita mendapat sesuatu apabila kita BELAJAR DARI ALAM.
Hati manusia juga mudah berubah seperti " Sekali ombak menghempas, sekali juga pantai berubah."


Dahulu..Sekarang..

Sunday, March 14, 2010
Hidup ni macam roda.Kita takleh lari dari roda kehidupan.Dahulunya kita di sana.Sekarang kita di sini.Dulunya di kampus.Sekarang di tempat kerja.Dahulunya di Blok/Kolej, sekarang di rumah.

Apapun, kita masih berjumpa dengan individu yg sama pewatakan seperti dahulu pada waktu ini.Inilah dikatakan WATAK yang SAMA, PELAKON yang BERBEZA..

Dahulunya mempunyai masalah, sekarang masih mempunyai masalah.Cuma berbeza keadaan saja.
Dahulunya selalu di tepi PANTAI, sekarang selalu di tepi BENDANG.Cuma bezanya tempat.
Persamaannya adalah KETENANGAN..

IKAN

Monday, March 08, 2010
Orang-orang di Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya.

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai "consultant" kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

==================
Pengajarannya
==================
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi "bosan" dan "biasa-biasa" sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan kita lebih bertenaga dan lebih berjaya.