Cepat atau lambat perubahan berlaku, itu bergantung pada sekuat mana kemahuan KITA nak berubah.
Jika KITA dah serik dilanda berbagai masalah dan ditimpa berbagai kesusahan kesan dari fikiran-fikiran negatif yang bersarang di minda KITA, maka seharusnya kekuatan yang lahir dari kemahuan membara pasti dapat membuat perubahan berlaku dengan cepat.
Pilih untuk menjadi orang berfikiran positif, supaya perubah kepada fikiran positif menjadi kekal. Berubahlah kerana KITA mahu menikmati kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan lebih mendamaikan. Itu niat yang baik.
Jangan berubah dari fikiran negatif ke fikiran positif hanya kerana KITA mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya mahu menunjuk-nunjuk pada orang-orang disekeliling KITA. Sikap begitu adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke fikiran positif.
Berubah, biar betul-betul punya berubah.
Buat sampai jadi!