H1N1 Satu PANDEMIK

Sunday, July 26, 2009
Pandemik?? Apa tu??

Pandemik (dari Greek πᾶν pan "semua" + δῆμος demos "orang") ialah epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas; sebagai contoh benua, malah seluruh dunia. Penyakit endemik meluas yang stabil dari segi berapa ramai orang jatuh sakit akibatnya bukanlah satu pandemik. Tambahan lagi, pandemik selsema tidak termasuk selsema bermusim. Sepanjang sejarah terdapat sejumlah pandemik, seperti cacar dan penyakit Batuk Kering. Pandemik baru termasuk pandemik HIV dan pandemik selsema 2009. -rujuk wikipedia.Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.

Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.

Sebagai seorang Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-

1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak -
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum

Saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah.

Dimana kita bermula?

Saturday, July 25, 2009
Bila baca post blog Annon.. –Jubli Daun berkisar kawan, sahabat @ biro pengaduan awam.

Terfikir bagaimana kita bermula mendapat seorang kawan @ sahabat.

Ada diantara kita mendapat kawan sejak dibangku sekolah hingga ke hari ini masih berhubungan.Adakala persahabatan terputus dek masing-masing membawa haluan samada berpisah melanjutkan pengajian atau mendapat pekerjaan.


Adakala sahabat terjalin semasa peringkat universiti.Adakala ketika menghadiri kursus,seminar atau kem.Begitulah indah permulaan persahabatan.

Ada yang memperoleh kawan melalui teknologi maklumat seperti YM, Skype, Mirc,friendster, blogger dan dll.

Apapun persahabatan mesti ada diatas landasannya.Saling menerima seadanya kelebihan dan kekurangan sahabat kita.

Jika kamu menadah air.. Biarlah berpada-pada... Jangan terlalu mengharap pd takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluan mu.. Kerana... Apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menampalnya semula.. Akhirnya, ia akan dibuang.. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang.. Terimalah dia seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya, dan janganlah menganggapnya terlalu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa! Kerana... Apabila sekali dia melakukan kesilapan kelak, bukan mudah utk kamu menerimanya.. Akhirnya, kamu tinggalkan dia.. Sedangkan jika kamu memaafkannya... Boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya

Saturday, July 18, 2009
Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

(disunting dari pelbagai sumber)

Penghidap HIV Melayu Berlindung Di Dalam Gereja

Friday, July 17, 2009
inilah gereja yang dimaksudkan

lelaki yang menyambut Ustaz Amin di gereja itu juga Melayu!

hanya mampu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu

Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV+ yang tinggal di gereja tersebut


salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu


aku hanya mampu mengucap panjang bila mendapat komen dalam salah sebuah entry yang aku tulis subuh tadi

pengirimnya mengirimkan artikel mengenai sebuah blog yang ditulis oleh Ustaz Amin

dalam blognya, Ustaz Amin menceritakan pengalamannya masuk ke sebuah gereja di sini dalam usahanya untuk mengeluarkan beberapa orang anak Melayu yang dijangkiti HIV

disebabkan diskriminasi terhadap mereka yang dijangkiti kuman tersebut, maka tidak ada siapa yang mahu mengambil berat terhadap golongan ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri

namun pihak gereja berkenaan telah mengambil anak-anak Melayu ini untuk dirawat, diberi makan dan diberi perlindungan yang sewajarnya

bimbang dengan akidah anak-anak Melayu ini, Ustaz Amin dan rakan-rakannya telah pergi ke gereja berkenaan untuk mengeluarkan mereka dari gereja tersebut

kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari www.ustazamin.com

aku tak tahu nak kata apa lagi….korang fikirlah sendiri!

SAK: Jabatan agama patut malu melihat perkara sebegini, nasib baik ada individu seperti Ustaz Amin, MasyaAllah….

sumber : http://syahrilkadir.wordpress.com/

KATA-KATA

Wednesday, July 15, 2009

"Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain."

Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.


Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.


Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.


Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.


Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Tidak tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.

Jika Kita Tidak Terlalu Serius

Sunday, July 12, 2009
Apabila sudah cukup seronok mengerjakan sesuatu, kita akan jadi makin bermotivasi.
Kemudian, bila sudah bermotivasi, kita akan membina momentum yang membuat kita susah nak berhenti dari melakukan sesuatu kerja, misalnya menaip, membaca, bermain muzik, melukis, menyanyi atau float di dalam parit.

Beberapa kali tak sedar malam sudah melarat ke pagi, hanya kerana berasa seronok sangat membaca banyak artikel-artikel berkaitan photoshop di internet dan sesaja mereka design.
Maka saya membuat kesimpulan, keseronokan, keghairahan dan minat kita pada sesuatu membuat kita semakin bermotivasi mengejar matlamat, bahkan kita akan bertambah-tambah bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan.


Syaratnya, wujudkan keseronokan.


Hidup akan jadi lebih indah jika kita tidak terlalu serius.

PERIBAHASA

Saturday, July 11, 2009



Peribahasa ada menyebut, "Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang lurus." Hanya jikalau kayunya lurus barulah bayang-bayangnya lurus. Kayu tersebut tidak akan berjaya 'meluruskan' bayang-bayang selagi ia sendiri masih bengkok.




Peribahasa Turki menyebut, "Ikan membusuk bermula dari kepala." Apabila kepalanya mula membusuk, badan dan ekor tidak lama kemudian akan menjadi busuk. Pasti. Begitu fitrahnya.




Satu lagi peribahasa Melayu menyebut, "Bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul." Ibu atau bapa ketam pun tak mampu nak berjalan dengan betul bagaimana nak mengajar anaknya berjalan dengan betul?

Untitled

Tuesday, July 07, 2009

Kadang-kadang kita terasa sedang menggengam permata, lalu kita genggam dengan erat, enggan melepaskan. Tetapi rupanya bila kita buka genggaman kita, sebenarnya tadi kita sedang mengepal serpihan kaca. Dan darah terus menerus mengalir, kerana serpihan tadi menikam tangan kita. Apabila kita buang kaca tadi, dan mengubati luka kita, ia akan meninggalkan parut, dan parut itu terus melekat, walaupun lukanya telah hilang. Begitulah perumpaan hidup. Kita serasa-rasa sedang memiliki sesuatu yang indah, sampai kita tidak mahu meninggalkannya. Tetapi apabila kita mula melihat hakikat tersebut, rupanya kita sedang melalui sesuatu yang tidak perlu, malah perkara tersebut menyakitkan kita lagi.Walaupun kita meninggalkannya, kenangan terhadap luka tersebut terus kekal.

Prog & Artwork

Saturday, July 04, 2009
Seminggu lebih tak update blog.Setiap hari online tp tak update.Sekadar buka emel n amik bahan untuk desgin banner.Tambahan hujung bulan dan awal bulan,rutin bulanan check stok n bt laporan.Semalam cuti.Tp attend program mahasiswa seharian pg sampai ptg.mengisi slot meraka.Selepas tu, gi Sg Petani plak..

My artwork
Ada sesiapa hendak daftar anak ke PASTI sesi 2010...


Dalam program mahasiswa.Antara kata-kata akhir untuk program mereka adalah

" Kita boleh memberi kritikan, pandangan atau cetusan idea.Akan tetapi janganlah dengan kritikan atau pandangan boleh menjadi satu peluru yang membunuh nilai persahabatan yang dibina selama ini dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan "