KATA-KATA MOTIVASI

Thursday, June 25, 2009
BESAR PAHALA BAGI SESIAPA YANG MENYELAMATKAN SATU JIWA SEOLAH-OLAH DIA MENYELAMAT SELURUH MANUSIA



Begitulah simpati dan kasih Allah kepada hambaNya.Bagi kita, ia adalah kata-kata semangat dan motivasi dalam mengerjakan kebajikan.Tak kira kita berada di dlm profesion mana sekalipun.Yang pasti kita mesti turut menyumbang.

Contohnya : Tok bidan atau Tok dukun berusaha menyelamatkan satu jiwa bayi daripada kelemasan atau mati.Balasan PAHALA seperti menyelamat seluruh manusia.

Bagi yg bukan profesion tok dukun, masih ada ruang untuk kita.Cthnya : Apabila hospital atau NGO anjur kempen derma darah, DERMALAH DARAH ANDA kerana darah itu akan digunakan dalam menyelamatkan mereka yang memerlukan.Ia juga tergolong dalam menyelamatkan satu jiwa. (",)

APA YANG PENTING ..KERJASAMA… (",)

Delusi

Sunday, June 21, 2009

Mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai satu kepercayaan tanpa asas yang kononnya sedang berlaku sesuatu dalam kehidupan mereka.

Paranoid:
Ramai yang tergolong dalam kelompok ini. Mereka merasakan ada orang sentiasa mengekori, merancang untuk membunuh dirinya, meracun, mencedera, mempersendakan dan sebagainya.

Individu terbabit merasakan kesemua ini dilakukan untuk menggagal atau mengganggu gugat rancangan jangka panjangnya.

Hinggakan pada satu peringkat pesakit tidak dapat tidur, kerana risau ia akan ditimpa bahaya. Ada sesetengah mereka yang membawa parang mengelilingi rumah kerana merasakan ada orang yang ingin membunuhnya. Ia juga dikenalisenagai paranoia.

Sakit jiwa atau sihir

Dapat kerja rumah dr tok dukun, antara sihir dan sakit jiwa.Moga2 tok dukun tak sakit jiwa menunggu kerja rumah ni yang lambat siap…Gi jalan-jalan KLCC dan Ijok dulu.Balik br buat homework..Jgn tensen,kalu tensen,rajin2 float depan umah tu..lalala.

Panjang..Tak reti nk pendekkan..sekali sekala pankang takpa.. (",)

Penyakit terbahagi kepada dua, iaitu fizikal dan spiritual. Bagi sistem perubatan moden, masyarakat Barat yang bersifat biology orientation menganggap bahawa penyakit, sama ada berbentuk fizikal atau spiritual merupakan satu tahap nyata atau tersembunyi pada spiritual dan jiwa yang merosakkan kesejahteraan diri seseorang.

Sakit demam juga dikatakan sebagai berpunca daripada faktor-faktor ketegangan, ketidakseimbangan, kecederaan ataupun kerosakan yang dialami oleh pesakit.

Sakit boleh berlaku akibat agen parasit kuman dan sebagainya seperti yang dikemukakan oleh model fisiologik, manakala histeria pula dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor, sebagai adaptasi tekanan emosi dalam bentuk fizikal dan didefinisikan sebagai satu reaksi terhadap tekanan yang dialami. Histeria ataupun gangguan mental juga dikatakan sebagai salah satu jalan yang dipilih bagi melegakan tekanan mental dan jiwa yang ditanggung.

Ia juga boleh terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.

Walaupun demikian, biarpun punca-punca histeria yang dijelaskan itu benar dan boleh berlaku, namun terdapat banyak mangsa histeria yang tidak mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan faktor-faktor atau punca-punca yang dikemukakan. Hal demikian membuktikan tentang adanya satu faktor lain, selain faktor-faktor yang dijelaskan menyebabkan tercetusnya kelakuan histerikal.

Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.

Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental. Kaum wanita adalah golongan yang dianggap mempunyai lemah semangat berbanding dengan kaum lelaki.

Histeria ataupun gangguan mental juga boleh tercetus hasil gabungan faktor-faktor fizikal dan ghaib, faktor fizikal dan mental atau gabungan ketiga-tiganya.

Dalam surah al-Baqarah: 275 terdapat firman Allah yang bermaksud: Orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila.

Menurut al-Qurtubi, ayat ini merupakan salah satu dalil tentang kesilapan mereka yang mengingkari adanya rasukan jin-jin. Mereka beranggapan rasukan itu hanya tindak balas semula jadi, manakala syaitan tidak berupaya merasuk tubuh manusia.

Al-Hafiz Ibn Kathir pula mentafsirkan bahawa mereka yang melibatkan diri dengan sistem riba tidak berasa tenang. Keadaan mereka seperti orang yang kena rasuk dan selalu meracau. Satu keadaan yang keji lagi buruk. Menurut Al-Alusi pula, perkataan “al- masa” yang terdapat dalam surah al-Baqarah: 275 bermaksud “gila”.

Dinamakan demikian kerana syaitan itu apabila merasuk dan menguasai tubuh manusia itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.

Ibn Mas’ud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahkan sahih serta dipersetujui oleh Adz- Dzahabiy. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tarmiziy dan An-Nasaiy daripada hadis Abi Said Al-Khudriy.

Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.

Hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.

Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa – maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.

Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.

Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:

“Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.” Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:

“Dia terkena sakit sasau.” Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.

Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.

Peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.

Pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.

Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.

Sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.

Doa-doa yang boleh di amalkan.

*. Baca al Mathurat pagi da petang.

*. Ayatul kursi dan al Muawwizat (surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq & Surah An Nas)

Surah Yunus: 81&82, Al ‘Araaf : 118-122,Thaahaa: 69, An Nisa’: 84, Yusuf: 64

Sahabat..Kawan..Keluarga..

Monday, June 15, 2009
Kedinginanmu
Membangkitkan kenangan lalu
Kita bertamrin
Mendidik hati yang satu
Dalam menuju keredhaan Ilahi

Unggas rimba
Berkicau ria
Menyanyi lagu
Madah pujangga
Dan memuji kebesaran-Nya
Pencipta maya

Embun menitik jatuh berderai ke bumi
Mengiringi terbitnya mentari pagi
Embun kering hilanglah pagi berseri
Lumrah perjalanan alam ini

Kita sama saling mentarbiyah diri
Menangisi dosa waktu malam sepi
Mengabdikan diri kepada Ilahi
Demi cinta sejati
Demi sebuah cinta yang suci murni

Kepada-Mu Allah aku serahkan
Segala amalan sebagai ukuran
Iringi doa aku panjatkan
Demi kedamaian

Boleh dengar di url dibawah.
http://www.geocities.com/nazrie_5799/Nostalgia.MP3

Bila dengar nasyid ni.teringat zaman kampus..teringat kawan-kawan.. teringat sahabat-sahabat..
bila sesekali berjumpa..manis dan indah sekali walaupun hanya sejam bersua.

Kesusahan dan kegembiraan dikongsi bersama.

Berlalunya 2 hari lepas dengan hati yg sukar ditafsir..nasi tak membuka selera untuk dijamah.Tatkala ingin bersama dengan seorang yg bernama kawan, sahabat dan juga keluarga di hari walimahnya.

Berlalunya dengan perasaan terkilan tidak dapat turut serta.Walaupun segalanya sudah diatur.Kereta telah digunakan atas urusan yg lebih mustahak.Maafkan Ana.. Benarlah seperti mana ayat Allah

"Kita merancang, Allah juga merancang,Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik."

Hati begitu terkilan kerana dia adalah kawan,sahabat dan keluarga yg bersama dikala sama2 ditimpa masalah.Sama2 hadapi walaupun perit dikata pelbagai tohmah.Kemanisan bersahabat dan berkeluarga tidak dapat dikecapi selagi belum diuji.

Mereka yg bersama dikala itu adalah sahabat,kawan dan adik-adikku..Hilangnya mereka sekarang hanya sekadar dimata tetapi tak hilang hati, Insya Allah.


Silent inspiration..

Wednesday, June 10, 2009
People with less ability but right attitude (to life) are better than people with good ability but (handicapped) "less" attitude!..

i'm sorry..

Silent inspiration : Punctured Tyre Repair
Sesungguhnya kita cukup tabah jika .....
Ingatlah kepada kejayaan-kejayaaan yg pernah kita kecap. Sesungguhnya kita cukup tabah menempuh arus kesukaran jika kesukaran itu benar-benar perlu dilalui.Kita cukup tabah.Kekadang kita tak menyedarinya.Oleh itu, kita perlu sedar dengan ketabahan dan kemampuan kita.

Sekali lagi perlu ditekan, kita mempunyai ketabahab dan kemampuan.

HARI INI DALAM SEJARAH

Monday, June 08, 2009
Pagi td on the way gi keja lbh kul 7.15pg.Sambil santai dengar sinar.fm.Nampak dari arah bertentangan bus persiaran cross divider menuju ke arah kancil merah yg ku bawa.Alhamdulillah sempat mengelak.Kalau tak arwah takpun parah..

Rupanya bas telah melanggar motor yg baru balik dari memotong.Suami isteri berpangkat tok dan tok wan.Tiada sapa yg ada ditempat kejadian.Cuma diri ini dan seorang pmuda yg kebetulan lalu disitu.Kami masing2 pangku tok n tok wan.Risau gak tgk keadaan mereka.Mujur saya bkn hemophobia.(pinjam jap ek istilah tok dukun).


Kami hanya ajar mereka ucap Lailahaillah..Dalam darah yg banyak, rupanya si isteri telah terkeluar gigi atas dan bawah termasuk pemegang gigi..45minit memangku tok sementara ambulans datang.Seorang hamba Allah telah mengesyorkan mereka naik Sorentonya ke hospital memandang Ambulans lembap sgt.

"Tak payah tunggu ambulan,lambat sgt..lagi cepat lg bagus dr tunggu ambulan..Cepat dapat rawatan.Menyesal tak sudah lepas ni kalu jd apa kt depa ni.."

Pas pakcik tu hantar ke suami isteri ke hospital, 10 minit kemudian br ambulan sampai.Isk3x...

Moral of story :

1.Berhati-hati dijalan raya.Walaupun kenderaan kita full spec safety. Vios cthnya... (",)
2.Jangan dilupakan mati itu benar dan setiap orang akan mati.
3.Jika masih mempunyai datuk dan nenek,ziarah la mereka.Kerana kita pernah bermanja dikala kecil dulu.

SEMUANYA AKAN BERLALU

Saturday, June 06, 2009
Kita tentu pernah menaiki keretapi melalui terowong.Hidup ini kadangkala sama seperti memasuki terowong itu.Gelap !!.Kita menjadi cemas dan khuatir.Tetapi jika kita terus maju dengan sendirinya kita akan keluar dari terowong yang gelap itu dan melihat terang matahari kecemerlangan dan keceriaan.

Ketika kita mengalami masa yang gelap, cuba bandingkan dengan situasi ketika melalui terowong keretapi itu.Tiba masanya kita akan keluar dari kegelapan itu.Tidak mungkin kita akan berada dalam kegelapan terus menerus.

Gelap-terang, gelap-terang adalah perjalanan kehidupan di dunia inii.

SPM 10 subjek:Subjek agama dipinggirkan?

Monday, June 01, 2009

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan subjek dalam SPM kepada 10 subjek sahaja kelihatan keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil pendapat semua pihak.

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan.Subjek Pendidikan Islam juga akan diserapkan sebagai matapelajaran elektif sebaris dengan subjek elektif yang lain berbanding dahulunya ia adalah subjek teras yang wajid diambil oleh setiap pelajar beragama Islam.

Subjek-subjek lain juga seperti Syariah Islamiah, Al-Quran Dan As-sunnah dan Bahasa Arab Tinggi merupakan subjek-subjek tambah nilai kepada pelajar aliran agama.

Peminggiran subjek-subjek agama ini akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

Selain daripada itu, subjek-subjek teras Sains seperti Biologi yang merupakan subjek pilihan kedua kepada Fizik di kalangan pelajar-pelajar juga mungkin terpinggir melalui keputusan terbaru kerajaan ini. Subjek-subjek non-technical seperti Prinsip Akaun, bahasa-bahasa antarabangsa dan seni lukis juga bakal terjejas.

Pembentukan generasi muda yang serba boleh (well-rounded) bakal terbantut dengan pengkhususan akademik bermula seawal SPM. Pelajar aliran Sains-Agama atau Sains-Sastera bakal berkurangan dari masa ke masa.

Alasan kerajaan yang mahukan guru lebih fokus kepada subjek teras juga kelihatan dangkal kerana guru-guru telah pun membuktikan kemampuan mereka dalam membantu pelajar berjaya dengan cemerlang dalam SPM.

Selain daripada itu, kita percaya pemerkasaan insitusi perguruan adalah penyelesaian lebih praktikal berbanding pengehadan subjek-subjek dalam SPM.

Semoga kerajaan dapat membuat kajian lebih menyeluruh mengenai keputusan terbarunya ini.