BERBOLAK BALIK

Saturday, May 30, 2009
Sekadar renungan bersama.Bukan niat untuk menghina individu berkenaan.Tetapi sekadar iktibar kita bersama.Itulah hati kita yang berbolak balik

hati manusia itu ibarat telur yang sedang direbus
berbolak balik sekelip mata

fluid flow dan turbulance memusingkannya


DUA PENAMPILAN YANG BERBEZA DARI INDIVIDU YANG SAMA



Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya hati itu lebih cepat berbolak-balik daripada makanan yang sedang mendidih dalam periuk."

Maka dari itu, beliau SAW sering berdoa,

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

"Wahai (Tuhan) Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu."

ADAKALA KITA RASA KITA ... TAPI ...

Monday, May 25, 2009

Renungkan ayat ini,mcm ending siri Ceplos TV9 plak (",)

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler,rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN ,tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,maka lakukanlah segera....tapi manusia tetap manusia...sukar untuk berubah kerana kita selalu
beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu,mari kita mula senyum,ceria,mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja,tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab sudah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah,berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,Menyetujui tidak semestinya menyokong,Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

LIFETIME

Sunday, May 17, 2009

"People spend a lifetime searching for happiness; looking for peace. They chase idle dreams, addictions, religions, even other people, hoping to fill the emptiness that plagues them. The irony is the only place they ever needed to search was within"

SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 16, 2009
Selamat hari guru pada semua.Takkira cikgu PASTI, TADIKA, SEK REN, SEK MEN n dll

Gantunglah cita-citamu setinggi bintang dilangit jika ia jatuh sangkut dipuncak gunung - pesan Cikgu Kimia Form 4&5




Sajak yang dideklamasikan sempena Hari Guru PASTI Pusat, Tawau Sabah

GURUKU...

Guru oh guru ..
Dialah pemberi paling setia
Setiap alor ilmu pilihnya
Pelita dan lampu segala untuk manusia
Sebelum jadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa, dia juga sahabat
Alor kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi khidmat

Jika hari ini seorang guru diberi kuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden negara berdiri
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Dengan lembut sabarnya
Mengajar, menulis, membaca, mengira

Dimana pada dia berdiri
Di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di pinggir kota
Dia adalah guru mewarisi seribu ilmu

Semakin terpencil duduknya diceruk desa
Semakin bererti jasanya pada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu

Guruku...
Budi yang dilambungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat
Cikguku.... Guruku....
Ingatan kekal terpahat hingga ke akhir hayat

SELAMAT HARI IBU

Thursday, May 07, 2009
DIA LAH PROFESOR KU IBU KU


Bila dahaga, yang susukan aku.....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....
mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.....
Mak

Bila bangun tidur, aku cari....
mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak

Bila nak bermanja, aku dekati....
mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak

Bila nakal, yang memarahi aku....
mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak

Bila takut, yang tenangkan aku......
mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak

Aku selalu teringatkan ....
mak

Bila sedih, aku mesti talipon....
mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak


Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak


Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak

Bila ada masalah, yang paling risau....
mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak

Yang selalu berleter kat aku...
mak

Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku....
mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.......
mak



Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya......