Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati?.
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri
bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....
Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN
Hanya kerak nasi untuk MAK
Monday, May 26, 2008Bacalah... Moga2 kita yang masih ada seorang wanita yang dipanggil mak atau ibu atau mama atau apa saja panggilan sedar dan insaf betapa besarnya pengorbanan wanita itu. Yang suami lak jgn asyik dengar cakap isteri.....
Selamat Hari Guru
Friday, May 16, 2008Salam Hari Guru saya ucapkan buat seluruh guru di Malaysia. Ucapan ini khas saya tujukan kepada bekas guru-guru saya semasa saya berada di sekolah menengah (SMK Tunku Anum) dari saya tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 & SMK Tanjung Pauh dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.Semoga bekas guru-guru saya itu sentiasa berada dalam keredhaanNya, ditabahkan hati dalam menjalani waktu demi waktu sebagai seorang guru dan semoga bekas guru-guru saya itu nanti akhirnya dapat melahirkan insan-insan yang berguna dan hebat yakni pelajar-pelajar sebagai hasil didikan guru-guru yang hebat.
Sesungguhnya diriku ini amat sukar untuk melupakan jasa2 dan bakti guru2 ku. Diriku selalu terkenangkan segala kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. rasa rindu, sedih dan sebagainya masih lagi terasa dalam diri ini. Sesungguhnya diriku tidak dapat melupakan kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. Dan sesungguhnya diriku ini tidak dapat melupakan seorang insan bernama guru.
KATAK KURANG UPAYA
Tuesday, May 06, 2008"Tuan-tuan dan puan-puan katak, Hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi tasik titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat!
Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing". Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing. ada yang berteduh dibawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan yang gilang gemilang yang akan sedang berlangsung ini.
"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekelian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan dari seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu.. dan hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!"
"Ong... Ong.. Ong.." sorakkan dari para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk "Booo... Booo... , dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu.."
Kegarisan...
Sedia...
Mula..
POnnnnn!!! siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.
Penuntut bersorak sorai memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung.. semua peserta kelihatan berenang dengan pantas.. namun begitu kelihatan seekor katak berenang terhoyong-hayang. Ramai yang ketawakannya.
"Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh.."
"aa'ah.. terkedek-kedek macam katak!
"eh bukan die memang katak ker?
"owh lupe.. die kate.. eh kita pon katak jugak kan?"
"a'aah la.. lupe lah.. hisshh."
"hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!"
Weih... citutu sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang Tasik tuh.. kaki kau dah la cacat... telinge pulak pekak... bisu pulak tue! takkan berjaya nyer...
A'aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!
Hahahah...
Setelah 3 Jam pertandingan...
kesemua katak-katak kepenatan.. seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir..
"dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh siuuuttt.. dah la.."
"katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hampa.."
Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.
"Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi.."
ada diantara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. ada yang dibunuh.. mati katak.
Namu begitu.. si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat.. cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakkan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung..
"Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!" Suara hatinya membisikkan kata semangat.
"Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balasi sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah" Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.
Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.
Ha.. begitu jugak dengan kita, walau apa pun kita lakukan.. walaupun kita serba kekurangan.. ade banyak kelemahan dan kekangan.. kita tetap kene lakukan dengan bersemangat! anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada "suara-suara ghaib" itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.
Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karena "suara-suara ghaib" tersebut.
dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan kita, memudahkan kita mencapai matlamat yang telah kita sasarkan itu.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِي
"Dan Tuhanmu berfirman: ""Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (Al Ghafir:60)
So as conclusion;
"Do your best, Beat the rest, Ignore the "press" and Dua for success"
Subscribe to:
Posts (Atom)