JANGAN TINGGAL DAKU

Monday, April 28, 2008
Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

******
Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir
******
2 minggu menjadi pemerhati setia :) ..bkn moody..cuma mls ja.hehe.trima kasih kepada mereka yg mendoakan & mengaminkan doa si pulan untuk "BELIAU".Moga-moga doa itu turut dikembalikan pada si pulan.Amin... :)
"Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah... .For Allah always be there for us~!"

Surat Cinta

Tuesday, April 15, 2008

Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. - Al Isra 82

BERDOSAKAH SI GURU MENDIDIK ANAK MURIDNYA ??

Wednesday, April 09, 2008


Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

ALLAH KNOWS

Thursday, April 03, 2008

..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.