Selamat tahun baru (masehi) 2008 bagi diri saya dan juga rakan-rakan. Meninggalkan seribu satu sejarah dibelakang, menelusi sejarah dan mengukirnya. Itulah sebenar hakikat yang seluruh manusia hadapi ketika ini di tahun baru.
Bagi setiap manusia, lazimnya di awal tahun barulah bermula segala azam dan cita-cita baru. Apa tidaknya, bermacam-macam perkara yang difikirkannya. Ada yang mahu berjaya dan cemerlang dalam pelajaran, ada yang mahu skor 20A1 untuk SPM, ada yang mengimpikan tahun ini sebagai tahun 'raja sehari' dan mungkin ada yang ingin tukar kereta baru menggantikan yang lama.Tahun baru tentulah azam baru.
Apapun setiap tahun muncul impian dan azam-azam yang berbeza mengikut individu. Persoalanya, sudahkah anda menilai diri bagi tahun yang sudah berlalu ini? Tercapaikah semua azam dan cita-cita yang anda azamkan pada awal tahun 2007 lalu? Atau adakah azam di tahun 2007 masih lagi sama dengan azam 2008?
Saya petik PESANAN NABI MUHAMMAD SAW kepada SAHABATNYA, ABU HURAIRAH RA dari kuliah Maghrib sebelum ni.Fikir-fikirkanlah …. ;)
1.Bertaqwalah kepada perkara haram, kamu akan menjadi hamba Allah yang setia.
2.Jadilah manusia yang kuat redhanya, kamu akan menjadi sekaya-kaya manusia.
3.Berbuat baiklah pada jiran, ia adalah sebaik-baik mukmin.
4.Sukalah dan menyayangi manusia lain seperti kamu suka disayangi, kamu akan menjadi semuslim-muslim manusia.
5.Jangan banyakkan ketawa, sesungguhnya ia akan mematikan jiwa.