Pengubatan Warisan Dari Nabi SAW

Friday, January 26, 2007

ini lah cover buku yg bakal dipasaran mulai minggu depan..
sesiapa yg berminat boleh bhubung dgn saya..
buku ini berharga RM10.
Mengupas tentang :
· Cara menjaga kesihatan rohani dan jasmani mengikut Islam
· Kaedah-kaedah pengubatan Nabi s.a.w. (Thibbun Nabawi)
. Kaedah pengubatan dengan ayat-ayat al-Quran, Zikir-Zikir dan Doa
Wednesday, January 17, 2007
Dua menjak ni..letih skit...selalu balik lewat...paling awal sampai umah 6.00ptg.dr tempat keja 30mint jer..(kalu bwk standard 80km/j)

skrang dlm proses pbikinan multimedia br selain bt flash..tp nk bt video gak..leh la tgk by vcd player..


Pengubat warisan dar Nabi SAW.. tajuk buku nk multimedia yg sedang buat...
Penulis buku tersebut ada blog gak...
ilmudanulamak.blogspot.com




secebis kisah

Saturday, January 13, 2007
secebis kisah yg di amik dr sebuah blog sahabt...Moga-moga bermanfaat :)
DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahbat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka menruskan perjalann sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjlanan yang masih jauh.

Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: "kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : : "ketika seorang sahabat melukai kita,,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datng menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu."
Moral cerita, dalam khidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yan juge berbeza-beza. Oleh kerna itu,cubalah utk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.-petikan utusan
Seperti jua kata para hukamak "lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan org pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain"….kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk akan kembali kepadaNya.

Diserang virus ???

Thursday, January 11, 2007
Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan
sebuah virus yang menganggu program-program dan
file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana?
Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun
suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus
itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu
jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati
pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh
network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari
pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini
banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur
belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak
menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem
"firewall" berupa software Iman.

Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para
remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun
kerana jarang membuka file C:\ImanCintaIlahi. Exe atau
file C:\ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket
software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja
tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang
menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya
ia akan bermula dengan penurunan iman secara
berperingka- peringkat.

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku
seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu
sistem, program-program, dan file-file kita dengan
selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar,
gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya.
Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan
tersebut.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak
syaraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak
dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini
terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan
sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada
waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta
pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan
menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah
pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya
perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat.
Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file
yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya
file "cintadunia. exe".

Lalu masukan disket anti virus yang berisi file
"syakshiyah. exe" yang akan membersihkan sedikit demi
sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya
apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus
tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall
kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke
kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun
"installer iman" secara percuma.

Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi
file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc" . Jika sudah
berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda
bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak
terulang kembali, maka seringlah membuka file
dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa
jernih dan sentiasa bersih…

Tugasan pertama

Thursday, January 04, 2007
Sudah tiga hari bekerja.Sepanjang tiga hari ini.My first project is to make a multimedia presentation about "Menyelami Rahsia Surah Al -Fatihah".

Selain penerangan ttg rahsia Al Fatihah.Dimuatkan bersama bacaan al fatihah beserta latarbelakang nasyid..Satu kepuasan bila Ustaz@penulis buku tersebut puas hati dgn apa yang dihasilkan.

Selepas ini, banyak lagi akan dihasilkan berdasarkan buku yg pernah dikeluarkan.
Di bawah adalah interface pertama Menyelami Rahsia Surah Al Fatihah.



Antara keliru dan Pasti

Monday, January 01, 2007
Seumur hidup aku,
in yang pertama,
pintu hatiku diketuk,
oleh dua kerja,
bebeza rupa dan caranya,
perlukah aku pilih keduanya....????

Mustahil untuk aku pilih dua dua kerja.Perlu ambil keptusan antara dua.Antara di sana atau disini.Cam lagu Ukays plak.Di Sini Menunggu Di Sana Menanti.Dilema sekejap hendak memilih kerja ini..

Satu kerja di KL.Berpusat di Menara Marina,Jln Tun Abd Razak.Core product dia buat security product like CCTV.Dalam Malaysia ni, company ni ada 36 site.Company tu namanya, STT Techonlogy.Dalam website pun ada.Kalau rajin..taip jer STT Techology,gerenti jumpa punya.
Company orang Melayu.Pemilik company ini orang Melayu.Waktu interview,bos sendiri bgtau.
" Jgn risau,disini semua ada seperti company lain.ada familiday,gathering, sportday n rekreasi."
Bos kata gitu coz tgk resume n sijil ada gak memanjat bukit.huhuhu

Keputusan interview ni dapat 18hb aritu.HRM yg telefon sendiri bgtau dapat.Tanya dia..sapa lagi yg dapat.Coz waktu aritu.da dua org.Dia bgtau aku sorang jer.Bos rekomen aku jer.Huhu
Bangga sekejap. :)..

HRM suruh datang lapor diri n dia akan bri offer letter 22hb.Tp demand n bgtau sebenarnya ada prog motivasi di Perlis 22hb.Last2 dia suruh datang 2hb.OK jer jawab..

Esoknya.Pergi Changlun plak.Satu kerja lg.Ada org offer kt aku.Pergi la.Seorang ustaz.Dia penulis buku agama.Banyak dah buku yg dia tulis.Selain tu,dia buka kelas Al Quran dan kelas Bahasa Arab.

Kerja aku plak..buat design untuk buku2 dia, buat ebook untuk semua pnulisan dia.

Waktu prog motivasi...dok fikir ttg kerja jer.Yg mana satu nk pilih.KL ker Changlun.
Last2 sekali..hati berat kepada kerja diChanglun.

Bahagian IT ada.Berkaitan dgn agama pun ada.

Berkawan dengan pejual minyak wangi,wanginya turut melekat pd kita.Berkawan dengan pembuat besi,bahang api besi turut terkena pada kita.

"..Boleh jadi perkara yg kurang elok itu baik untuk kita,boleh jadi perkara yg elok itu buruk untuk kita.Sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kita tidak."