BELAJAR DARI POKOK

Friday, February 11, 2011
Keyakinan diri kita adalah seperti akar pokok; tempat masuknya sumber air yang memastikan kesuburan dan pertumbuhan pokok.Akar juga berperanan penting sebagai sokongan utama keseluruhan pokok.Apabila pokok memiliki akar yang kuat dan kukuh, kedudukan pokok tersebut tidak tergugat dek datangnya ribut taufan sekalipun.

Batang,ranting & dedaun pokok adalah umpama aksi.Sepanjang pertumbuhan pokok tersebut, pasti pelbagai perubahan berlaku berperingkat pada bahagian tersebut.Apabila pokok hidup subur,ia mampu mengeluarkan buah yang manis dan sedap.Buahnya itulah umpama budi pekerti/akhlak manusia.

Apabila pokok tidak dijaga dengan baik, munkin ia akan layu seterusnya mati.Pokok perlu dijaga dengan dibajai betul,disirami secukupnya bagi membuahkan hasil yang lumayan.
Begitulah kita, kita tak mampu memimpin jika ketiga-tiga elemen tidak digarapkan dan digabungjalinkan.Bagi membuahkan hasil, kita perlu mengasahkan 3 elemen tersebut berpandukan arahan serta panduan / pengalaman.. :)

1 comment:

Anonymous said...

kena rajin sapu daun..