Sampai bila kita pakai topeng ini?

Thursday, August 13, 2009
‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh.Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila?

Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan).

Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan manusia sendiri yang melanggar perintah Allah.

Cuma bagi saya, penyakit yang menimpa samada H1N1 atau yang lain, penghujungnya paling tinggi pun adalah mati. Tidak lebih dari itu. Yang lebih penting dari kematian itu, ialah bagaimana bentuk mati itu? Mati taatkan Allah atau mati derhakakan Allah.

Pelbagai usaha juga dibuat bagi mengawal dari ditimpa H1N1.Antaranya Solat hajat atau Qunut Nazilah setiap waktu.

sumber : http://www.niknasri.com

2 comments:

Anonymous said...

slm. penyakit selsema ni mmg sentiasa ada dalam komuniti kita. dari kecik sampai besar, tak terkira brapa kali kita dpt selsema kan? tp yg membezakannya dari wabak influenza tu.. ialah dari segi ia boleh merebak dgn cepat, dan boleh menyebabkan kematian.

virus dan kuman ni diciptakan Allah, boleh alami proses mutasi. cthnya, mula2 jika dia mati kalau kita bagi ubat A, tapi mungkin dalam 5-10thn akan datang, dia dah tak lut lg dengan ubat jenis A, sbb dia dah mutasi..supaya lebih bertahan,jangkit lg cepat, dan lebih virulent (lg jahat).

Proses ni berulang2.. sbb kalau ikut kajian, wabak influenza ni berlaku setiap dlm 80thn kalau tak silap saya.. so, proses mutasi tu bukannya sekejap..

so..sampai bila kita pakai topeng ni?
tak ada jwpn... tp trend utk sesuatu wabak adalah, lama kelamaan ia akan menyusut... jadi dormant.. (ia tidak pupus..tp ia tak lagi membahayakan nyawa)

tp kembali kpd perkara asas yg Islam dah ajar kat kita. Amalkan kebersihan, jaga kesihatan, jaga adab pergaulan.. tu saja, insyaAllah, setiap penyakit tu ada ubatnya, kita kena berusaha, bertawakkal dan bykkan bertaubat pd Allah..

betul yg mcm awk ckp, the end point is still death. tak kira apa penyakit sekalipun, pengakhirannya adalah mati. so adakah kita bersedia?
Allahua'alam.

aa

Anonymous said...

Wabak ni asbab ja..
Samada sedar tidak ja..
kita syukur atau tak..

Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.


Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).