TRIM TAB

Tuesday, November 30, 2010
Aku nak jadi macam TRIM TAB
"Trim tabs are small surfaces connected to the trailing edge of a larger control surface on a boat or aircraft, used to control the trim of the controls, i.e. to counteract hydro- or aero-dynamic forces and stabilise the boat or aircraft in a particular desired attitude without the need for the operator to constantly apply a control force. This is done by adjusting the angle of the tab relative to the larger surface." rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Trim_tab
Trim tab ni kecil saja banding saiz & berat kapal.Tapi dengan trim tab ni la yang menentukan hala tuju kapal..

Inilah yg dikatan sumbagan yang kecil mampu memberi impak kepada sesuatu pekerjaan / organisasi.

Kita adalah satu kuasa kreatif yg mampu mempengaruhi perjalanan hidup dan kerja kita.Caranya: kita fokus pd apa yg kita mampu kita lakukan dan melakukan perubahan kecil yg mampu kita sumbangkan.

Tidak semestinya perlu jawatan tinggi dan hebat sebelum dapat melakukan sumbangan yg besar

DINAR sebagai MASKAHWIN

Saturday, November 20, 2010

Sama-sama kita kembalikan nilai matawang Islam [EMAS].Jadikan DINAR sebagaiHANTARAN PERKAHWINAN

sumber : gelombangemas

KORBAN

Thursday, November 18, 2010
Sudahkah kita berKORBAN?
Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?
Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?
Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?
Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Dan kamu lihatlah apa yang telah kita KORBANkan?

Allah membayar kepada mereka yang berKORBAN.
Satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.
Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.
Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.
Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.
Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.
Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.
Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.
Itulah KEIMANAN.


LEMBU SUDAH BERKORBAN, KITA BILA LAGI ?

UTAMA

Saturday, November 13, 2010
Apakah yang lebih UTAMA bagi kita ?
Orang omputih sebut Put First Things First.
Bahasa Melayunya adalah Keutamaan.
Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.
Dalam kehidupan ini, Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.
Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz di dalam sebuah bekas.
Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar… malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Jika bekas itu adalah masa yang kita ada seharian, maka kita isikan ia dengan pasir, batu kecil dan akhirnya batu besar… malang sekali batu besar itu tidak semua dapat dimasukkan. Ada batu besar yang perlu dikorbankan, mesti ditinggalkan.
Bagaimana jika batu besar itu ialah melawat ibu di kampung yang tidak sihat? Bagaimana jika batu besar itu ialah Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah anak di sekolah? Bagaimana jika batu besar itu Solat Jemaah di Masjid, atau Usrah bulanan, atau ceramah agama, atau pemeriksaan kesihatan?
Batu besar mana yang bakal kita korbankan, jika tidak semua batu besar mampu masuk ke bekas masa yang ada?
Batu besar, batu kecil, pasir dan air!
Ya, jika bekas air dan masa diisi dengan Put First Things First, semua batu besar dapat dimasukkan. Pasir dan batu kecil mampu masuk dan mencelah. Malah air dapat juga diisi untuk memampatkannya.
Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.
Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu?
Itulah NILAI.
Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.
Apa yang besar? Rancangan kegemaran di televisyen? Mencari aksesori kereta di setiap hujung minggu? Mengejar harga runtuh di pusat membeli belah?
Apa yang bernilai dalam hidup anda ini?

Penentuan nilai kita, adalah pada cara kita melihat kehidupan. World view… 

RENUNGI VIDEO INI ...

KUNCI KEJAYAAN

Friday, November 12, 2010
1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.
KUNCI KEJAYAAN : Start From Zero

BANJIR LAGI

Thursday, November 11, 2010
Banjir oh Banjir : ADAKAH ALLAH MENZALIMI KITA

BANJIR

Monday, November 08, 2010

BANJIR OH BANJIR

Friday, November 05, 2010
Banjir di Perlis baru ini menyaksikan bagaimana dan siapakah yang betul-betul prihatin atas apa yang berlaku.
                 Apakah sekadar berkata tetapi tidak mengotakan apa yang dikatakan.
Firman Allah di dalam Surah As-Shoff:2-3
Hai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengucapkan apa yang tiada kamu perbuat??Sangat dibenci Allah bahawa kamu ucapkan apa yang tidak kamu perbuat.

Kita boleh melihat bagaimana keadaan di rata-rata Pusat Pemindahan yang kekurangan bekalan makanan.Terdapat sebuah pusat pemindahan hanya memasak megi.Bagi warga emas, mereka tidak makan benda alah tu..Mereka terpaksa menahan perut dengan harapan ada bantuan luar yg membantu..

Banjir juga memperlihatkan wujudnya berpuak-puak @ kronisme di semua golongan baik yang kaya ataupun yang miskin.

Sesama miskin bergaduh berebut makanan kerana wujud ketidaktelusan pengagihan bekalan makanan.Tidak wujud semangat kerjasama dan tolong menolong seperti mana semut dan koloninya.Itu sebab Allah nukil cerita-cerita haiwan & alam di dalam Al quran supaya kita dapat belajar dari alam / semut.
Moga-moga hadirnya banjir dapat menyucikan segala-galanya.
Selepas ini PASTI Perlis Bersih. :-) 


DATANG & PERGI

Sunday, October 31, 2010
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

TOXIC PEOPLE

Tuesday, October 26, 2010

Peribahasa Melayu ada berkata "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi."
     Peribahasa tersebut adalah seiring maknanya dengan TOXIC PEOPLE.
Depan kita, dia adalah kawan ; belakang kita dia adalah lawan.Golongan ini menikam dari belakang.
     Toxic People tak banyak buat kerja demi orang lain tapi lebih kepada kepentingan diri saja.Mengampu yang di atas, menyiku yang sebaris, dan menekan yang di bawah.
     Akhirnya, carilah sahabat kerna dia adalah pengubat... :-)


Tiada ketenangan jika ada kebencian....

SERONOK

Sunday, October 24, 2010
“Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut," kata Fasha

Kata-kata artis di atas bukan sahaja menunjukkan betapa rendahnya kualiti pemikiran umat pada saat ini dalam memahami hukum-hakam Islam, bahkan menunjukkan kepada kita betapa longgarnya sistem yang mengatur kehidupan pada saat ini untuk membawa umat mengamalkan syariat Islam itu secara hakiki.

Kalau beginilah gayanya, nescaya umat Islam pada saat ini akan terus mengalami kemunduran demi kemunduran dalam seluruh aspek. Ini kerana di dalam diri mereka sudah tertanam penyakit yang sangat kronik iaitu sekularisme seperti mana didalam Islamic Festival Fashion baru-baru ini.Untuk memulihkan keadaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan diterapkannya Sistem Islam secara sempurna di dalam kehidupan. Di dalamnya, akan diterapkannya sistem pendidikan Islam, yang memberi kefahaman kepada rakyat tentang syariat Islam yang wajib mereka laksanakan dan patuhi sebagai hamba Allah di muka bumi. Di samping itu, diterapkannya pula sistem pergaulan Islam, yang akan mengatur interaksi dan pergaulan sesama manusia, khususnya di antara lelaki dengan perempuan. 

Selain itu. ia juga akan menjamin agar kemurnian dan kesucian agama Islam dapat dijaga.

"KESERONOKAN DUNIA IBARAT PERMAINAN YANG MELALAIKAN"

KEHIDUPAN

Thursday, October 21, 2010
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan.Ianya bukan tentang bagaimana kita bermula TETAPI bagaimana kita sepatutnya berakhir.


"Kejayaan itu bukan destinasi,ia adalah suatu perjalanan.Kita perlu gambarkan ke arah mana tujuan perjalanan itu"

PAKEJ CUTI

APA KATA ANDA ?

Monday, October 18, 2010







ISLAMIC FASHION FAST BECOMING LUCRATIVE BUSINESS, SAYS ROSMAH

UKHWAH

Saturday, October 16, 2010

PASTI TAK PUTUS

Monday, October 11, 2010
Lama tak tulis dalam blog ni.Sekadar papar program sebagai iklan sahaja.
Perkara yang pasti tidak putus dihadapi oleh kita adalah masalah.Tidak kira apa kerja kita lakukan, kita mampu membawa jalan penyelesaian yang unik kepada masalah dihadapi.

Apabila terdapat masalah dan cabaran baru yang perlu diselesaikan setiap hari, kadangkala setiap jam.Ini bermakna,kita adalah manusia berpengetahuan kerna menggunakan kreativiti minda bagi menghadapi masalah.

Hadapi masalah dengan tenang, janganlah asyik melayan Facebook saja sepanjang hari apabila masalah datang bergolek. :)

" Tidak kira sama ada kita mampu memperbaharui dunia ini ataupun tidak, kita mesti memperbaharui diri kita setiap hari "

BERSAMA FINALIS AQ-2

Thursday, October 07, 2010

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Monday, October 04, 2010
Sanah Helwa kpd seorang sahabat pd 2.10.10 bersamaan Sabtu lepas..


Benarlah kata-kata ;
 
Sahabat itu, ibarat bintang di malam hari.Ia tak selalu tampak namun ia selalu ada.
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi cahaya lain saat gelap..
Sahabat itu ibarat bintang yang memberi panduan di malam hari demi sebuah pelayaran.


Sabda Rasulullah S.A.W:





“Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu.” (H.R. Tarmizi dan Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” (H.R. Muslim)
JADILAH DIRI ANDA SEBUTIR BINTANG UNTUK SAHABAT ANDA

Terpelajar @ Terdidik

Saturday, September 25, 2010

Kelakuan kurang ajar kanak-kanak digalakkan lagi dengan kehadiran orang dewasa Sesungguhnya, kanak-kanak sepatutnya diberi didikan yang baik, dan tidak di ajar berkelakuan seperti itu.

Bijaklah memilih Pusat Asuhan yang betul-betul mendidik bukan sekadar memberi pelajaran.

Gen-Q '10 Kembali

Thursday, September 23, 2010